Rabu, 8 Oktober 2014

Kalau tak ada idea nak update blog

Kadang-kadang... memang akan tiba masanya rasa macam tak ada idea nak tulis entri apa dalam blog.

Cari macam mana pun tetap tak datang jugak idea.

Well... ada setengah blogger, dia akan cadangkan supaya buat blogwalking. Cuba tengok apa topik yang kawan-kawan blogger lain tengah tulis sekarang.

Kalau ada banyak sangat topik yang sama, mungkin itu menandakan artikel tu tengah trending. 

Jadi, kalau anda pun tulis artikel yang sama ada rezeki boleh dapat tempias trafik. Itupun kalau anda tak terlalu lambat masa tulis artikel tu la. 

Selain dari tu, boleh juga tengok pada stats blog anda. 

Cuba lah lihat apa keyword yang popular kat blog anda. Pasti ada keyword yang buatkan orang singgah ke blog anda. 

Kenal pasti apa keyword tersebut, lepas tu buatlah satu artikel khas berpandukan pada keyword tersebut. 

Itulah yang biasanya saya akan buat bila tengah malas atau tengah tak ada idea nak tulis apa kat blog. 

Sekarang ni, nuffnang tengah bermurah hati nak bagi CPUV campaign kat blog ni. 

Jadi, amatlah rugi kalay tak update blog ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...