Isnin, 6 Oktober 2014

Online Marketing Untuk Tone Excel

Anda nak buat bisnes Tone Excel? 

Sila buat secara offline dan online. 

Ya... jalankan kedua-duanya serentak. 

Kita tak tahu, dari usaha promosi yang mana satu yang akan membuahkan hasil yang paling lumayan. Sama ada secara online ataupun offline.

Macam sekarang ni, saya perasan ramai yang berlumba-lumba buat promosi guna Facebook. 

Berkesan ke? 

Saya tak nafikan pemasaran di Facebook ini antara teknik pemasaran yang berkesan. Ia cepat sampai kepada golongan sasaran. 

Walaubagaimanapun, jangan lupakan dengan mereka-mereka yang biasa online, tetapi jarang online kat FB. 


Apa yang mereka buat bila mereka online?
 

Mungkin mereka cari maklumat kan. Maklumat apa yang mereka cari?

Mungkin tentang cara nak tambah pendapatan. Mungkin tentang cara nak hapuskan hutang kad kredit.

Macam mana kita nak selt-selitkan info tentang Tone Excel dengan maklumat yang mereka cari? 

Itulah pentingnya anda belajar juga kaedah pemasaran search engine! 

Jangan berebut sumber trafik yang sama. 

Malaysia ni luas. 

Rakyatnya pun sangat ramai. 

Kalau semua orang berebut target prospek yang sama... tak kemana kita. 

Slow nanti bisnes yang kita buat. 
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...