Sabtu, 11 Oktober 2014

Orang kaya memang patut buat Majlis Kahwin Besar-besaran

Alhamdulilah, hari ini saya berpeluang untuk ke majlis kenduri kahwin bekas jiran. 

Orang kaya. 

Mungkin... sangat kaya. 

Majlis buat kat kawasan padang. Boleh jadi, satu padang penuh tu di sewanya untuk tujuan buat majlis kenduri kahwin. Cukuplah saya cerita, lokasi majlis betul-betul dibelakang Concorde Hotel, Shah Alam. 

Wah... 

Kalau saya nak buat majlis macam tu, mungkin makan masa sepuluh ke dua puluh tahun lagi. Tetapi, kalau nak ikut strategi kahwin kaya, itu mungkin tak mustahil.

First impression, (bagi orang yang tak tau)...

Wah! Bazir betul buat majlis macam ni. Besar sangat ni majlis ni. 

Makanan pulak macam-macam. Bukan makanan yang biasa-biasa pulak tu. Ni semua menu makanan yang memang mahal-mahal ni. 

Ish ish dapat goodies lagi. 

Banyaknya berhabis. 

Tu belum lagi kira khemah, persembahan, katering, pakaian pengantin dan macam-macam lagi lah.

Wait the minute. 

Sebelum kita judge dan jatuhkan tuduhan yang salah pada keluarga orang kaya tu, sebenarnya...

Mereka memang patut buat majlis besar-besaran!

Dari majlis seumpama itu ada ramai yang dapat manfaat. 

Ada ramai yang dapat job daripada majlis sehari macam tu. 

... dan lagi, bila mereka kaya, kekayaan tu patut disebarkan dan dikongsikan kepada orang lain. Bukannya disimpan sendiri untuk kegunaan diri sendiri yang entah bila.

Cuma, bila ada yang sebenarnya tak berkemampuan tu, janganlah buat majlis ibarat diri tu orang kaya. Sendiri yang susah jadinya. 

Apakah perlu sampai nak buat loan semata-mata nak buat majlis kenduri kahwin yang berlangsung hanya untuk 3 - 5 jam sahaja? 

Tak kan...    

1 ulasan:

  1. Kat padang belakang Concorde tu ye. Sblh playground tu... tu la lalu sana ingat sapa la yg kawin... ok la tu kat padang. Jimat sikit daripada kat hotel lagi mahal.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...