Prestasi akaun Nuffnang khas untuk blog ini.
Hmm....
Susah nak cakap.
Nak kata blog ni tak ada trafik sangat, tak jugak.
Cuma apa yang boleh saya katakan, nampaknya program pengiklanan Nuffnang masih belum lagi bersedia nak hadiahkan sebarang kempen CPUV earning kat blog ini.
Berbanding blog saya yang satu lagi, ada tu sampai 8 CPUV earning Nuffnang dia bagi.
Untuk blog dari blogspot... mungkin inilah cabarannya.
Lagi-lagi untuk blog yang memang jarang dan tak pernah dipromosikan menerusi kaedah blogwalking.
Kebanyakkan trafik datang dari search engine ataupun halaman google+
Mungkin juga statistik yang banyak menyumbang kepada pertambahan pelawat ke blog ni sebenarnya bukannya pelawat sebenar. Tetapi hanya bots.
Atau kalau pelawat sebenar sekalipun, mungkin sebenarnya mereka tu ialah orang dari luar negara.
Bukan daripada South East Asean (SEA)
Terlalu banyak kemungkinan.
Ah mungkin juga iklan Nuffnang kurang sesuai untuk blog yang tak banyak trafik.
Tak apalah... saya akan terus usaha lagi.
Mungkin ini petanda yang usaha saya masih belum cukup. Nak kena tambah lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan