Rupa-rupanya... ada banyak sebenarnya kerja-kerja yang masih pending. Patutlah...
Apa yang patut?
Income affiliate terasa macam agak slow haha
Trying is not doing.
Selalu kita dengar... "ok ok, saya akan cuba buat..."
Frasa tersebut sebenarnya sangat jauh beza dengan "ok, saya buat..."
Tahu tak, setengah orang ni, masanya terbuang macam tu je memikirkan macam mana nak cuba buat sesuatu perkara. Dan bila hari tersebut berlalu, sedar atau tidak, satu apa pun masih belum tercapai.
Berbeza dengan mereka yang buat keputusan untuk terus buat!
Orang yang berusaha keras, tak ada jaminan yang usahanya pasti akan membuahkan hasil. Namun tak salah mencuba. Ia lebih baik daripada keras tak buat apa, namun pada masa yang sama masih lagi mengharap sesuatu yang terbaik akan berlaku.
Cerita pasal blog ni pulak.
Saya mula nampak pergerakkan dan perubahan positif bagi earning iklan Nuffnang.
Pada saat-saat macam sekarang ni... berapa jumlahnya dah tak begitu penting berbanding berapa banyak progressnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan