Isnin, 24 November 2014

Buat duit dengan upload gambar

Saya difahamkan baru-baru ini ada laman web yang membayar ahlinya untuk memuat naik (upload) gambar-gambar menarik untuk dihost kan di server mereka. 

Apa-apa jenis gambar termasuk gambar serangga, kenderaan, pemandangan, dan sebagainya. 

Semua jenis gambar ini mempunyai nilai tersendiri. 

Saya tahu tentang semua ni pun sebab saya adalah salah seorang pelanggan Produk Panduan Jobdirumah.

Walaubagaimanapun, disebabkan servis ini ditawarkan oleh syarikat lain, maka saya perlu buat pendaftaran khas jika saya ingin sertai program ni. 

Hmm... mungkin satu masa nanti saya akan sertai.

Sekarang nak tumpukan dengan Tone Excel.

Dah nak masuk hujung-hujung tahun macam ni, nak fokus dengan sales.  

Rabu, 12 November 2014

Ilmu Pelaburan Saham Untuk Beginner

Seorang kenalan internet datang menghubungi saya di FB. 

Topiknya ialah tentang saham.

Beriya-iya benar dia menceritakan kegembiraannya mencuba satu teknik pelaburan yang baru. Saya kira, ini bukan teknik yang baru. Cuma kawan saya ni je yang baru tahu kewujudan teknik ni. 

Teknik ni dipanggil dengan nama Teknik Good Morning Profit, atau singkatannya Teknik GMP.

Adakah nama bagi teknik ini membawa sebarang makna, atau nama yang saja-saja direka. 

Oh pastilah bukan. Siapa yang guna teknik ni, In Shaa Allah, hari ini buat trading, awal pagi esok dah boleh dapat profit.

Afterall, tujuan kita trade saham adalah untuk dapat profit. Tak gitu?

Saya dapat bayangkan, tak ada siapa yang membantah apa yang saya sampaikan. Ha ha 

Ok lagi satu, ini adalah teknik premium. Teknik rahsia. Teknik berbayar... and so on. 

Pemilik atau penulis bagi teknik ini bukannya nak kongsikan teknik ni kepada semua orang.

Kalau anda tak pernah tahu, saham tu apa benda. Teknik Good Morning Profit memang tak sesuai untuk anda. 

Jika anda dah berjaya jana keuntungan at least RM5K teknik ini juga tak sesuai untuk anda. 

Teknik ni dikongsikan khas untuk mereka yang masih lagi dikira sebagai trader beginner. 

Kalau tak nak terus menerus gagal, asyik loss loss loss, teknik ini mungkin ada penawar untuk masalah anda. 

Saya kata mungkin... sebabnya saya tahu, setiap orang ada taste sendiri bila melibatkan hal-hal perlaburan. Lagi-lagi saham. 

Ini adalah teknik untuk dapatkan fast profit dan fast profit. 

Jika anda bukan jenis yang sukakan sesuatu yang pantas, besar kemungkinan anda juga mungkin tak akan sukakan teknik GMP ini. 

Apa pun, tak salah untuk anda mengetahui tentang teknik ini dengan lebih lanjut disini. Klik sini    

Hampir Give Up Promosi Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Serius. 

Ini memang antara produk paaaaaaaaling susah nak dapat sales kat Ashadee.

Memang degil sikit produk ni. Cuba macam-macam, tapi masih tetap tak jalan. 

1. Dah promosi kat FB.

2. Promosi dalam ebook pun sudah. 

3. Promosi dalam FB Group pun dah buat. 

4. Dah pernah promosikan kat Fan Page. 

5. Promosi kat blog pun dah selalu.

6. Promosi kat mailing list pun dah biasa buat. 

Lagi kat mana ya... erm... erm... ok dah ingat. Lepas dah promot kat semua tempat yang dinyatakan tu, saya ulang semula item dari nombor 1 hinggalah ke nombor 6. 

Produk memang HOT dalam kalangan blogger. Penulis kitab ni pun bukan blogger calang-calang. Memang orang ada nama. Memang seorang yang pakar dan ahli dalam bidangnya. 

(secara tak langsung buat saya terfikir, mungkin sebab selama ini saya perlu bertarung one by one dengan owner produk ni) 

Pada satu hari, dalam keadaan yang tak disangka-sangkakan... muncul pulak email notifikasi dari pihak Ashadee. 



Ok Kitab SEO Merah Jambu ni memang boleh jual. Kenapa saya gagal jual kitab ni sebelum-sebelum ni sebab saya masih kurang buat promosi. Itu sahaja. 

Maksudnya ada orang lain yang lagi agresif bila buat promosi. 

Kalau tahap promosi biasa-biasa, memang mustahil nak dapat income yang luar biasa. 

Ok, nak draf lagi 99 artikel promosi untuk produk ni :p

Ps: Walaupun saya promosikan produk Teknik SEO Merah Jambu, namun saya lebih banyak guna teknik yang saya ceritakan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.  

 

Jumaat, 7 November 2014

Masalah Wall Facebook Kena SPAM Dengan Apps Hacker

Entah. 

Saya pun tak pasti, betul atau tidak yang buat kerja-kerja mengotorkan laman wall FB kita tu kerja apps atau kerja manusia. Sejak dua menjak ni memang agak kecoh dengan perkara-perkara macam ni.

Saya pun terkena jugak.


Gambar ni kira ok lagi. 

Ada sekali tu, pernah dapat posting yang agak memalukan. 

Benda-benda macam ni bukan sahaja memalukan orang yang post, malah orang yang dapat post ni pun tumpang malu jugak. Jadi, effectnya memang two-fold. 

Cuba bayangkan, kalau seminggu kita tak login FB kita... Alih-alih bila bukak FB, mak aih... ambik ko... penuh dengan posting macam ni. Malu tak? 

Apa lah yang kawan-kawan yang tak berapa kenal kita tu akan cakap nanti. Dah tentu-tentu mereka akan salah anggap nanti. 

Pada masa yang sama, kita tak naklah tutup wall FB kita. Kita masih lagi nak buka dan beri peluang pada kawan-kawan kita untuk post sesuatu di wall kita. 

Just in case nak ucap selamat hari lahir ke, selamat pengantin baru ke... dan apa-apa yang sewajarnya. 

So, apa solution dia ni? 

 
Ini cara yang saya sendiri gunakan.

Set privacy, kat bahagian timeline and tagging tu. 

Lihat bahagian Who can see what others post on your timeline? 

Set kepada "Only Me"

Yup, benda ni memang masih lagi tak menghalang daripada di spam. Tetapi, setidak-tidaknya, orang lain tak nampak apa yang dipost oleh orang lain kat wall kita. 

Benda ni kalau digunakan untuk tujuan marketing ada bagusnya. Tetapi, cara ni tetap dikira sebagai spam.

Ah pening la FB ni. Macam-macam isu. 

 

Rabu, 5 November 2014

Sumber Pendapatan PASIF untuk bayar HUTANG

Sekitar bulan Ogos 2014 yang lepas, sekali lagi saya mendapatkan perkhidmatan pinjaman kewangan peribadi daripada pihak bank. Mestilah nak pinjam dengan bank.... giler ko nak pinjam dengan Ah Long. 

Mau kena sembelih pulak aku nanti haha 

Ok ceritanya begini. Seboleh-bolehnya saya memang dah tak nak tambah sebarang komitmen. Hutang sedia ada ini pun dah agak menyesakkan hidup saya. Ini tiba-tiba nak tambah pulak hutang yang baru. 

Saya masih waras lagi. Tak akan lah saya dengan sewenang-wenangnya nak biarkan diri saya terperangkap dengan masalah hutang!

Walaubagaimanapun, setelah berkira-kira, akhirnya saya terpaksa juga ambik hutang. 

Dengan tempoh bayaran balik pinjaman selama 4 tahun, dan bayaran bulan sebanyak RM204 ... saya tak ada pilihan lain selain daripada bersetuju untuk ambik hutang tu. 

****

Flashback lima bulan sebelum tu... 

Mujurlah saya ada join bisnes Tone Excel. Alhamdulilah, saya berjaya jual beberapa keping sim kad Tone Excel. 

Kini hasil daripada jualan itu lah yang saya gunakan untuk buat bayaran semula hutang ini. 

Untuk situasi saya, mujurlah saya tak terus menolak apabila dihidangkan tawaran untuk sertai bisnes ni. 

Kini, hasil daripada susah payah mempromosikan bisnes ni, saya dah ada sumber untuk bayar balik hutang tersebut. 

Ya.

Saya memang bernasib baik. 

Bukan mudah untuk saya terima kembali untuk buat bisnes ni setelah pernah gagal satu masa dulu. But here I am...

Baca juga: 10 kesilapan saya dalam bisnes Tone Excel

Pada saya... there is nothing to loose untuk buat bisnes ni.

Macam mana pun, saya tetap akan guna handphone. Bezanya hanyalah sim kad apa yang saya gunakan sekarang ni. Begitu juga anda.

Sama ada anda nak guna simkad yang boleh jana pendapatan untuk diri anda sendiri, atau anda nak guna simkad yang hanya memberi pendapatan kepada taukey-taukey simkad lain

Anda sendiri yang tentukan, dan anda sendiri yang buat pilihan. 

Kita semua tahu yang berhutang tu langsung tak best. 

Besar macam manapun income kita, kalau kita ada hutang, kita tetap kena ambik sebahagian daripada income kita tu untuk bayar hutang.

Hari ini saya gunakan pendapatan daripada bisnes Tone Excel ini untuk buat bayar hutang. 

Esok lusa mungkin giliran anda pula. 

Apa kata anda muat turun panduan bisnes Tone Excel ini bagi membantu anda selesaikan hutang-hutang anda pula.   
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...