Jumaat, 7 November 2014

Masalah Wall Facebook Kena SPAM Dengan Apps Hacker

Entah. 

Saya pun tak pasti, betul atau tidak yang buat kerja-kerja mengotorkan laman wall FB kita tu kerja apps atau kerja manusia. Sejak dua menjak ni memang agak kecoh dengan perkara-perkara macam ni.

Saya pun terkena jugak.


Gambar ni kira ok lagi. 

Ada sekali tu, pernah dapat posting yang agak memalukan. 

Benda-benda macam ni bukan sahaja memalukan orang yang post, malah orang yang dapat post ni pun tumpang malu jugak. Jadi, effectnya memang two-fold. 

Cuba bayangkan, kalau seminggu kita tak login FB kita... Alih-alih bila bukak FB, mak aih... ambik ko... penuh dengan posting macam ni. Malu tak? 

Apa lah yang kawan-kawan yang tak berapa kenal kita tu akan cakap nanti. Dah tentu-tentu mereka akan salah anggap nanti. 

Pada masa yang sama, kita tak naklah tutup wall FB kita. Kita masih lagi nak buka dan beri peluang pada kawan-kawan kita untuk post sesuatu di wall kita. 

Just in case nak ucap selamat hari lahir ke, selamat pengantin baru ke... dan apa-apa yang sewajarnya. 

So, apa solution dia ni? 

 
Ini cara yang saya sendiri gunakan.

Set privacy, kat bahagian timeline and tagging tu. 

Lihat bahagian Who can see what others post on your timeline? 

Set kepada "Only Me"

Yup, benda ni memang masih lagi tak menghalang daripada di spam. Tetapi, setidak-tidaknya, orang lain tak nampak apa yang dipost oleh orang lain kat wall kita. 

Benda ni kalau digunakan untuk tujuan marketing ada bagusnya. Tetapi, cara ni tetap dikira sebagai spam.

Ah pening la FB ni. Macam-macam isu. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...