Ahad, 1 Februari 2015

Belajar skil pengurusan bisnes bernilai ribuan ringgit menerusi perniagaan servis


Orang kata, kalau nak buat duit di internet dan nak tambahkan pendapatan sampingan, kita kena bermula dengan RM1 yang pertama. 

Terlalu awal nak bercerita tentang hasilkan RM300 - RM700 konsisten setiap bulan kalau nak dapatkan RM1 yang pertama pun anda masih belum mampu.

Well memang inilah hukumnya. 

Setiap orang perlu mula dari bawah, atau at least dari mana-mana satu level of knowledge yang mereka sedang miliki sekarang ni.

.

..

Cara PALING CEPAT dan PANTAS nak buat duit online? 

Berniaga lah. 

Saya boleh kata, sebenarnya sekarang ni ada terlalu banyak method yang boleh anda praktikkan untuk buat duit online. 

Salah satunya adalah menerusi program pengiklanan. 

Cuma satu je masalahnya... Anda larat ke nak tunggu lama, untuk income tu naik? 



Screenshot kat atas ni ialah screenshot kempen iklan yang saya perolehi dari syarikat pengiklanan Nuffnang. Selagi mana iklan ni masih lagi berjalan di blog ini, maka selagi itulah saya akan dapat income.

Kalau dulu, dari pengalaman saya sendiri menyertai program pengiklanan ini, memang cukup susah nak dapatkan iklan berbayar di blog. Namun kini nampaknya dah banyak yang berubah. Syarikat dah jadi lebih murah hati untuk hadiahkan publisher seperti saya dengan pelbagai iklan-iklan berbayar.

.

..

Baiklah, sebenarnya niat saya hasilkan catatan ini adalah untuk membicarakan mengenai perniagaan menyediakan perkhidmatan atau servis.

Macam mana caranya untuk buat untung dalam perniagaan berkonsepkan servis? 

Tahukah anda, bagaimanakah standard yang digunakan bagi menetapkan harga terhadap servis-servis yang bakal ditawarkan?

Adakah anda tahu, dalam bisnes servis, anda berpeluang untuk buat untung yang SANGAT LUMAYAN.

Sebagai contoh, salah satu servis yang saya tawarkan ialah servis penulisan artikel advertorial. Advertorial adalah kaedah pengiklanan menggunakan medium artikel atau penulisan. 

Berapakah caj yang saya kenakan untuk perkhidmatan seperti ini? 

Bergantung. 

Minima saya akan caj RM50. 

Ada juga yang saya caj RM70. 

Ada juga yang saya caj sehingga 3 angka. RM100++ 

.

..

Mungkin anda nak tahu, adakah susah nak hasilkan artikel advertorial? 

Jawapannya... 

SUSAH jika anda TAK BIASA. 

SENANG macam makan KACANG kalau anda dah selalu praktis. Let say, sekurang-kurangnya dah pernah hasilkan dan terbitkan 10,000 artikel. 

Kemahiran tu akan datang sendiri secara natural, dan anda akan dapati, proses untuk menghasilkan artikel advertorial sangatlah mudah dan menyeronokkan! 

Bukan part collect bayaran sahaja yang menyeronokkan, malahan part menulis juga tak kurang seronoknya.

.

..

Saya dah minat dan jatuh hati dengan bisnes berasaskan perkhidmatan ini, ada tak cara yang LEBIH MUDAH untuk orang baru seperti saya ni belajar dan pada masa sama boleh terus buat duit? 

Kalau saya cakap, ADA ... Apa tindakan anda seterusnya?

Ok saya tak nak berdolak dalik. 

Jika anda mencari cara yang mudah, saya tak berani nak menjanjikan bulan dan bintang. Saya tak mahu anda terkecewa nanti. Namun, jika anda memang ikhlas nak belajar, saya boleh rekemen pada anda panduan buat duit di Fiverr ini. 

Fiverr adalah lubuk emas bagi mereka yang inginkan kelainan dan ingin mulakan perniagaan sebagai usahawan perkhidmatan. Kat sini, kita semua mula dari satu level yang tak terlalu rendah, dan tak juga terlalu tinggi.

Setiap servis atau perkhidmatan yang ditawarkan (dijual) di laman web fiverr adalah bermula dengan kos serendah USD 5 sahaja. 

Jika kita convert kepada matawang RM, nilainya adalah sekitar RM18 - RM19. 

.

..

Umum kita dah maklum, dengan caj yang sebegitu rendah, bakal pembeli tak seharusnya mengharapkan hasil yang tip top. 

Come on la... RM18 je kot. 

Lainlah kalau mereka bayar RM180. Kan banyak beza tu. 

Ok platform jualan servis ni standard antarabangsa. Bermakna, satu dunia boleh beli servis yang anda bakal tawarkan disitu. 

.

..

Jika anda berminat nak buat duit online dan jadi salah seorang penjual di fiverr... apa kata anda tawarkan servis yang mudah-mudah sahaja dulu. Sebab yang penting sekarang ni, anda perlu biasakan diri dengan sistem dan perjalanan buat duit dengan bisnes servis. Itu yang pada saya lebih utama berbanding potential income yang bakal anda perolehi.

Saya sendiri bermula dengan bisnes servis sebelum saya mula berjinak-jinak dengan bisnes produk fizikal. Pengalaman menguruskan perniagaan dalam bidang servis ni... cukup berharga. 

... 

Satu yang saya kira paling best bisnes perkhidmatan ni ialah, anda tak memerlukan modal yang besar. 

Kalau anda pandai pilih bidang, anda sebenarnya tak perlu keluar sebarang duit pun untuk mulakan perniagaan dalam segmen perkhidmatan ni.

Ok yang tu, nantilah saya cerita. 

.

..

Untuk sekarang ni, ini adalah salah satu panduan yang anda boleh baca jika anda ingin mendalami lagi ilmu tentang bisnes dalam bidang perkhidmatan. 

Klik sini untuk akses laman web dan muat turun 


    

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...