Isnin, 16 Februari 2015

Macam Mana Cara Bina Laman Web Promosi PERCUMA Dengan Blogspot?

Bina laman web promosi. 

Ini adalah salah satu kegemaran saya. Lagi-lagi kalau guna platform percuma dari blogspot sahaja. 

Rasanya kalau diikutkan hati, nak je saya buat satu laman web promosi setiap hari. 

Jadi, dalam masa sebulan, saya akan ada 30 laman web promosi. Macam mana? Boleh tak lawan dengan marketer yang cuma ada satu website promosi sahaja? 

.

..

Kualiti vs kuantiti

Macam manapun, persoalan ini perlu juga dititik beratkan. Just because seseorang tu ada berpuluh-puluh laman web promosi, tak bermakna dia juga mampu untuk jana pendapatan yang lumayan.

Belum tentu lagi website-website miliknya mampu generate income kalau dari segi kualiti, ianya sangat menyedihkan.

Maknanya, dalam kita buat kerja-kerja pemasaran secara online, memiliki kuantiti website yang banyak, itu penting. 

Namun demikian, memiliki laman web yang berkualiti juga satu faktor yang lagi penting. 


Aspek rekabentuk dan design 

Satu masalah bila kita nak hasilkan laman web dengan menggunakan sistem blogspot ni ialah tentang design dan rekabentuk. Memang cukup susah nak dapatkan template blogspot percuma untuk rekabentuk minisite.

Kalau anda dapat cari sekalipun, mungkin ianya agak kurang user friendly. 

Sama ada dalamnya terkandung bahagian yang susah nak di customize. 

Nak tukar beberapa perkataan dalam design tak boleh, sebabnya tak disertakan dengan file .psd dan macam-macam lagi. Kalau nasib tak berapa elok, mungkin anda akan jumpa template yang mengandungi kod-kod atau skrip yang tak diingini. 

Ok part skrip ini agak teknikal. Jadi saya tak akan cerita panjang-panjang. Cuma dari pengalaman dan pemerhatian saya, guna template percuma ni memang ada risiko dia yang tersendiri. 

.

..

Bagaimana nak dapatkan design template blogspot yang kemas dan mudah di customize untuk bina web site promosi? 

Tak kiralah apa bisnes sekalipun yang anda sedang jalankan. Sama ada bisnes pakaian, makanan, produk kesihatan dan kecantikan, atau pun bisnes simkad Tone Excel seperti saya... Anda perlukan website promosi anda sendiri.

.

..

Masalah yang saya kira lazim bagi setiap orang ialah, nak hasilkan laman web yang nampak profesional, kemas, dan sedap mata memandang. 

Kalau boleh nak murah. Kalau dapat FREE lagi bagus! 

Betul tak? Come on la... saya pun suka sesuatu yang free. Lebih-lebih lagi bila barang yang free tu dari segi kualiti tak kurang hebatnya berbanding dengan yang berbayar. 

Ini contoh laman web yang dibina menggunakan platform percuma dari blogspot sahaja. 

Klik: http://bs2ms.com

Paparan seperti dibawah akan kelihatan



Anda boleh terus muat turun template minisite blogspot dilaman web diatas.

Kebanyakkan laman web yang saya bina, terutama sekali yang menggunakan platform percuma dari blogspot, semuanya saya guna template tersebut. 

Sebenarnya saya plan nak tunjukkan satu per satu tutorial penggunaan sistem bs2ms tu. Kemudian saya teringat, bila anda muat turun sistem tersebut beserta dengan template yang disediakan, anda turut akan memperolehi ebook tutorial yang menerangkan kepada anda step by step cara untuk install. 

.

..

...

Jadi, anda baca kat laman web ni je la tutorial pemasangan dia. Lagi jelas, tersusun dan step by step.

Selamat memuat turun dan selamat membina unlimited website.

 

 

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...