Khamis, 26 Mac 2015

Bagaimana akhirnya saya jadi pelanggan SETIA Lazada?


Secara peribadi, saya memang selalu beli barang secara online. 

TETAPI... bukannya produk fizikal. Produk yang selalu saya beli secara online adalah produk-produk digital seperti ebook, software, video training dan sebagainya. 

Untuk produk fizikal ni, kalau tak silap saya, laman web Lazada adalah laman web pertama yang saya berbelanja kat situ. 

Ini dia produk fizikal pertama yang saya beli secara online. 



Produk senaman - Punching Ball. 

Masa saya beli produk ini, pihak Lazada ada tawarkan 

1. Penghantaran PERCUMA

2. Cash on Delivery

Bijak. 

.

..

Memang BIJAK pengurusan Lazada ni.

Mereka tahu dengan jelas, ramai orang nak berbelanja secara online, tetapi TAKUT. Takut kena tipu, barang rosak, tak sama seperti yang dimahukan dan macam-macam lagi. 

Jadi untuk kategori pelanggan yang sentiasa bersifat waspada seperti ini, diberikan opsyen untuk lakukan cash on delivery. 

Tak perlu bayar apa-apa. Lepas dah nampak barang, puas hati... kemudian boleh terus bayar. 

.

Namun apa yang saya nak kongsikan bukanlah mengenai Lazada itu sendiri. Ataupun tentang pengalaman saya membeli barangan dari Lazada. Saya nak kongsikan mengenai strategi pengiklanan Lazada, yang mana mereka ini sungguh teratur dan BIJAK menggunakan platform media sosial.

Seperti biasa, beberapa hari sebelum saya beli produk ini, saya akan window shop dulu tentang produk ini. Saya dapatkan info sebanyak mungkin tentang produk. 

Kat mana nak cari info? Dah tentulah di laman web Lazada itu sendiri. 

Kan setiap produk ada disediakan description yang lengkap. Tak perlu susah payah nak cari info jauh-jauh. Ini satu lagi features yang sepatutnya para peniaga online ambil perhatian yang serius.


Tahukah anda, Lazada menggunakan satu strategi pengiklanan yang kita gelarkan sebagai retargeting ataupun remarketing? 

Konsep pengiklanan yang SAMA boleh anda lakukan dengan menggunakan perisian berikut. Akses percuma disini.

.

..

Dengan konsep retargeting ini, iklan dari Lazada akan sentiasa muncul di paparan komputer mereka yang pernah buka laman web lazada dan membaca apa yang tertera di laman web mereka. 

Ini buktinya

Iklan Lazada di Facebook


Keluar juga di newsfeed FB saya



Bukan di laman web Facebook sahaja, malahan di laman web bahasa Inggeris yang biasa saya lawati turut keluar iklan dari Lazada. 

Iklan yang spesifik untuk produk yang saya pernah lihat sebelum ini pulak tu

Ini buktinya



Lagi satu laman web, iaitu kat blog saya sendiri pun boleh keluar iklan dari Lazada. 



.

..

Sekarang... cuba anda bayangkan... jika ini adalah iklan produk anda. ia seolah-olah "mengejar" bakal pembeli anda walau dimana sahaja mereka pergi. 

Selagi bakal pembeli tersebut tidak membeli produk ini, selagi tu iklannya akan ikut kemana sahaja mereka pergi. 

Persoalannya ialah, jika anda menggunakan konsep pengiklanan yang sama, iaitu retargeting, adakah ia mampu melonjakkan jualan untuk produk anda? 

Jika syarikat besar seperti Lazada pun guna strategi ini... anda tak sepatutnya pandang rendah pada strategi seperti ini. 

Ada satu perisian yang boleh bantu memudahkan kerja-kerja anda jika anda ingin menggunakan strategi pengiklanan yang sama. 

Apa nama software tu? 

Boleh klik sini untuk lihat.


.

..

Anda masih kurang faham tentang retargeting? Boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul strategi pengiklanan Lazada yang menghasilkan jualan RIBUAN Ringgit.

 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...