Ahad, 29 Mac 2015
Bisnes servis memang SANGAT MENGUNTUNGKAN! Anda Wajib cuba
Jika anda tanya saya, apakah bisnes yang boleh dimulakan oleh orang baru dan tak memerlukan modal yang terlalu besar, dah tentu saya akan kata bisnes yang berasaskan servis.
Tak faham maksud bisnes servis?
Bisnes dalam bidang perkhidmatan. Apakah agaknya perkhidmatan yang sesuai untuk anda tawarkan dan yang paling penting mempunyai nilai komersial sehingga boleh dijual dan ada yang berminat untuk beli?
Baiklah, sebelum saya ulas topik ini dengan lebih panjang, saya nak ceritakan dulu, kat mana tempat yang SESUAI untuk anda JUAL servis yang bakal anda tawarkan sebagai bisnes permulaan anda.
Saya ingin perkenalkan... Laman web Fiverr.
Awas. Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang Fiverr, saya sarankan anda muat turun juga panduan buat duit di Fiverr dilaman web ini.
Ini adalah kerana saya tak akan menerangkan secara details tentang laman web fiver dan bagaimana ia akan jadi satu lubuk emas bagi anda buat duit secara online nanti.
.
..
Kenapa mesti buat bisnes servis?
Bisnes jenis ini tidak memerlukan modal yang besar.
Adakah saya pernah tawarkan apa-apa servis yang mempunyai nilai yang boleh dikomersialkan?
Ya.
Memang ada. Lazimnya, saya lebih gemar untuk tawarkan perkhidmatan menulis artikel review untuk produk yang dijual oleh klien-klien saya. Sama ada produk sendiri, fizikal atau digital, offline mahupun secara online.
... dan salah satu job penulisan artikel yang saya tawarkan adalah servis menulis artikel tentang servis dan perkhidmatan homestay di Dungun iaitu Homestay Solehah Dungun.
.
..
Adakah anda tahu, berapakah kosnya untuk menghasilkan artikel ini?
Tiada sebarang kos. Modalnya hanyalah sedikit masa, dan usaha untuk menghasilkan perenggan demi perenggan hinggalah ia lengkap menjadi satu artikel yang sempurna.
Untuk artikel ini, saya akan caj sekitar RM50 (minima) ke RM350.
Anda bayangkan begini dah cukup.
Jika saya caj RM50, bermakna saya dah untung kasar sebanyak RM50
...dan jika saya caj RM350, untung kasar saya ialah RM350 juga. Adakah anda dah nampak sekarang ni, potensi dalam bidang perkhidmatan?
.
..
Sebenarnya, bukan ini sahaja perkhidmatan yang anda boleh tawarkan. Ada banyak lagi. Mungkin anda lebih tahu dan lebih jelas apa kemahiran yang anda miliki yang boleh anda komersialkan.
Apa kata anda jual perkhidmatan anda kepada pasaran LUAR NEGARA?
Laman web Fiverr ini adalah laman web international. Boleh kata satu dunia akan berkunjung ke web tersebut bagi mencari servis yang bersesuaian dengan kriteria mereka.
Maka kat sinilah peluang anda.
Lebih-lebih lagi jika anda sememangnya tak asing lagi dengan kerja-kerja memberi perkhidmatan.
Jika anda ada kemahiran menterjemah, maka anda boleh tawarkan perkhidmatan tersebut di laman web Fiverr.
Seandainya anda ada kemahiran menghasilkan design seperti logo, ebook ecover, dan sebagainya, ia juga sangat diperlukan di fiverr. Antara servis yang memang hot dan popular di fiverr ialah yang berkaitan dengan design dan art.
.
..
Ada tak orang yang boleh bantu ajar saya buat duit di laman web fiverr?
Mungkin ini soalah yang bermain di fikiran anda.
Tak perlu risau. Memang ADA.
Dan nama orang yang boleh ajar anda iala Nigel Ong. Ini pula laman web beliau. Boleh klik sini untuk lihat laman web Nigel Ong.
Saya tak tau, sejauh mana serius anda nak buat duit dengan cara ini.
Saya juga tak tau, adakah anda benar-benar yakin dan pasti anda memang mahukan peluang untuk buat duit menerusi platform fiverr ini.
Apa pun, anda boleh terus hubungi sendiri penulis ebook tersebut. Dia lebih berpengalaman dalam selok belok perniagaan perkhidmatan di laman web fiverr.
Saya dedahkan kaedah untuk sedut USD dengar menawarkan bisnes dalam bidang perkhidmatan. Kat atas ni pula adalah bukti screenshot pendapatan yang diterima bagi mereka yang memang komited untuk menawarkan servis yang terbaik di fiverr.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan