Sabtu, 28 Mac 2015

Buat duit dengan Nuffnang, Isarus dan Homestay Solehah Dungun


Entri ni saya catatkan pada pagi hari Sabtu. Hmm... ada beberapa perkara yang menarik yang saya nak buat hari ini. 

Antaranya. 

.

..

Saya nak naikkan level dan nak kuatkan karekter Isarus The Phoenix! 

Apa benda ni? 

Ha ha cubalah teka. 



Saya pun tak sangka, rupanya karekter ni sangat kuat. Memang worth it untuk dijadikan salah satu karekter UTAMA untuk dibawa ke crusade dan battle di arena. 

Pengalaman saya sendiri, saya selalu ada masalah nak menang bila berhadapan dengan mana-mana player yang ada karekter Isarus The Phoenix ni dalam arena. 

So after this, bila saya dah ada karekter ni, mudah-mudahan saya tak akan senang-senang kena buli kat Arena lagi. Ha ha

.

..

Buat duit di Nuffnang dah jadi MAKIN BEST

Perasan tak? Sekarang ni Nuffnang dah mula bagi banyak iklan-iklan untuk disiarkan di blog. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. 

Kalau nak dapatkan even satu iklan pun bukan main susah lagi. 

Sampaikan satu masa dulu, ramai jugak yang dah mula buang iklan Nuffnang di blog masing-masing. Apa taknya, earning dia ciput sangat. Rasa macam langsung tak berbaloi nak siarkan iklan mereka. Kita susah payah letak iklan, tarik trafik, tapi Nuffnang ni tak bagi sebarang pulangan yang menggembirakan. 

Sekarang? Boleh tengok screenshot kat bawah ni 



Untuk bulan March ni sahaja, saya dah dapat 14 kempen iklan yang berbeza. Semuanya masih on going dan masih lagi memberi hasil kepada saya.

Saya ada tulis beberapa artikel tentang Nuffnang. Boleh klik di sini untuk baca mengenai buat duit dengan Nuffnang.

.

..

Prestasi iklan Advertorial Homestay Solehah Dungun 

Kalau untuk kata kunci "homestay solehah Dungun"  memang artikel advertorial yang saya hasilkan dah pun berjaya masuk ke muka surat pertama google. 

Tetapi, untuk kata kunci "homestay Dungun" itu satu cerita yang berbeza. 

Ia tak semudah yang disangkakan. 

Banyak juga laman web yang saya perlu bersaing untuk dapat masuk ke page pertama. Status sekarang ni masih lagi ding dong sama ada di page keempat mahupun di page kelima google. 

Nampak sangat ada banyak sangat perkara yang saya kena buat untuk pastikan artikel tersebut boleh dapat kedudukan yang TERBAIK di page laman carian google.

Apapun, selamat bercuti saya ucapkan kepada anda yang sedang bercuti hari Sabtu seperti sekarang ni. 

Perjuangan masih belum berakhir. Yeah!

   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...