Selasa, 31 Mac 2015

Logik ketika melakukan pemasaran di Facebook


Laman web Facebook bukan laman web jual beli.

Ia adalah laman web untuk tujuan "bersosial". Tetapi sekarang ni, rata-rata dah menggunakan medium ini untuk berniaga.

Sama ada meniaga jamu, produk kesihatan, gadget, aksesori hinggalah ke simkad BestMobile.

.

..

Orang kata, nak berniaga di facebook di mudah. Ibarat laman web ini, mudahnya berniaga di facebook




Tunggu dulu. 

Berniaga tu memang mudah. 

Ibarat kita buka satu kedai. Kita penuhkan kedai tersebut dengan barang dagangan kita. Susun cantik-cantik... SIAP. Itu sahaja. Senang sangat, bukan? 

Namun, untuk mendapatkan pelanggan bagi membeli produk yang kita niagakan, saya kira itu adalah topik yang berbeza.

.

..

Anda perlukan kemahiran dan skill yang khusus. Anda kena faham selok belok tentang psikologi pelanggan. Anda kena faham tentang produk yang anda jual... dan anda juga WAJIB FAHAM tentang pasaran yang anda sedang berkhidmat. 

.

Logik apabila berniaga di facebook

Pengguna facebook BENCI iklan.

Well at least saya sendiri BENCI apabila baca iklan. Lagi saya tak suka, bila wall FB rakan saya semuanya adalah post-post iklan. 

Seolah-olah dia ni tak ada life. 

Balik-balik iklan... iklan... iklan. Sungguh membosankan. 

.

Jadi, jika iklan anda tidak dibaca oleh golongan sasaran anda, macam mana anda nak dapat sales? 

Maka sebab itulah, suka untuk saya sarankan... anda usahakan supaya ayat iklan anda tidak kelihatan seperti iklan. 

Bagaimana nak jadikan ayat iklan untuk menjual tidak kelihatan seperti ayat iklan namun pada masa yang sama, ia masih lagi tetap mampu untuk menghasilkan jualan?

Inilah perkara yang perlu difahami oleh setiap jurujual di FB. 

Baiklah, topik ini saya akan ulas lain kali. 

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...