Jumaat, 13 Mac 2015

Pembongkaran Kata Kunci TERBUKTI Boleh Buat Duit

Buat pengamal kaedah pemasaran SEO atau Search Engine Optimization, lazimnya mereka tak akan bocorkan apakah keyword EMAS yang membantu mereka untuk buat duit online secara konsisten.

Sebabnya SEO ni leceh. 

... dan tak ramai yang mampu dan sanggup nak bersabar dalam menerapkan teknik-teknik SEO dalam penulisan dan pembinaan laman web mereka. 

Bukan sahaja SEO ni leceh, malahan ada ketikanya ia makan masa yang sangat lama untuk menampakkan hasilnya. 

Ok... 

Untuk tujuan penerangan dan pembelajaran, kali ini saya akan dedah satu kata kunci yang saya sasarkan untuk buat duit at least RM70 - RM100 setiap bulan dari satu program di internet ni. 

Nama program tersebut ialah Program Referral ToneXpress.

Alhamdulilah, program ni telah pun menjadi salah satu sumber pendapatan yang konsisten sejak penghujung bulan Disember 2014 lagi. 

.

..

Dan baru-baru ni, saya terima lagi bayaran daripada program ni. 



.

..

Kali ini saya terima bayaran sebanyak RM98 pula. 

Alhamdulilah, syukur. Cukup untuk renew domain ataupun kalau nak beli simkad boleh dapat dua keping dengan duit sebanyak ni. 

Simkad apa? 

Jeng jeng jeng 

Simkad BestMobile la. Kalau simkad Tone Excel memang tak cukuplah nak dapat sampai dua keping.

.

..

Apa dia kata kunci untuk buat duit dengan ToneXpress ni? 

Sebenarnya ada banyak kata kunci yang sangat berpotensi untuk buat duit dengan ToneXpress ni. Namun, untuk peringkat permulaan, sejak dari bulan Disember hari tu, saya hanya fokuskan pada kata kunci "komisyen ToneXpress".

Itu sahaja. 

Sasarannya ialah para pengguna internet yang masih lagi tak faham dengan program dan yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana komisyen ToneXPress dikira. 

Sejak saya fokus pada kata kunci tersebut, ini kesannya


Apa yang anda sedang lihat sebenarnya ialah hasil carian google di muka surat pertama bagi kata kunci Komisyen ToneXpress.

Kebanyakkan laman web yang dipaparkan adalah milik saya. 

.

..

Inilah yang saya katakan teknik Takluk Search Engine Google. 

BEST kan?

Jika anda nak sasarkan kata kunci yang sama, mungkin agak susah sikit. Jadi, nasihat saya, anda target kata kunci lain dan mula menulis. Mana tahu, lepas ni giliran anda pula berpeluang buat duit secara autopilot macam ni. 

Ok, sekarang ni saya nak fokus rank kata kunci "homestay Dungun" pulak. Hmm... yang kali ini cabaran dia memang agak besar. Tapi tak apa la... saya cuba jugak.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...