Selasa, 21 April 2015

Agak-agak GST ini akan dilaksanakan sampai bila?


"Abah rasa kerajaan akan kekalkan GST ke atau akan tarik balik GST ni dalam masa terdekat?" 

Itu soalan yang saya tanyakan kepada ayah mertua saya baru-baru ni.

Sengaja saya ingin dapatkan pandangan dan pendapat orang lama. Selaku orang yang dah berpuluh tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, mungkin sedikit sebanyak ayah saya dapat meramalkan mahupun menjangkakan sesuatu. 

.

..

Sedikit sebanyak... saya juga sebenarnya mengharapkan adanya berita gembira.

"Ermm... abah rasa tak adanya GST ni nak ditarik balik dalam masa terdekat ni. Kerajaan kita ni sekarang perlukan duit banyak..." 

"Tapi kan abah... itu hari kan Dr Mahathir ada buat statement macam-macam tentang GST. Antaranya, kerajaan BN akan kalah dalam pru 14 kalau terus buat GST. Tak kan kata-kata Dr M tak diambik kira bah?" 

"Depa pun tau, orang melayu kita ni senang je. Susah-susah pun, bising-bising pun sekejap je. Nanti-nanti dah dekat-dekat nak pilihanraya, bagi la kain pelikat, bagi beras, bagi duit, terus semua tu diorang lupa. Undi balik..." 

.

..

Saya tak akan lupa!

Melayu lain? 

Itu saya tak tau. Yang pasti, saya tak akan lupa. Apa yang saya lalui. 

Yup. 

Terus terang saya katakan, saya melalui zaman remaja dan dewasa dengan cabaran yang begini susah, sedangkan... disana ada golongan pemimpin yang hidup bermewah-mewahan. 

Sedangkan rakyat kelas bawahan seperti saya... terpaksa membanting tulang, dan berhempas pulas untuk dapatkan sepinggan nasi.

Itu belum kira lagi saya terpaksa juga lakukan kerja-kerja freelancing dan berniaga di laman web seperti Fiverr untuk menambahkan sumber pendapatan. 

Semuanya kemana? 

Well... at least I know... sebahagian daripada my hard earned money pergi ke kerajaan dalam bentuk tax.

Keputusan dah dibuat

Walau apa pun respon kita, keputusan dah pun dibuat. 

Kita semua perlu terima hakikat, tidak kira bagaimana kedudukan ekonomi dan kewangan kita, apa pekerjaan kita, berapa usia kita, kita semua tetap di WAJIB kan untuk bayar cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6% tu.

Kita tak mampu nak ubah keputusan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Kita juga tak mungkin mampu untuk ubah kerajaan dalam masa sehari. 

Namun, apa yang mampu kita lakukan adalah mengubah cara kerja dan cara hidup kita bagi menghadapi cabaran ini. Tak kira sama ada kita suka atau tidak, sesuatu memang perlu dan wajib dilakukan. 

.

..

Fuh... susah betul kan, kalau hidup ni tak ada banyak duit. 

Saya tak dapat bayangkan, bagaimanakah agaknya nasib mereka yang berpendapatan rendah, kemudian ada banyak tanggungan pula untuk menghadapi cabaran hidup macam sekarang ni. 

.

..

Hari ini ialah hari ke-21 GST dilaksanakan. 

Entah dah berapa juta berjaya dikutip. 

   
Saya masih lagi sedang menunggu simkad ini dikeluarkan (pelancaran pada 1 May 2015)

Moga-moga dengan adanya simkad BestMobile ini dapatlah kiranya menampung bebanan yang tergalas di bahu semua rakyat Malaysia ni. 

Bila Najib kata Rakyat Didahulukan... dia memang betul-betul maksudkannya. 

 


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...