Rabu, 1 April 2015

Apa yang menarik tentang 1 April 2015


Sehari sebelum tarikh 1 April 2015 ni muncul, macam-macam ragam masyarakat Malaysia dapat diperhatikan di Media sosial.

Macam-macam screenshot gambar terdiri daripada gambar-gambar pemimpin dari parti Barisan Nasional yang dah siap di edit disebarkan.  Ada yang melucukan serta menggelikan hati. Malah tak kurang juga yang sampai tahap memalukan. 

.

..

Pihak kerajaan Malaysia mula melaksanakan GST pada tarikh ini. Ya... siapa yang suka? 

GST ini dilihat hanya menambahkan komitmen kewangan dalam perbelanjaan harian. As simple as that.  Tak kan benda yang begini JELAS pun anda masih tak nampak? 

Ini perbelanjaan pertama yang dilakukan oleh keluarga saya pada hari pertama GST dilaksanakan. 



Disebabkan adanya cukai GST sebanyak 6% ni, jumlah yang perlu dibayar bertambah, dari RM292.30 sahaja kepada RM309.85.

Masih tak nampak lagi? 

Secara purata... 


Kami akan berbelanja sekitar RM300 - RM400 setiap hari untuk restock barang-barang yang kami jual di kedai runcit. 

Ini juga bermakna, secara purata kami akan menyumbang sebanyak kira-kira RM17 dalam bentuk GST! SETIAP HARI, OK!

.

..

Anda kiralah sendiri, 

Kalau RM17 kita darabkan dengan 30 hari. Berapa jumlahnya? Ambik kalkulator dan silakan kira sendiri. 

RM17 x 30 hari = RM510

.

..

RM510 tu pulak datangnya dari mana nak buat bayar GST ni? Adakah bila adanya GST, keuntungan dan pendapatan kami tiba-tiba meningkat untuk buat bayar GST? 

.

..

Ok la fine. Tak perlu ambik RM17 sebagai purata. Ambik RM10 sahajalah purata untuk dibayar dalam bentuk GST. 

RM10 x 30 hari pun dah RM300!

Kalau anda memang gaji RM4,000 minimum tu saya rasa ini bukan satu masalah. Betul tak? Anda bermasalah macam mana sekalipun, majikan akan tetap bayar gaji anda. 

Dalam konteks saya ni pulak, kami dalam keluarga yang berniaga. Berniaga kedai runcit secara kecil-kecilan pulak tu. 

Dah tentu-tentu kami tak layak nak apply untuk GST. Sales pun berapa je dalam sebulan. Untung kedai? Setakat cukup untuk beli makanan setakat apa yang ada, bil air letrik dan sebagainya. 

.

..

Nak tak nak, peniaga kecil TERPAKSA naikkan harga barang

Terpaksa bro... bukan suka-suka nak naikkan harga. 

Peniaga kecil-kecilan ni, tak jauh beza dengan pengguna. End user. Mereka tak ada sistem, dan tak layak nak apply sistem untuk transfer GST tu kepada next user. FAHAM tak?

.

..

Ah sudahlah. Meroyan macam mana pun, kita ni ikan bilis je. Kita bising-bising menyuarakan kesusahan kita, pak menteri cuma akan kata "kalau tak suka bayar cukai, BOLEH KELUAR DARI MALAYSIA". 

Itu sahajalah yang mampu dijawab oleh mereka yang diberi kuasa. 

Apa pun, disebalik berita celaka tentang GST ni, ada juga serba sedikit berita gembira.

Ya. 

Komisyen dari Ashadee dah dibayar.



Nampak gayanya, lepas ni memang kena pulun habis-habisan di Ashadee. 

Nak dapatkan beribu-ribu komisyen. 

Buat bayar GST la... apa lagi.  

Terima kasih banyak-banyak.

Nah baca sini panduan buat duit dengan program affiliate. Mana tau, ilmu dalam ni anda boleh guna untuk dapat buat duit tambahan. 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...