Jumaat, 24 April 2015

Buat macam-macam bisnes dalam satu masa... Bagus ke?


Sebenarnya saya nak letak tajuk, buat macam-macam job untuk dapatkan duit dalam satu-satu masa, adakah satu langkah yang bijak?

Kemudian saya ubah fikiran. 

Saya merasakan tajuk tu terlalu panjang. 

Jadi, rasanya adalah lebih baik saya stick dengan tajuk yang lebih pendek.

.

..

Secara peribadi, saya adalah salah seorang yang buat macam-macam perkara untuk buat duit. Ini dalam konteks pemasaran online sahaja ya yang saya nak cerita ni. 

Kalau campurkan dengan segmen pemasaran offline, nanti makin bertambah banyak pulak listnya. 

Selalu jugak saya ditanya, 

"Kerja apa sekarang?" 

.

..

Haish... susah betul nak jawab soalan macam tu. Bukan apa, daripada 10 orang yang tanya, boleh kata 7 orang jugak la yang tak faham apa benda yang saya buat.

So... setelah sekian lama, mencari-cari satu perkataan yang saya rasakan mudah untuk difahami oleh orang kebanyakkan yang tak bekerja dalam satu bidang yang sama yang saya buat... maka kali ini saya akan kata, saya bekerja sebagai seorang freelancer.

Untuk orang yang masih baru dan ingin berjinak-jinak dalam bidang freelancing, anda boleh dapatkan latihan dan tunjuk ajar di laman web ini.

Kerja sebagai freelancer ni mudah ke?



Secara peribadi... kerjanya MUDAH. Sangat mudah sebenarnya. 

Apa yang jadikan pekerjaan ni sebagai satu cabaran ialah untuk dapatkan job itu sendiri. Bukan mudah untuk dapatkan satu individu, pertubuhan, badan dan juga organisasi yang sudi untuk mendapatkan perkhidmatan kita dan berbayar pula tu.

Melainkan anda memang seorang yang sangat dikenali, mungkin tak sesukar mana untuk dapatkan job sebagai seorang freelancer. Tetapi, kalau anda baru bermula, trust me... ada banyak perkara-perkara penting yang anda perlu tahu dan perlu kuasai sebelum nak terus terjun dalam bidang ni. 

Sepanjang saya bergiat dalam bidang freelancing, panduan ini sahajalah yang saya jadikan sebagai rujukan utama. Alhamdulillah, memandangkan saya juga ada sedikit sebanyak asas dan pengetahuan dalam bidang perniagaan, dan serba sedikit pengalaman dalam bidang pemasaran, maka ia dapatlah menguatkan lagi peluang untuk dapat buat duit dalam bidang ni.

.

..

Baiklah, itu kisah tentang freelancing. 

... dan dari freelancing inilah, saya jumpa dengan pelbagai individu. Setiap orang pastinya ada pendapat dan pengalamannya sendiri bila membincangkan tentang sesuatu perkara dan juga sesuatu topik. 

Seriously... saya kurang selesa dengan individu yang jenis bajet pandai dan bajet tahu semua perkara.

Lebih-lebih lagi bila perkara yang dibincangkan adalah dalam konteks buat duit online.

Patut ke nak fokus hanya pada satu perkara, atau pada satu company semata-mata, atau pada satu cabang buat duit semata-mata? 

Nasihat "fokus hanya pada satu cara buat duit dan fokus hanya pada satu company, jangan lompat-lompat bisnes..." ini pertama kali saya dengar dari penggiat bisnes Tone Excel.

Bagi dia, bila dah buat satu bisnes tu, kena buat yang tu je. Sama ada tinggalkan whatever opportunity yang bakal diperolehi ataupun lupakan dulu segala komitmen yang dulunya pernah dilakukan sebelum jumpa dengan bisnes ni.

Pada saya la kan... 

Nasihat ni bersifat selfish sebenarnya.

Dari pengalaman saya sendiri... saya sendiri buat macam-macam perkara dalam satu-satu masa. 

Macam yang saya kata tadi, saya buat bisnes servis, saya buat affiliate marketing, saya buat duit dengan cara menulis blog, saya juga jual sim Tone Excel, saya juga menjual sim BestMobile... dan sebelum-sebelum ni lagi, saya juga sibuk dengan beberapa bisnes offline. 

Memang macam-macam perkara jugak yang saya buat. 

Semua ni untuk apa? 

PENGALAMAN. 

Macam mana kau nak ada pengalaman dan pengetahuan yang luas kalau kau cuma hadkan pergerakkan diri kau dalam satu bidang semata-mata?

... dari pengalaman ni, saya dapat bertemu dengan pelbagai individu hebat dari pelbagai corak, segmen dan lapisan masyarakat. 

Fair enough. 

Saya lebih banyak belajar new things dengan pendekatan seperti ini berbanding hanya dengan duk fokus dalam satu perkara semata-mata.

.

..

Masa depan itu satu alam yang sangat asing. 

Satu perkara yang saya pegang selama ini. 

Masa depan, tak ada siapa yang tahu. 

Even seorang pelajar, yang dari kecilnya belajar ilmu kedoktoran, masih lagi belum tentu dia akan jadi doktor bila dia dah dewasa nanti. 

Sewaktu saya masih lagi belajar di UiTM Shah Alam dulu, saya juga beranggapan yang saya akan bekerja dalam bidang kewangan dan perbankan. 

Selari dengan jurusan yang saya ambil dulu. 

But then, ia tak jadi seperti yang saya bayangkan.

Saya merasakan hidup berkuli dalam organisasi korporat is really not my style. Its killing me in the inside.

So, saya lebih prefer untuk bekerja untuk diri sendiri, daripada berada dalam sistem yang saya langsung tak dapat nak kawal dari segi outcome nya.    

.

..  

Ini just pandangan saya, untuk mereka yang baru nak bermula menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau apa-apa bidang.

Cubalah sebanyak mungkin cabang bisnes yang anda mampu terokai. 

Cuma anda kena pastikan, sebelum anda buat sesuatu yang baru, apa yang ada dalam tangan dah pun membuahkan hasil. Pada masa yang sama, kena pastikan juga, apa yang anda bakal tinggalkan, incomenya akan tetap terus berjalan walaupun pada masa itu, anda kurang beri perhatian pada perniagaan tersebut. 

Saya tak tau apa akan berlaku di masa hadapan, atau apa yang akan berlaku pada saya. 

Sebab itu, saya tak takut untuk cuba seberapa banyak bisnes yang saya boleh dan mampu untuk handle.

Kalau anda rasa, buat dan fokus hanya pada satu perkara itu adalah yang terbaik untuk anda... teruskan. Cuma, tak perlulah sampai nak psycho atau nak brainwash orang lain untuk jadi sama macam anda. 

Manusia ni unik, kau tau ke tidak?  
 


     

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...