Rabu, 13 Mei 2015

Jadi yang terawal dalam BestMobile dan kenapa saya dah lama tak menulis


"Bila nak start menulis semula?" 

Soalan ni buatkan saya tersentak. 

Ya... 

Begitulah nampaknya. Rupa-rupanya, agak lama jugak saya tinggalkan kerja-kerja penulisan, dek kerana nak beri tumpuan yang tak berbelah bahagi kepada bisnes terbaru yang sedang saya usahakan. 

Bisnes apa? 

Masih lagi dalam bidang network marketing business. Kali ini saya tukar syarikat kepada BestMobile Malaysia Berhad.

.

..

Jadi antara yang TERAWAL dalam perniagaan simkad BestMobile

Jadi yang terawal bukanlah segalanya indah.

Ada banyak liku-liku dan cabaran yang perlu dilalui... dan secara peribadi, saya juga tidaklah mengharapkan syarikat akan terus PERFECT dalam fasa pra pelancaran pada 1 May 2015 yang lalu. 

Antara perkara-perkara yang saya sedia maklum pasti akan berlaku adalah perkara-perkara seperti:
 

1. Masalah teknikal

Masalah teknikal ni akan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. 

Bermula dengan pendaftaran. 

Saya menjangkakan pasti akan ada yang alami kesukaran untuk melakukan pendaftaran. 

Benda baru. 

Kadang-kadang, bukannya ada masalah teknikal pun. Cuma orang yang menggunakan teknologi tu yang tak tau guna. 

Cuba sekali tak berjaya. Cuba kali kedua pun tak berjaya. Cuba kali ketiga dah mula start nak marah. 

Macam mana nak berjaya. Kalau setiap percubaan, menggunakan kaedah yang sama. Percubaan kali pertama ada kesalahan. Percubaan kali kedua, diulangnya kesalahan yang pertama. Percubaan kali ketiga, sekali lagi diulang-ulang kesalahan yang sama. 

Der... macam mana nak berjaya.

Ada juga daripada laporan masalah teknikal yang saya terima, bukannya masalah teknikal sangat pun. 

Si pengguna tu yang tak ikut arahan. Lepas dah tak ikut arahan yang betul, kemudian dia buat silap. Bila dah buat silap, memang tak akan menjadi la.


2. Masalah network coverage 

Ini juga salah satu isu yang memang saya sedia maklum. 

Dalam sesi preview juga, CEO BestMobile ada sentuh mengenai isu ini. Tentang coverage. 

Secara purata, 90% daripada Malaysia adalah mendapat liputan BestMobile. 

Malahan, sebagai pengguna kita juga boleh semak sendiri, sama ada sesuatu kawasan itu ada liputan ataupun tidak. 

Memandangkan BestMobile bekerjasama dengan FriendiMobile sebagai Technology Partner dan juga UMobile sebagai penyedia servis dan fasiliti, maka kita boleh gunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web FriendiMobile dan UMobile untuk kita lihat pada satu-satu kawasan itu, terdapat liputan ataupun tidak.

Ini contohnya. 

Info dari laman web FriendiMobile 

 
Maklumat dari laman web UMobile 

 
Secara tidak langsung, ini menjadi tanggungjawab pengguna baru untuk buat semakan terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan sama ada nak jadi pengguna BestMobile ataupun tidak. 

.

..

Nak jadi pengguna, bijaklah sikit. 

Bukannya lepas jadi pengguna baru nak bising berkenaan dengan coverage, sedangkan anda boleh semak terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan untuk lakukan pembelian.

.

..

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang saya nak kongsikan menerusi catatan ini. 

Akan tetapi, disebabkan saya ada blog khas untuk membincangkan mengenai hal-hal berkaitan BESTMobile, jadi apa kata anda kesini untuk pembacaan lanjut. 

Itu pun jika anda berminat nak tahu tentang BestMobile menerusi perspektif dan pandangan saya.   




 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...