Ahad, 14 Jun 2015

Adakah anda sanggup buat kerja tanpa sebarang bayaran?


Orang putih kata, "Work for FREE".


Saya kira, ini sebenarnya adalah satu bentuk latihan yang sangat bagus untuk melatih minda kita agar dapat berfikiran seperti seorang usahawan. Seorang usahawan, mereka dibayar berdasarkan hasil kerja mereka, bukannya berdasarkan apa kerja yang dia buat. 


Adakalanya, seorang usahawan ni terpaksa lakukan kerja-kerja yang bersifat pro bono dan tidak menerima sebarang bayaran langsung pun.


Buat setengah orang, konsep kerja tanpa bayaran ni adalah sesuatu yang sangat asing. Mereka tak boleh terima, jika diberikan sesuatu tugas, atau dikehendaki untuk melakukan sesuatu perkara, tetapi tidak dibayar pula apabila tugasan tersebut telah disiapkan. Adilkah begini? 


Saya flashback semula, kehidupan yang saya lalui semasa saya masih bekerja dulu. 


Sebenarnya, bila saya ingat-ingat balik, saya banyak buat kerja-kerja EXTRA yang tak termasuk dalam job scope saya, tetapi saya masih perlu lakukannya. Eh! Bukankah ini yang dikatakan buat kerja tanpa sebarang bayaran tu? 


Sedar atau tidak, sebenarnya ada antara kita, selama ini memang dah dilatih untuk buat kerja tanpa bayaran tambahan. Kita diarahkan untuk buat macam-macam tugasan. Daripada 10 perkara yang kita diarahkan untuk buat, silap-silap sekurang-kurangnya ada 2 perkara yang bersifat personal dan tak ada kena mengena langsung dengan bidang tugas kita. 


Ada tak? Kalau tak ada... anggap sahajalah yang anda ni bernasib baik.  Anda bernasib baik kerana tak perlu nak melalui pengalaman-pengalaman yang tak perlu sepanjang anda berkhidmat untuk syarikat majikan anda. 


Jika anda SERIUS nak buat duit dengan Best Mobile... 



Nampaknya tak jauh beza. 


Anda kena bersedia dan kena rela untuk bekerja tanpa dibayar sebarang upah. Ketika anda giat melakukan kerja-kerja pemasaran, anda tak dibayar gaji. 



Ketika anda melakukan sales presentation dan buat proses closing, pada waktu tu juga, anda tidak dibayar sebarang gaji. 


Jika begini, bila anda akan terima imbuhan dari syarikat Best Mobile


Jawapannya adalah, ketika anda berjaya mengaktifkan simkad untuk bakal pelanggan anda, dan ketika pelanggan anda buat tambah nilai (topup). 


Sebab tu saya lihat, apabila orang yang baru nak sertai perniagaan ni, dia tak betul-betul mempersiapkan minda dan mental mereka, mereka akan rasa struggle untuk berjaya. 


Lebih-lebih lagi, bila mereka masih belum berjaya untuk dapat sebarang sales, even sales yang pertama.


Bisnes ni tidak terlalu mudah, namun ia juga bukannya sukar sangat. Fokus pada aktiviti promosi, dan jika kaedah promosi yang anda gunakan kurang berkesan, fokus untuk perbaiki kaedah anda. 


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...