Selasa, 23 Jun 2015

Apa boleh BELI dengan RM50?


Seriously... saya sebenarnya amat-amat rindukan zaman ketika RM50 mempunyai nilai yang SANGAT BESAR.


Pada waktu tu, RM50 yang ada dalam tangan, boleh bertahan lebih seminggu! Kalau nak beli makanan, pun tak semahal mana. Andai kata la kan, kalau anda nak gunakan RM50 tu khusus untuk beli makanan je, memang saya yakin, selepas seminggu, duit RM50 tu pun masih ada banyak lagi bakinya. 


DULU... makanan tak mahal macam sekarang. Cerita dari segi kuih muih la ya, pada masa tu, kebanyakkan kuih semuanya besar-besar. Cukup ramuannya, dan sedap pula rasanya. Satu dua biji dah cukup mengenyangkan. 


Sekarang? Sebiji kuih dijual dengan harga 50 sen! Ingat boleh kenyang ke makan sebiji kuih je? 

.

..

RM50 sekarang dah susut nilainya.




Bawalah RM50 ke shopping complex, masuk ke mana-mana restoran yang ada, jika untuk seorang makan, dengan mudah anda akan di caj sekitar RM15 - RM20. 


Bayangkan jika anda berdua? Yes. Selesai RM50 ataupun at least berbaki RM3 - RM4 duit anda tu tadi.  Tak sampai 1 jam, dan yang BESTNYA, RM50 tu mungkin bersamaan dengan gaji anda apabila bekerja sehari suntuk.



 


Anda perlu bekerja 7 - 12 jam sehari untuk dapatkan bayaran gaji sebanyak RM50. Kemudian, semudah makan di restoran yang tak sampai pun 1 jam, duit RM50 tu habis macam tu je. 


Berbaloikah?


Apa anda boleh beli dengan RM50 sekarang ni? 


Sesuatu yang tahan lama dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada ke tak? 


.

..

Klik: Program Latihan Jobdirumah dengan kos serendah RM50 


Bagi generasi seperti saya, kami cenderung untuk berbelanja bagi tujuan ilmu dan mendapatkan informasi-informasi yang boleh membantu kami untuk menambahkan pendapatan.


Salah satu caranya ialah dengan membeli informasi berkaitan dengan cara-cara untuk bekerja hanya dari rumah menerusi platform jobdirumah. 


Namun, tak ramai sebenarnya yang nampak apa manfaatnya, apabila mempunyai keupayaan untuk bekerja dan buat duit hanya dari rumah. 


Ya


Pada peringkat permulaan, pastinya ada yang akan merasai seolah-olah apa yang dibuat seolah-olah langsung tak ada hasil dan kelihatan sia-sia. Namun sebenarnya, ia tak begitu.


Pelaburan untuk tujuan ilmu memang begitu hakikatnya. Anda tidak akan dapat nampak hasilnya serta merta. Hanya apabila anda mempraktikkan dan take action berdasarkan ilmu yang anda miliki, barulah anda akan dapat nikmati hasilnya. 


Ini salah satu ilmu bekerja dari rumah yang saya sendiri praktikkan




Tugasnya mudah sahaja. Asalkan anda ada laptop dan sambungan internet, ianya dah boleh dijalankan, malahan ia begitu mudah, hinggakan sesiapa sahaja boleh melakukannya.


Kadang-kadang saya terfikir jugak, adakah sebab ianya TERLALU MUDAH hingga menyebabkan orang ramai GAGAL untuk buat sebarang duit dari internet ni. Kelakar pun ada, bila setiap masa, saya asyik terjumpa individu-individu yang terlalu asyik mencari-cari cara yang susah dan complicated untuk buat duit online, sedangkan ada cara yang mudah terhidang di depan mata. 


.

.. 


Apa lagi boleh dibeli dengan RM50? 


Ini dia. 


 

Starter Pack sim Best Mobile boleh didapati dengan harga serendah RM49 sahaja. (Harga promosi)


Bandingkan dengan kos yang sebegini rendah, anda dah pun memiliki perniagaan anda sendiri dalam bidang telekomunikasi. Bukankah ini satu pencapaian yang sangat baik. Dengan kos permulaan yang tak sampai RM100 pulak tu. 


Apa pun, saya sebenarnya agak khuatir, nilai RM akan terus menyusut dari tahun ke tahun. RM50 akan makin kehilangan nilainya, dan saban tahun, barang yang dapat dibeli dengan RM50 akan makin menyusut. Pada waktu tu, jika anda dan saya, masih lagi dalam kategori mereka yang berpendapatan rendah, apakah nasib bakal menyebelahi kita? 


Bukankah lebih baik kiranya, kita usahakan untuk buat sesuatu supaya kita dapat keluar dari belenggu dan masalah kewangan?


  
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...