Jumaat, 19 Jun 2015

Bila masanya Group Whatsapp dan Group FB jadi BOSAN?


Sejak 2014, saya mula mengeksploitasi kegunaan kedua-dua fungsi group ini, sama ada group whatsapp, ataupun group FB untuk kegunaan aktiviti pemasaran. Pada asasnya, fungsi group bukanlah untuk tujuan pemasaran semata-mata. 


Ia sebenarnya bertujuan untuk memudahkan proses penyampaian maklumat dan perkongsian informasi. 


Kalau ada 67 orang dalam group kita, dan kita pula nak sampaikan update terkini kepada mereka ni semua. Tak kan la nak sampaikan maklumat satu per satu. Kalau copy paste copy paste sekali pun, lambat. Makan masa yang lama. Kemudian, kat inbox kita tu nanti, penuh dengan mesej dari kita kepada 67 orang ni. Padahal, kita bukannya nak sembang lama-lama pun dengan diorang ni semua. 



Maka atas sebab tu, kan lebih mudah bila kita masukkan je mereka ni dalam satu group, kemudian kita update sahaja berita terkini dalam group tersebut. 


.


 
..

Beberapa group yang saya join, ada antaranya yang dah mula jadi group yang membosankan. 


Group yang macam mana yang akan jadi membosankan tu? 


Pertama, group yang ahlinya dengan RAKUS asyik copy paste iklan


Pffft... sebagai admin group, benda-benda ni kenalah di hentikan. Dia tak nampak ke, serabut la kalau ada banyak-banyak iklan dalam group ni. Nak beriklan, nak berniaga pergi la tempat lain. 


Ataupun, buatla group FB sendiri. Jangan menyemak dalam FB Group orang lain. 


Kedua, penyebaran info tanpa usul periksa 


Ni lagi satu yang worst! Main forward forward je bila dapat info pelik-pelik. 


Macam orang tak ada akal. Benda paling saya BENCI bila orang main forward hal-hal berkaitan dengan agama. Kononnya bersumberkan dari hadis nabi, dari kitab Shohih Bukhari la kononnya. Alih-alih... bila sampai kat pihak yang betul-betul ada ilmu, rupanya hadis palsu. Ilmu dalam tu pun ilmu palsu.


Bro, jangan seronok sangat nak share benda-benda yang ko sendiri tak yakin dan tak pasti. Lagi banyak mudharat dia berbanding manfaat.


Ketiga, group hilang punca dan tak ada hala tuju 


Satu lagi masalah. 


Ada yang cerita pasal seks, hubungan kelamin suami isteri, pasal bisnes Best Mobile, pasal masalah rumah tangga, pasal program buat duit di internet, nak tanya pasal program latihan Job di rumah la... 


Peh... serabut jugak macam ni. Tak ada hala tuju.


Keempat, tak ada langsung sikap respect sesama ahli


Kerjanya nak membahan orang je. 


Kalau dapat peluang, sikit nak kondem orang lain. Nak kondem kerajaan, nak kondem parti politik, kondem pemimpin politik, kondem bisnes orang lain. 


Ah bosan la orang macam ni. Seolah-olah bagi dia, cuma dia sahaja yang perfect. Orang lain semua memang patut kena kondem setiap masa. 


Kelima, tiada engagement dan tiada interaksi


Masing-masing buat hal sendiri. 


Post iklan, lepas tu blah... 


Orang tanya something kat dia, dia buat tak tau je.

.

..

Sebab tu, sebenarnya bukan mudah nak handle group ni. 


Bukan semua orang ada keupayaan nak handle group yang ahlinya ada macam-macam ragam dalam tu. 


So, kalau anda adalah insan terpilih untuk jadi group admin, buatlah betul-betul. 


 

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...