Isnin, 22 Jun 2015

Bulan Puasa: Banyakkan bekerja dari rumah


Pada waktu catatan ni saya buat, umat Islam seluruh dunia sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Macam saya di Malaysia, hari ini adalah hari yang ke lima berpuasa. 


MUNGKIN... kat tempat lain, yang berbeza dari segi time zone, sekarang ni baru masuk hari yang keempat, atau mungkin mereka dah masuk hari yang keenam?!


Err.. entahlah. Kadang-kadang pening jugak bila melibatkan perbezaan garis masa ni. 


So bulan-bulan puasa macam ni, saya perasan, banyak aktiviti luar yang perlu saya reschedule.





Masa berada diluar jadi lebih pendek berbanding kebiasaan. Kalau macam kat area KL ni, start jam 3.30 jalan memang dah jammed teruk. Masing-masing dah mula berkejar-kejar untuk balik ke rumah masing-masing untuk persiapan berbuka puasa. 


Macam saya sendiri, bulan puasa macam sekarang ni, agak kurang juga saya spend masa berada diluar berjumpa dengan klien ataupun prospek untuk bisnes simkad Best Mobile saya ni.



 


Time tak puasa boleh la. Nak bebel panjang-panjang tentang Best Mobile ni. Serba serbi saya akan ceritakan, dari hal-hal berkaitan industri network marketing, perniagaan dalam bidang telco hinggalah teknik-teknik dan strategi nak buat duit dalam industri ni. 


Of course, bila saya banyak bercerita, automatik saya akan cepat dahaga. (ini pengalaman saya buat preview one on one


Untuk bulan puasa ni, nampaknya saya lebih cenderung untuk luangkan lagi banyak masa untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Dah tentu, saya pun perlu sesuaikan dengan keadaan semasa. 


Bukan saya seorang je yang rasakan agak sukar nak bergerak dan bekerja seperti kebiasaan. Boleh jadi prospek dan pelanggan sedia ada saya juga berhadapan dengan situasi yang tak jauh bezanya.


Maka disebabkan itu, salah satu inisiatif yang patut diberi perhatian yang serius adalah dengan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya masa yang ada dirumah untuk bekerja dari rumah


.


..

Dalam kes saya, In Shaa Allah, sepanjang bulan puasa ni saya akan buka lebih banyak peluang untuk klien-klien saya mendapatkan perkhidmatan review atau advertorial di blog saya. 


Jika ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang apa itu advertorial, boleh baca tentang advertorial di blog saya yang satu lagi. Klik sini.


Menerima tempahan untuk menulis artikel promosi atau artikel advertorial juga merupakan salah satu bentuk bekerja dari rumah. Dalam konteks advertorial ini, klien yang akan beri kita job untuk menghasilkan artikel advertorial untuk mereka. 


Ibaratnya, mereka adalah majikan yang akan membayar kita gaji, dan kita pula bekerja base on berapa besar upah yang dia mampu bayar kepada kita. 


     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...