Khamis, 18 Jun 2015

Gaji kena tolak sebab tak bayar HUTANG PTPTN



"Bayaran balik hutang pinjaman PTPTN menerusi kaedah potongan gaji secara automatik."


Kalau tak silap saya, benda memang ada dalam butiran perjanjian masa nak ambik pinjaman dengan PTPTN. Kaedah bayaran balik macam ni lebih mudah sebenarnya. Tak perlu pening-pening nak asingkan duit, nak buat bayaran secara manual, nak walk in ke mana-mana cawangan PTPTN. Tolak gaji je senang. Apa-apa hal, gaji yang kita dapat tu, dah siap-siap ditolak dengan bayaran balik. 


Apa yang kita dapat tu, boleh kita uruskan dengan sebaiknya. Pihak PTPTN happy sebab mereka akan dapat balik duit yang dia pinjamkan, dan kita pun hati tenang, sebab setiap bulan, hutang yang kita pinjam tu "manageable"


Hutang PTPTN: Tak mahu bayar atau TAK MAMPU bayar?


Benda ni yang saya duk fikir-fikirkan selama ni. Orang yang tak bayar balik pinjaman ni, sebab apa ya? Sebab dia tak mampu bayar, atau sebab dia memang tak nak bayar? 


Ke sebenarnya mereka ni TAK MAMPU bayar? 


Saya tak menidakkan hakikat, yang sebenarnya HUTANG ITU WAJIB dibayar, tak kiralah sama ada hutang tersebut adalah hutang yang dituntut ataupun tidak. 


Cuma dalam kes bayaran balik hutang PTPTN ni, satu perkara yang buatkan saya terfikir...




"Kalau orang tu mampu bayar, dan dia memang ada lebihan wang untuk bayar hutang, adakah dia akan mengelak daripada perlu bayar hutang PTPTN?" 


 

Tak kira la walau kaya macam mana sekalipun, kalau dah namanya ada banyak hutang, orang tu masih tak boleh dianggap sebagai kaya lagi.


Saya tak tau orang lain macam mana. Dalam kes saya, saya tinggal dalam kelompok atau golongan yang gajinya hanya cukup-cukup untuk makan dan pakai. 


Ya


Mereka ada rumah. Ada kereta... Ada smartphone dan adakalanya, mereka ni dilihat menikmati makanan-makanan yang kelihatan agak mahal dan istimewa. 


Namun tak bermakna, mereka ni ada duit lebih untuk bayar semua tu. Lagi parah lagi, sebenarnya kita tidaklah benar-benar tau situasi sebenar keluarga ni. Boleh jadi, mereka ni menggunakan kad kredit, semata-mata untuk bawa keluarga menikmati satu pengalaman yang lebih sikit berbanding yang biasa dilalui pada hari-hari kebiasaan. 


Aneh negara kita sekarang ni. 


Kerja macam mana susah sekali pun, duit tetap tak cukup. Setengah orang kata, ini semua disebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan seharian dan dalam urusan mencari rezeki. 


Hmm apa tak nya, kalau dah terang-terang pinjaman ni terlibat dengan unsur riba, memang sampai bila-bila pun tak akan ada keberkatan.


Saya sendiri, adakalanya perlu tunggu komisyen dari Program Latihan Jobdirumah ni masuk barulah saya selesa nak kesana ke mari. Bawa famili untuk menikmati makanan yang lebih eksklusif.


Kalau orang lain, yang tak ada additional sources of income, jujurnya saya sendiri pun tak dapat nak bayangkan... Macam manalah agaknya korang manage kewangan korang ya...



.

..

Tahukah anda, dengan bertukar ke Talian Best Mobile... Anda bakal menikmati pendapatan tambahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan bayaran balik hutang-hutang dan pinjaman anda? 


Maklumat lanjutnya disini.   


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...