Sabtu, 13 Jun 2015

Macam mana kita nak tahu produk tu ada KELEBIHAN atau tidak?


Inilah salah satu cabaran yang kena dihadapi oleh setiap orang yang nak menceburi bidang perniagaan. Tak kiralah sama ada perniagaan tu berskala besar, mahupun hanya dilakukan secara kecil-kecilan. 


Faktor produk juga memainkan peranan penting untuk kita tahu sama ada ia bakal memberi kita keuntungan yang berterusan dan berpanjangan, ataupun sekadar pulangan yang bersifat one off. 


Saya masih ingat lagi, satu masa dulu ketika saya sertai satu seminar berkisarkan tentang Teknik Inovasi, saya dibentangkan dengan satu idea iaitu


"Pelanggan sebenarnya BUKAN membeli sesuatu produk atau servis, sebaliknya pelanggan membeli FUNGSI produk tersebut." 


Ini juga bermaksud, pelanggan bukannya beli kereta, sebaliknya pelanggan membeli fungsi yang dimainkan oleh kereta tersebut. 


Adakah sekadar untuk membawa dirinya dari poin A ke poin B? atau 


Adakah sebagai alat untuk membina kredibiliti dan menyatakan kejayaan dalam hidup? 


Jika bukan sebab sesuatu produk itu boleh memainkan pelbagai peranan yang bebeza bagi setiap individu yang memakainya, maka dari situ kita boleh nampak suatu perkembangan dimana untuk produk yang sama, dan memainkan fungsi yang sama, terdapat pula perbezaan dari segi warna, design atau reka bentuk, dan JENAMA.





Sebagai seorang peniaga, saya juga ada kriteria tertentu sebelum memilih produk tertentu untuk diniagakan. 


Macam sekarang ni, salah satu produk yang saya niagakan ialah produk Sim Kad Best Mobile dan juga Merchandise Best Mobile


Saya melihat, sesuatu produk itu sebagai mempunyai kelebihan apabila produk tersebut berupaya untuk MENYELESAIKAN SUATU MASALAH YANG SPESIFIK yang dihadapi oleh bakal pelanggan.


Dalam konsep inovasi yang saya pelajari dalam sesi seminar tu, dikatakan pelanggan bukannya membeli produk tetapi membeli fungsi produk tersebut. 


Dalam konsep bisnes yang saya sendiri lalui, bukan itu sahaja yang pelanggan beli ketika mereka bersetuju untuk keluar duit, sebaliknya pelanggan sebenarnya sedang membeli penyelesaian kepada masalah yang dia hadapi. 


Saya suka untuk menarik contoh sim Best Mobile yang saya sedang giat promosikan sekarang ni. 


Kadar panggilan untuk Best Mobile ialah 19 sen per minit. 




Jika kita lihat, kadar panggilan 19 sen per minit ni sebenarnya ianya tidaklah memberi kesan yang signifikan atau kesan yang penting. Sebaliknya, untuk mereka-mereka yang menggunakan telefon, yang di caj lebih dari itu, akan melihat kadar 19 sen per minit ini sebagai suatu penjimatan yang sangat bermakna. 


Contohnya, jika caj penggunaan seminit anda ialah 28 sen per minit. 


Dengan bertukar ke talian Best Mobile, anda di caj 19 sen sahaja per minit. Ini bermakna, anda telah pun menikmati penjimatan sebanyak 9 sen per minit. BEST bukan? 


Dengan ini, anda boleh bercakap lebih lama, dengan kadar yang lagi jimat berbanding sebelum ini. 


Bukankah ini satu kelebihan yang baik untuk anda? 


Jadi, inilah salah satu faktor yang saya kira tak kurang pentingnya sebelum memilih apa-apa produk untuk kita bina perniagaan kita. 


Asalkan ia mampu menyelesaikan masalah yang spesifik, tugas kita dah jadi lagi mudah. 


Seterusnya? 



Hanya perlu kenal pasti, di mana bakal pelanggan yang ada masalah tersebut, dan serius nak selesaikan masalah tersebut. 


Duit? 


Akan datang lepas masalah pelanggan tersebut anda berjaya selesaikan. Senang, kan?   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...