Rabu, 29 Julai 2015

Bagaimana cara kumpul likes dari FB Fanpage sedia ada?


Baru-baru ni, saya ada terbaca satu tips kumpul likes yang banyak dari salah seorang Internet Marketer luar negara. Pada saya tips yang beliau sarankan agak menarik, walaupun ia biasa-biasa sahaja. 


Apa yang menariknya bagi saya ialah, tips tersebut memang berkait rapat dengan tajuk yang saya nak bincangkan sekarang ni iaitu bagaimana cara nak kumpul likes dari FB Fanpage sedia ada.


Ramai sebenarnya yang menggunakan pendekatan yang salah semasa mengumpul likes, spesifik untuk tarik likes dari fanpage sedia ada.


Tak kiralah sama ada anda ingin tarik likes dari page yang anda adalah adminnya ataupun dari page orang lain. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah likes yang berkualiti. Untuk mendapatkan likes yang berkualiti pula, ia bukannya suatu tugasan yang mudah, setuju? 


Rahsia untuk dapatkan likes yang berkualiti dari page sedia ada ialah: 


Jeng jeng jeng... 


 


ENGAGEMENT 


Ya buat setengah orang, ia bukannya satu rahsia besar pun. Kena ada engagement, interaction dan communication


Apabila kita ada ketiga-tiga ni, proses untuk kumpul likes dari page sedia ada akan jadi lagi mudah. Tersangat mudah sebenarnya. 


Macam dalam artikel koleksi cara berkesan dapatkan dan tingkatkan likes FB Fanpage ni, saya ada sebutkan cara pertama untuk kumpul likes adalah menerusi FB Fanpage sedia ada.


Lazimnya, admin akan buat pengumuman ala-ala kejutan yang mengatakan kononnya page tersebut akan ditutup dan update terbaru akan dibuat di page lain. Apa yang berlaku seterusnya? 


1. Page baru tu tadi akan dapat banyak likes

2. Page baru tu tadi akan dapat likes tapi tak banyak mana 

3. Tiada apa-apa yang berlaku dan tak berjaya kumpul likes langsung 

Salah satu daripada ketiga-tiga situasi kat atas ni boleh berlaku. Dalam kes ni, bukanlah teknik yang salah, tetapi kekurangannya terdapat pada engagement yang kurang baik antara likers dengan pemilik fanpage. 


Jika anda sememangnya menjaga kualiti interaksi dan sentiasa berkomunikasi dengan likers, cara ni akan jadi salah satu cara TERPANTAS untuk kumpul likes. 


Baiklah, jika anda ingin baca cara lain untuk kumpul likes, boleh klik sini.


 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...