Isnin, 31 Ogos 2015

Apa hasil daripada perhimpunan Bersih 4.0 selama 34 jam?


Cuti panjang ni, iaitu dari 29, 30, dan 31hb saya kurang online. Sesekali saya akan semak emel yang saya terima, menerusi phone saya menandakan ada tempahan baru untuk servis advertorial yang saya tawarkan. 


Selain daripada tu, ada la jugak masa-masa tertentu saya perasan, ada komisyen yang masuk dari program affiliate yang saya promosikan. Alhamdulillah.


Pada hari yang SAMA, perhimpunan Bersih 4.0 diadakan diibu kota. 

 

Akhbar Sinar Harian Online melaporkan:



TEMPOH 34 jam yang dilalui ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 bukan satu tempoh singkat jika dialami sendiri di lokasi dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca yang panas terik dan hujan, faktor keselamatan, tempat untuk berehat atau tidur dan sebagainya.

Soalnya setelah tempoh panjang itu dilalui, tercapaikah matlamat dan tuntutan yang dikemukakan? Adakah ia didengari pihak yang disasarkan penganjur dan peserta Bersih 4.0?

Lima tuntutan Bersih 4.0 adalah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.

Namun, sepanjang berlangsungnya himpunan tersebut, laungan mahupun gesaan mereka termasuk para pemimpin yang menyertai bantahan itu hanyalah mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Kalimah ‘undur, undur, undur Najib’ terus menjadi kalimat berhantu yang diulang ucap peserta. Tidak cukup dengan itu, pelbagai poster, sepanduk mahupun plakad dipamerkan yang mengutuk Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persoalannya, adakah lima tuntutan yang digariskan untuk diperjuangkan Bersih 4.0 sampai kepada pihak yang ditujukan iaitu kerajaan dengan cara seperti ini?

Najib semalam mengulang pendirian bahawa beliau sama sekali tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.

Sementara itu, kemunculan sebanyak dua kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di lokasi perhimpunan nyata disambut meriah para peserta namun ada juga yang kurang menerima kehadiran beliau dan menganggap apa yang berlaku hari ini berpunca daripada bekas pemimpin negara itu.

Bukan satu fenomena baharu, kelmarin menyaksikan ibu negara 'diselimuti' gelombang kuning apabila ribuan peserta Bersih membanjiri sekitar Dataran Merdeka meskipun kerajaan telah mengharamkan pemakaian baju T berkenaan.

Sepanjang tempoh 34 jam itu, pihak berkuasa mengawal dan memberi kerjasama yang baik malah turut dipuji peserta-peserta himpunan itu.

Semuanya bermula dengan tenang meskipun gamat dengan pelbagai bunyi jeritan, laungan serta tiupan vuvuzela namun ia berakhir dengan suasana yang agak tegang termasuk cubaan mencederakan peserta dengan mercun, pergaduhan kecil serta kedegilan sebahagian kecil peserta yang enggan pulang selepas tamat laungan merdeka.

Suspek baling mercun itu telah pun ditahan polis dan empat mangsa yang cedera telah menerima rawatan namun tiada kecederaan yang serius dilaporkan.

Dalam pada itu, menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) Seksyen 20 (1) (c), Akta 736 terdapat larangan para peserta membawa kanak-kanak ke sebarang himpunan namun, masih kelihatan kanak-kanak termasuk bayi dalam kumpulan bantahan tersebut.

Himpunan kali ini juga menyaksikan gelombang anak muda dari kaum Cina yang didakwa sebagai kebangkitan ‘real Malaysian’ oleh salah seorang peserta yang ditemui kelmarin.

Kelibat pemimpin pembangkan turut kelihatan sejak hari pertama himpunan itu diadakan dan pelbagai aktiviti mengisi slot sepanjang 34 jam itu termasuk ucapan, nyanyian, puisi dan banyak lagi.

Disebalik kedegilan beberapa peserta dan orang awam yang masih berada di Datara Merdeka meskipun telah diarahkan bersurai berulang kali sejurus laungan merdeka dilaungkan.

Kawasan Dataran Merdeka lengang kira-kira 1.30 pagi meskipun masih kelihatan beberapa orang awam duduk-duduk di tepi-tepi jalan.

Sekali lagi, kita ajukan persoalan ini, setelah 34 jam berlalu, tercapaikah misi Bersih 4.0 atau ia hanya meninggalkan sisa-sisa kotoran di ibu negara saat negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 hari ini?

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 Malaysiaku. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Sebagai orang awam, pada saya mesejnya jelas. BERSIH kali ini semata-mata mahukan NAJIB UNDUR DAN LETAK JAWATAN


Cukupla rasanya Malaysia ni ditadbir oleh pemimpin yang terpalit dengan pelbagai skandal dan tiada penjelasan yang munasabah yang diberikan. 


Tak apa, biar mereka yang berkenaan yang pikirkan cara dan jalan, macam mana nak settle hal ni. Saya? I think I will keep follow this issue

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...