Jumaat, 28 Ogos 2015

Efektif ke tindakan SKMM sekat laman web promosi Bersih 4.0


MUNGKIN... Just mungkin. Atau dalam bahasa Inggerisnya MAYBE dengan tindakan pihak SKMM menyekat laman web yang mempromosikan Bersih 4.0 ini akan dapat menyekat penyaluran maklumat dari pihak penganjur kepada para peserta.


 

Saya tak tau, sama ada wujud lagi ke orang yang tak reti nak bypass SKMM blocked?

 

Oh mungkin ada... dan pastinya ada. At least, satu masa dulu, saya juga pernah jadi salah seorang yang tak tau macam mana nak bypass sekatan yang dikenakan oleh SKMM. Sekarang tidak lagi ha ha 


Apalah gunanya ada sambungan internet, kalau semua benda disekatnya? 


So berita dari Sinar Harian Online: 

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat empat laman sesawang yang menyebar maklumat program perhimpunan haram Bersih 4, setakat 6 petang ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata empat laman sesawang berkenaan ialah http://bersih.org, http://globalbersih.org, http://www.bersih.org dan http://www.globalbersih.org.

"Setakat ini saya dimaklumkan bahawa empat laman sesawang telah disekat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

SKMM dalam kenyataan semalam menegaskan akan menyekat mana-mana laman sesawang dan portal berita yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram itu kerana menyifatkan perbuatan itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Menurut Salleh, SKMM kini sedang memantau portal-portal berita bagi memastikan tiada kesalahan sama.

"Setakat ini belum ada portal berita yang mempromosikan perhimpunan haram ini...cuma melaporkan saja, jadi belum ada pelanggaran undang- undang lagi...tiada sebab pengendali berita portal risau," katanya.

Cubaan Bernama untuk mengakses keempat-empat laman sesawang itu setakat 6 petang tadi menyatakan 'kesalahan server' (server error), dengan maklumat bahawa sumber yang dicari mungkin telah dikeluarkan, mempunyai namanya ditukar, atau tergendala buat sementara waktu. - Bernama

 
Perhimpunan macam ni... ramai yang sokong, namun tak kurang jugak yang tak suka benda-benda macam ni. Ia MENGGANGGU perjalanan dan ketenteraman awam. Bila dah kumpul ramai-ramai nanti, kita tak tau apa yang bakal berlaku nanti. 


Tak ada jaminan keselamatan, dan kalau melihatkan pada senario perhimpunan-perhimpunan terdahulu, mesti ada je pihak yang akan cetuskan provokasi. 


So hari kejadian tu... better saya siapkan tempahan-tempahan advertorial untuk klien yang dah bayar. 


Anda yang ada bisnes sendiri tu... apa kata anda dapatkan servis advertorial dari saya. Untung-untung dapat jugak publisiti dan mana tau, kalau dah rezeki, anda juga akan dapat barang satu atau dua sales. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...