Selasa, 15 September 2015

Kenapa Fresh Graduate susah nak dapat peluang pekerjaan?


Selain masalah nak bayar balik hutang pinjaman PTPTN, sebenarnya fresh graduate ni juga ada yang menghadapi masalah sukar untuk dapat pekerjaan.



Bayangkanlah, selepas 3 - 4 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah, alih-alih bila dah habis belajar, tak ada pekerjaan yang menunggu mereka. Pasti frust, kan? 


Dah la diri ini sedang menanggung hutang belajar yang berpuluh-puluh ribu nilainya... alih-alih bila dah habis belajar, tak ada peluang pekerjaan pulak. Apa nak buat? Adakah nak tunggu sahaja atau buat sahaja apa-apa kerja yang ada buat sementara waktu? Tapi... sampai bila? 

http://www.sabreehussin.com/kerjaya-swasta

Apa dia yang menyebabkan graduan ni sukar untuk dapatkan tempat dalam dunia pekerjaan?

Khamis, 10 September 2015

Jangan susahkan apa yang dah sedia mudah


Simplicity


Teknik simple. Atau apa-apa nama yang bersangkut paut dengannya. Yang membawa erti mudah atau ringkas. 

 

Saya nak share kisah tentang software yang membantu saya bina laman web dengan pantas dan mudah. Software ini dinamakan dengan nama Blogspot2Minisite


Amat sesuai untuk bangunkan laman-laman web yang bersifat try and error, atau temporary. Almaklumlah, kadang-kadang tu, bila kita launch sesebuah projek pembinaan laman web, kita tak tau masa depan laman web tu. 


Adakah ada peluang untuk buat duit... atau pun kita hanya buang masa fokuskan pada projek yang langsung tak beri hasil?

 

Rabu, 9 September 2015

Cara dapatkan like dengan kos yang sangat murah


Jika anda adalah seorang usahawan yang sememangnya berniaga di Facebook, anda pasti faham betapa pentingnya mempunyai sebuah fanpage yang ada banyak like


Cara biasa tak akan membantu anda kumpul like dengan banyak dalam masa yang singkat


Kalau anda hanya harapkan like pada fanpage anda meningkat secara organik... saya rasa anda ni kurang berfikiran secara rasional. Bila saya kata, like fanpage meningkat secara organik, adakah anda dapat faham apa yang saya sedang sampaikan?


Like meningkat secara organik ni maksudnya, like pada fanpage anda meningkat dengan sendirinya tanpa ada campur tangan dari pihak anda. Anda tak promosikan fanpage tu, tetapi like tetap meningkat.




Anda tak buat sebarang iklan FBAds, like pada fanpage anda masih lagi tetap akan meningkat.

Isnin, 7 September 2015

Bisnes apa yang sesuai untuk dipromosikan dengan kaedah Advertorial?


Kalau anda masih tercari-cari, siapa penulis blog yang ada tawarkan perkhidmatan menulis artikel advertorial... ni saya nak bagitau, saya ada tawarkan perkhidmatan menulis artikel advertorial.


Sebenarnya saya dah mula tawarkan khidmat tulis advertorial since 2014. Awal tahun lepas. Masa tu, saya baru dalam proses cuba-cuba menggunakan servis dari advertorial.MY untuk promosikan perkhidmatan menulis review dan advertorial dari saya.


Kali ini, saya buat kelainan sikit. Saja nak jadi rajin, dan keluar dari kebiasaan. Serabut kalau cuma bergantung harap pada platform orang lain. Better saya wujudkan platform saya sendiri. 


Ini laman web yang saya gunakan untuk mempromosikan servis advertorial saya.

Boleh layari: http://servis-advertorial5.blogspot.com/


Baik, kita pergi ke topik yang lebih penting.


"Adakah perniagaan anda sesuai untuk dipromosikan menggunakan kaedah Advertorial?" 


Jika anda tanya saya, saya akan jawab "why not?" Jika duit bukan penghalang, dan bukannya faktor utama yang anda jadikan benchmark untuk buat sesuatu keputusan, saya akan kata, advertorial ni memang sesuai untuk mempromosikan perniagaan anda.


Saya nak share sikit salah satu servis advertorial yang saya buatkan untuk klien saya yang menjalankan perniagaan kursus perkahwinan. 


Artikel baru disiapkan pada dua hari yang lepas, pada waktu artikel ni saya catatkan.

Sabtu, 5 September 2015

Alamak! Masalah pinggang berlemak dan perut buncit lah pulak


Kejadian ni berlaku pada hari jumaat. Waktu tu sekitar jam 1 petang. Masa tu saya tengah siap-siap nak ke Masjid untuk solat jumaat. 


hari ni, terasa malas nak pakai kain pelikat macam kebiasaan. Saya cari... seluar yang sesuai untuk dibawa ke masjid. Yang penting, bersih dan suci. Lalu saya terpandang, seluar yang tergantung didinding. 


Saya ingat lagi, seluar ni dulu asalnya ialah seluar kerja saya. Masa tu, saya masih lagi kerja kat FOS Berjaya Times Square. Seluar saiz 30. 


Saya pun sarungkan seluar tu, dan satu benda yang buat saya sangat terkejut! Dem! "Aku tak boleh nak butang seluar ni!" What happen here? 


Jadi panik sekejap. OMG. Aku ni dah gemuk?! Sebelum-sebelum ni, seluar dengan saiz pinggang 29 pun saya dah rasa terlalu longgar, tapi ahri ni? Tiba-tiba pulak, saiz 30 pun dah susah nak butangkan. Sumting wrong ni! takkan la saya dah dilanda kegemukkan?


Masalah akan jadi gemuk atau kegemukkan dan apa penawar dia? 


Saya duk tengok-tengok produk jenis body spray yang boleh hilangkan masalah kegemukkan ni.

http://bit.ly/body-spray 

Tapi kan, bila difikir-fikirkan balik, rasanya masalah saya sekarang ni, bukannya kegemukkan. Kalau gemuk... mesti baju-baju yang saya ada sebelum ni dah jadi ketat. Tapi baju masih maintain lagi, dan baju yang memang saiz S masih lagi agak longgar bila saya pakai.

Jumaat, 4 September 2015

Hutang PTPTN: Sebab peminjam masih gagal buat bayaran balik?


Rata-rata kita semua PANDAI dan memang MAHIR untuk menjadi seorang peminjam. Cuma sayang... ilmu untuk jadi seorang pembayar hutang tu yang ramai antara kita yang masih kantoi lagi. Masih belum betul-betul pandai. 


Spesifik dalam topik kita, hutang pinjaman PTPTN ni... mungkin ramai lagi yang masih belum tau, sebenarnya ada cara yang bersistematik untuk memudahkan anda bayar hutang pinjaman PTPTN. Jika kena dengan caranya, anda boleh buatkan hutang tersebut jadi seperti PERCUMA. 

Baca: Bagaimana menjadikan hutang PTPTN kepada biasiswa



Khamis, 3 September 2015

Misteri RM2.6 bilion yang hanya Najib sahaja yang tau jawapannya


Senang cerita, kisah sebenar disebalik RM2.6 Bilion ni masih lagi belum ada sebarang jawapan yang muktamad dan konkrit! 


Saya ingat saya yang terlepas kapal, dan saya seorang je yang tak tau apa kisah selanjutnya mengenai RM2.6 Bilion ni, rupanya ia memang masih lagi misteri. 

 

RM2.6 bilion: Hanya Najib boleh jawab

PUTRAJAYA - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjawab soalan berkaitan wang sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz berkata, segala usaha kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah tidak akan berjaya sekiranya masih ada jawapan yang belum dijawab dalam isu wang RM2.6 bilion.

“Siapa yang bayar wang itu dan mengapa? Ke mana wang itu pergi?

“Seseorang boleh menjawab soalan-soalan itu. Jika ia tidak berlaku, maka hanya siasatan yang bebas dan tiada campur tangan politik boleh mendedahkan kebenaran,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di sini, hari ini.

Ucapan Jose turut mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 delegasi daripada 135 negara yang menyertai persidangan tersebut.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar dan Pengerusi Majlis IACC, Akere Muna.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga tidak mempunyai kredibiliti untuk memberi kenyataan berkaitan isu anti rasuah selagi Najib tidak memberi jawapan.

Dalam pada itu, Jose berkata, terdapat pelbagai tindakan oleh kerajaan yang dilihat tidak mencerminkan usaha untuk membanteras rasuah.

“Dalam beberapa minggu ini, kita lihat Peguam Negara ditukar secara tiba-tiba, pasukan petugas khas 1MDB dibubarkan, penyiasat SPRM ditahan dan dipindahkan, serta penggantungan surat khabar yang melaporkan isu ini.

“Ini bukannya tindakan oleh kerajaan yang mahu memerangi rasuah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Online


1. Bila baca online news, hampir tiap-tiap hari ada berita pasal 1MDB dan jugak pasal RM2.6 Bilion ni. 


2. Tak bosan ke? 


3. Kenapa pihak yang menerima duit ni tak nak jawab? 


4. ... dan sampai bila isu ni nak terus dimainkan?


Ok la, saya nak fokus buat duit dengan sistem AutoDownline. Mana tau lepas ni boleh jugak dapat RM2.6 Bilion. 

  
 

Siapa kata rakyat Malaysia tak boleh buat duit dalam matawang USD hanya dari rumah?


Who said that? 

Apakah anda masih lagi merasakan ianya mustahil untuk rakyat Malaysia buat duit dalam matawang USD walaupun tak pernah menjejakkan kaki ke Amerika? 


Dan yang lagi epic sekali ialah, tak perlu keluar dari rumah pun, masih lagi boleh dapat duit dalam matawang USD. 


Ok ni buktinya. 

 

Berapa nilainya? Tengok betul-betul la kat situ. Kan ada tulis tu, 10.25 USD. 

Selasa, 1 September 2015

TERBARU: Harga petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk September 2015


Setiap bulan, rakyat Malaysia akan berdebar-debar menunggu pengumuman harga runcit petrol yang bakal diumumkan. Sama ada harganya bakal meningkat, ataupun akan diturunkan? 


Tiada lagi pengumuman awal dibuat. Kononnya bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di petrol pump. Karut. Kesesakan ni berlaku sebab kerajaan naikkan harga minyak. 


Ko ingat kalau harga minyak turun, akan berlaku kesesakan jugak ke? Dah tentu pengguna akan isi minyak hari esoknya, ketika harga minya turun!

 


Sebenarnya seperti yang diduga, harga petrol akan turun. Pertama, sebab harga minyak dunia sekarang ni jatuh... dan kedua sebab BERSIH 4.0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...