Jumaat, 4 September 2015

Hutang PTPTN: Sebab peminjam masih gagal buat bayaran balik?


Rata-rata kita semua PANDAI dan memang MAHIR untuk menjadi seorang peminjam. Cuma sayang... ilmu untuk jadi seorang pembayar hutang tu yang ramai antara kita yang masih kantoi lagi. Masih belum betul-betul pandai. 


Spesifik dalam topik kita, hutang pinjaman PTPTN ni... mungkin ramai lagi yang masih belum tau, sebenarnya ada cara yang bersistematik untuk memudahkan anda bayar hutang pinjaman PTPTN. Jika kena dengan caranya, anda boleh buatkan hutang tersebut jadi seperti PERCUMA. 

Baca: Bagaimana menjadikan hutang PTPTN kepada biasiswa



 

Sinar harian Online: Tak ada alasan "liat" bayar hutang ptptn


KOTA KINABALU - Tiada alasan bagi 33,000 penjawat awam yang berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mahu melunaskan hutang pinjaman mereka, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  
Beliau berkata, banyak kelonggaran diberikan PTPTN kepada 33,000 penjawat awam untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
  
"Saya tidak nampak sebab kenapa penjawat awam tidak boleh bayar. PTPTN boleh dibawa berunding, sama ada buat potongan gaji ikut kemampuan diri, banyak kelonggaran diberikan PTPTN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Kinarut Selatan dan majlis menandatangani perjanjian antara Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta syarikat Visa Land Sdn Bhd di sini, hari ini.
  
Dalam pada itu, Ali berkata borang pemotongan gaji untuk membayar pinjaman PTPTN telah dihantar kepada penjawat awam dan mereka wajib mengisi serta memulangkan borang berkenaan dengan kadar segera.
  
"Kita telah mengarahkan dan menghantar borang potong gaji kepada penjawat awam, dan sekiranya mereka tidak menerima borang berkenaan dan mahu urus sendiri boleh juga, dan kita akan pantau," katanya.
  
Ali berkata, perkara itu bukan sahaja melibatkan penjawat awam, malah terdapat lebih sejuta peminjam PTPTN masih 'liat' untuk melunaskan hutang kepada perbadanan itu. - Bernama



Masalah nak bayar balik pinjaman PTPTN. Nampaknya ini bukan masalah individu, sebaliknya ramai juga yang hadapi masalah yang sama iaitu tak mampu nak buat bayaran balik hutang ptptn.


Antara alasan kenapa mereka masih lagi gagal untuk buat bayaran balik... 


1. Ada banyak hutang lain nak kena bayar. 

Hutang kad kredit, hutang kereta, hutang motor, hutang bank, hutang pinjaman peribadi... ah ini lah kesannya bila dah terbiasa berhutang. Lepas-lepas ni memang akan ada banyak hutang-hutang lain bakal menyusul.


2. Masih belum ada kerja tetap 

Zaman sekarang ni, cukup susah nak dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan diri. Nak dapatkan permanent position pun cukup susah.


Kalau ada job vacancy, kebanyakkan untuk kontrak position. Kontrak untuk setahun, lepas tu renew renew sampailah syarikat kata, dia dah tak mahukan khidmat kita, dan untuk tahun seterusnya dah tak boleh nak renew kontrak lagi.


3. Tak mampu bayar 

Walaupun dah ada kerja tetap, pun masih ramai yang tak mampu nak bayar balik hutang pinjaman PTPTN. Ini kena lihat tanggungan dan juga pendapatan. 


Pada masa yang sama, kena lihat jugak bagaimana cara dia membelanjakan pendapatan yang dia perolehi. Kalau berbelanja tak ukur dibadan sendiri, lazimnya memang tak akan mampu nak bayar apa hutang sekalipun. 


4. Masalah kesihatan 

Menyebabkan diri peminjam tak mampu untuk bekerja.


5. Caj perkhidmatan yang tinggi 

Tinggi ke? I don't think so. Tapi ada je yang menjadikan alasan caj perkhidmatan yang tinggi sebagai sebab kenapa tak nak bayar hutang ptptn.


.

..

Jadi, buat para peminjam yang baru je lagi dapat duit pinjaman PTPTN ni, please jangan joli katak lagi duit tu. Fikir masak-masak sebelum belanjakan duit tu, sama ada untuk tujuan pendidikan atau untuk hal-hal yang langsung tak ada kena mengena dengan education. 


Kalau boleh, asingkan sebahagian daripada duit ptptn tu untuk belajar ilmu berkenaan dengan pengurusan kewangan. 


Download panduan ini dan ia pasti berguna untuk bantu anda langsaikan hutang PTPTN nanti dimasa akan datang. 

   


  


 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...