Selasa, 15 September 2015

Kenapa Fresh Graduate susah nak dapat peluang pekerjaan?


Selain masalah nak bayar balik hutang pinjaman PTPTN, sebenarnya fresh graduate ni juga ada yang menghadapi masalah sukar untuk dapat pekerjaan.



Bayangkanlah, selepas 3 - 4 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah, alih-alih bila dah habis belajar, tak ada pekerjaan yang menunggu mereka. Pasti frust, kan? 


Dah la diri ini sedang menanggung hutang belajar yang berpuluh-puluh ribu nilainya... alih-alih bila dah habis belajar, tak ada peluang pekerjaan pulak. Apa nak buat? Adakah nak tunggu sahaja atau buat sahaja apa-apa kerja yang ada buat sementara waktu? Tapi... sampai bila? 

http://www.sabreehussin.com/kerjaya-swasta

Apa dia yang menyebabkan graduan ni sukar untuk dapatkan tempat dalam dunia pekerjaan?

 


1. Peluang pekerjaan, jawatan dan kekosongan yang terhad. Ini biasa berlaku lebih-lebih lagi apabila para pekerja yang sedang berkhidmat dalam sesebuah syarikat tidak meninggalkan syarikat tersebut. Mereka menjadi pekerja sepanjang hayat dan hanya akan berhenti kerja apabila cukup ataupun telah sampai usia wajib bersara. 


2. Dah tentulah ini secara tak langsung menutup peluang bagi fresh graduate untuk mengambil alih tempat orang-orang lama yang masih berkhidmat dengan syarikat. 


3. Kegiatan dan aktiviti ekonomi yang kurang rancak juga menutup peluang fresh graduate untuk mendapat tempat pekerjaan. Pada waktu ini, saya mendengar berita, banyak juga syarikat yang akan memberhentikan pekerja kerana out of business. Contohnya berita tentang penutupan kilang JVC di Shah Alam kerana tiada bisnes lagi. 

 

 4. Jika syarikat tak membuang pekerja sekalipun, mereka akan stop pengambilan pekerja baru, dan pekerja sedia ada akan bertanggungjawab untuk buat lebih daripada satu kerja dalam satu masa. Maknanya workload mereka bertambah. 


5. Jika seorang boleh buat kerja untuk dua orang, jadi apa perlunya ambil pekerja yang baru?


6. Antara fresh graduate dengan pekerja yang dah berpengalaman, mana satu yang akan jadi pilihan majikan? Agak sukar juga untuk terima kenyataan kadang-kadang. Sebab ada ketikanya keutamaan akan diberikan kepada yang dah berpengalaman. Untuk yang fresh ni, terpaksa la cari peluang lain dan teruskan berusaha. 


7. Sebenarnya ini baru sedikit sahaja, situasi yang biasa akan melanda setiap orang. 


8. Anda perlu tahu, ada banyak lagi sebab kenapa susah nak dapat pekerjaan. 


9. Dan tidak mustahil, sebab tersebut ada pada anda sendiri yang tak pandai dalam memikat hati bakal majikan.


10. Kalau nak tips untuk pikat hati bakal majikan, anda better dapatkan kat laman web ini

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...