Khamis, 3 September 2015

Misteri RM2.6 bilion yang hanya Najib sahaja yang tau jawapannya


Senang cerita, kisah sebenar disebalik RM2.6 Bilion ni masih lagi belum ada sebarang jawapan yang muktamad dan konkrit! 


Saya ingat saya yang terlepas kapal, dan saya seorang je yang tak tau apa kisah selanjutnya mengenai RM2.6 Bilion ni, rupanya ia memang masih lagi misteri. 

 

RM2.6 bilion: Hanya Najib boleh jawab

PUTRAJAYA - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menjawab soalan berkaitan wang sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz berkata, segala usaha kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah tidak akan berjaya sekiranya masih ada jawapan yang belum dijawab dalam isu wang RM2.6 bilion.

“Siapa yang bayar wang itu dan mengapa? Ke mana wang itu pergi?

“Seseorang boleh menjawab soalan-soalan itu. Jika ia tidak berlaku, maka hanya siasatan yang bebas dan tiada campur tangan politik boleh mendedahkan kebenaran,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di sini, hari ini.

Ucapan Jose turut mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 delegasi daripada 135 negara yang menyertai persidangan tersebut.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar dan Pengerusi Majlis IACC, Akere Muna.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga tidak mempunyai kredibiliti untuk memberi kenyataan berkaitan isu anti rasuah selagi Najib tidak memberi jawapan.

Dalam pada itu, Jose berkata, terdapat pelbagai tindakan oleh kerajaan yang dilihat tidak mencerminkan usaha untuk membanteras rasuah.

“Dalam beberapa minggu ini, kita lihat Peguam Negara ditukar secara tiba-tiba, pasukan petugas khas 1MDB dibubarkan, penyiasat SPRM ditahan dan dipindahkan, serta penggantungan surat khabar yang melaporkan isu ini.

“Ini bukannya tindakan oleh kerajaan yang mahu memerangi rasuah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Online


1. Bila baca online news, hampir tiap-tiap hari ada berita pasal 1MDB dan jugak pasal RM2.6 Bilion ni. 


2. Tak bosan ke? 


3. Kenapa pihak yang menerima duit ni tak nak jawab? 


4. ... dan sampai bila isu ni nak terus dimainkan?


Ok la, saya nak fokus buat duit dengan sistem AutoDownline. Mana tau lepas ni boleh jugak dapat RM2.6 Bilion. 

  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...