Selasa, 1 September 2015

TERBARU: Harga petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk September 2015


Setiap bulan, rakyat Malaysia akan berdebar-debar menunggu pengumuman harga runcit petrol yang bakal diumumkan. Sama ada harganya bakal meningkat, ataupun akan diturunkan? 


Tiada lagi pengumuman awal dibuat. Kononnya bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di petrol pump. Karut. Kesesakan ni berlaku sebab kerajaan naikkan harga minyak. 


Ko ingat kalau harga minyak turun, akan berlaku kesesakan jugak ke? Dah tentu pengguna akan isi minyak hari esoknya, ketika harga minya turun!

 


Sebenarnya seperti yang diduga, harga petrol akan turun. Pertama, sebab harga minyak dunia sekarang ni jatuh... dan kedua sebab BERSIH 4.0




Kalau dah berhimpun ramai-ramai macam tu, berdemonstrasi, tak kan lagi kerajaan masih lagi nak naikkan harga, betul tak? 


Dah la bulan ni umat Islam akan sambut raya haji. Jadi memang tak patut la kalau harga petrol naik pulak sempena raya haji nanti ni. 


Cuma bulan depan tu... hmm ada kemungkinan la petrol akan naik harga.  Seram pulak rasanya. 


Sumber berita sinar harian online


SHAH ALAM – Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun 10 sen bermula tengah malam ini.
Harga baharu bagi RON95 adalah RM1.95 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.35.
Harga bagi diesel juga mengalami penurunan sebanyak 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80.


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...