Ini merupakan formula paling ASAS jika nak buat duit sama ada secara online mahupun secara offline.
Cari dan kenalpasti, individu yang mempunyai masalah dan individu tersebut mestilah seseorang yang ada keinginan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jika seseorang itu adalah someone yang memang ada masalah, kriteria pertama telah pun kita ketahui. Lulus.
Namun kena tengok juga, adakah orang ini jenis yang sanggup untuk buat apa sahaja untuk selesaikan masalah tersebut.
Ada je banyak orang yang bila ada masalah, dia macam tak tau nak buat apa. Kadang-kadang tu, bukannya tak tau nak buat apa, tetapi dia memang jenis yang tak nak bertindak untuk buat sesuatu.
Jenis yang banyak komplen, mulut je bising pum pang pum pang, tapi langsung tak ada tindakan. Bila kita dah berikan action plan untuk dia ikuti, ada je benda yang tak kena.
Cadangan tu tak sesuai dengan situasi saya.
Saya tak pandai nak buat macam yang awak sarankan.
Saya ni buta IT jadi saya tak boleh buat seperti apa yang awak sarankan tu.
Serius. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ada banyak lagi alasan-alasan yang boleh keluar daripada mulutnya.
Tak pasti... sama ada dia memang betul-betul tak boleh buat atau memang tak nak buat.
Baru-baru ni, saya dapat tawaran untuk bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah ataupun nama glamernya translator.
Rupa-rupanya selama ni ada ramai jugak orang kita yang jadi freelancer buat kerja-kerja penterjemahan ni.
Upahnya pun boleh tahan.
Bukan apa, itupun setelah ambil kira kadar tukaran matawang dari USD ke RM. Almaklumlah, dalam bidang pekerjaan macam ni, lazimnya majikan dari luar negara je yang akan bagi job.
Kerja-kerja untuk alih bahasa dari English kepada Malay.
Bukan semua orang boleh buat kerja-kerja seperti ini dengan baik, tetapi pada saya rugilah buat orang yang memang ada kemahiran penterjemahan macam ni tapi tak di manfaatkan dengan sebaiknya.
Ok la, kalau nak cuba buat kerja-kerja penterjemahan boleh klik sini.
.
..
Anda rasa anda akan dapat faedah ke tidak jika dapat bekerja dalam bidang penterjemahan ni?
Mungkin... beberapa masalah anda yang berkaitan dengan masalah kewangan dapat diselesaikan jika anda bekerja dalam bidang ini.
Siapa tahu... kan.
"Berapa ramai yang minat nak buat duit dengan menggunakan laman web PERCUMA blogspot?"
Ya
Laman web blogspot sememangnya mempunyai potensi tersendiri untuk ditukarkan menjadi laman web yang boleh menghasilkan duit secara automatik.
Secara teknikalnya, terdapat dua kaedah bagaimana ianya boleh dilakukan. Kedua-dua kaedah ini, saya dah pun lakukan dan Alhamdulillah, memang ada hasilnya.
Buat mereka yang masih belum jelas dan belum tau, macam mana nak buat, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana ianya boleh dilakukan.
Mula-mula sekali, anda perlu pilih dan tentukan terlebih dahulu, apakah dia konsep laman web yang anda ingin bina.
Konsep pertama ialah konsep laman web minisite, dan konsep kedua ialah konsep blog.
Saya nak mulakan dengan bercerita tentang laman web berkonsepkan minisite terlebih dahulu.
Untuk hasil yang lebih menakjubkan, dapatkan tools ini.
1. Perisian bina laman minisite percuma Blogspot to minisite
2. Perisian sistem autoresponder emelmatik
Pemilik bagi kedua-dua perisian ini adalah individu yang sama. Jadi, anda tak perlu risau jika ada sebarang masalah, kerana anda hanya perlu berurusan dengan orang yang sama sahaja.
Konsep laman web Minisite
Sesuai untuk digunakan sekiranya anda hanya menjual satu produk sahaja. Mula-mula sekali, gunakan perisian blogspot to minisite untuk tukarkan laman web blogspot daripada design yang biasa-biasa kepada design minisite yang lebih profesional.
Anda masukkan konten dan penerangan tentang produk.
Seterusnya, masukkan juga opt in form yang anda boleh dapatkan dari perisian autoresponder emelmatik.
Fungsi autoresponder adalah untuk tujuan follow up pelanggan yang masih belum buat keputusan sama ada nak beli ataupun tidak.
Konsep laman web blog
Cara ini lebih mudah dan ringkas pada saya.
Anda hanya perlu fokus untuk masukkan konten-konten penulisan yang baru dan fresh setiap hari.
Jika ini adalah kali pertama anda ingin berjinak-jinak dalam arena penulisan blog, tak perlu nak hadkan diri anda dengan menulis tentang sesuatu topik sahaja. Atau dalam kata lainnya, niche blog.
Blog yang paling mudah untuk dihasilkan ialah blog personal.
Seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni. Ianya tidak mempunyai genre tertentu yang spesifik, dan saya akan menulis apabila saya rasa seperti saya nak tulis tentang sesuatu topik.
Pun begitu, konsep blog seperti ini masih lagi berupaya untuk memberi hasil pada saya.
Baiklah, jika anda pun berminat nak buat duit secara automatik dengan bantuan laman web percuma blogspot, bolehlah pilih mana-mana satu yang saya kongsikan ini.
Sekiranya anda menggunakan perisian blogspot to minisite ini, saya pasti anda juga akan mampu hasilkan sebuah laman web blogspot yang nampak profesional dan canggih.
Tunggu apa lagi? Dapatkan perisian ini disini sekarang juga.
"Jika anda tidak membina impian anda sendiri, maka anda akan dipaksa untuk membina impian orang lain..."
Eh
Dipaksa? Ye ke sampai kena paksa?
Mungkin juga. Selalunya keadaan yang akan memaksa kita untuk bertindak atau melakukan sesuatu perkara yang tanpa kerelaan kita 100%.
Sedikit sebanyak... sebenarnya ada betulnya jugak.
Jom lihat ke dalam diri. Lihat balik perjalanan hidup kita selama bertahun-tahun kita hidup atas muka bumi ini.
Adakah kita jalani kehidupan ini untuk membina dan mengecapi impian kita sendiri? Ataupun selama ini, kita bersusah payah untuk bantu orang lain capai impiannya?
Kita bekerja untuk siapa? Memangla kita bekerja untuk menyara kehidupan diri dan keluarga... namun usaha kita selama ini, untuk siapa? Siapa yang paling banyak mendapat manfaatnya?
Boleh jadi, bila kita perhalusi, kita akan dapati yang sebenarnya apa yang kembali kepada kita hanya sedikit sahaja. Selebihnya, semuanya untuk kesenangan orang lain.
Sebab itu pentingnya ada IMPIAN.
Ia menjadikan kita lebih "hidup" dan segar dalam menjalani cabaran hidup.
Kejar IMPIAN dan cuba sedaya upaya untuk capai impian kita tu, tak kiralah walau sekecil mana impian kita tu.
...masalah bila seseorang tu tak ada impian... maka ketika itu, hidup anda hanya untuk bantu orang lain capai impian mereka.
Pasang IMPIAN bukan kena bayar pun.
Sebaliknya, kita yang akan untung bila kita ada impian.
Hmm... 2016 akan menjelang tak lama lagi. Masa untuk pasang impian yang baru dan renew impian lama yang dah tercapai.