Selasa, 17 November 2015

Cari orang yang ada masalah: Formula ASAS buat duit online


Ini merupakan formula paling ASAS jika nak buat duit sama ada secara online mahupun secara offline


Cari dan kenalpasti, individu yang mempunyai masalah dan individu tersebut mestilah seseorang yang ada keinginan untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Jika seseorang itu adalah someone yang memang ada masalah, kriteria pertama telah pun kita ketahui. Lulus. 


Namun kena tengok juga, adakah orang ini jenis yang sanggup untuk buat apa sahaja untuk selesaikan masalah tersebut. 


Ada je banyak orang yang bila ada masalah, dia macam tak tau nak buat apa. Kadang-kadang tu, bukannya tak tau nak buat apa, tetapi dia memang jenis yang tak nak bertindak untuk buat sesuatu. 


Jenis yang banyak komplen, mulut je bising pum pang pum pang, tapi langsung tak ada tindakan. Bila kita dah berikan action plan untuk dia ikuti, ada je benda yang tak kena.


Cadangan tu tak sesuai dengan situasi saya. 


Saya tak pandai nak buat macam yang awak sarankan. 


Saya ni buta IT jadi saya tak boleh buat seperti apa yang awak sarankan tu. 

Serius. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ada banyak lagi alasan-alasan yang boleh keluar daripada mulutnya.


Tak pasti... sama ada dia memang betul-betul tak boleh buat atau memang tak nak buat. 


Baru-baru ni, saya dapat tawaran untuk bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah ataupun nama glamernya translator.


Rupa-rupanya selama ni ada ramai jugak orang kita yang jadi freelancer buat kerja-kerja penterjemahan ni. 


Upahnya pun boleh tahan. 


Bukan apa, itupun setelah ambil kira kadar tukaran matawang dari USD ke RM. Almaklumlah, dalam bidang pekerjaan macam ni, lazimnya majikan dari luar negara je yang akan bagi job. 


Kerja-kerja untuk alih bahasa dari English kepada Malay. 


Bukan semua orang boleh buat kerja-kerja seperti ini dengan baik, tetapi pada saya rugilah buat orang yang memang ada kemahiran penterjemahan macam ni tapi tak di manfaatkan dengan sebaiknya. 


Ok la, kalau nak cuba buat kerja-kerja penterjemahan boleh klik sini.


.


..


Anda rasa anda akan dapat faedah ke tidak jika dapat bekerja dalam bidang penterjemahan ni? 


Mungkin... beberapa masalah anda yang berkaitan dengan masalah kewangan dapat diselesaikan jika anda bekerja dalam bidang ini. 


Siapa tahu... kan. 


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...