Dalam sebulan, biasanya saya akan peruntukkan beberapa hari untuk tujuan
blog marketing. Cara promosi untuk blog pun bukannya susah sangat. Bagi saya,
saya lebih gemar kaedah blogwalking, iaitu berjalan dari satu blog ke satu blog.
Dari aktiviti yang sangat mudah ni, saya dapat temui pelbagai blog yang ditulis oleh penulis blog yang berbeza. Ada blog tentang travel, blog tentang makanan, blog tentang fesyen, tentang kesihatan, tentang perniagaan, tentang topik kewangan dan macam-macam lagi.
Pemilihan topik blog ini pula bergantung kepada siapa penulis blog tu dan apa matlamat yang ingin dicapai.
Some people are motivated by the income that they may get.
Others just do it for fun.
Untuk yang menulis bagi tujuan buat duit, saya nak ajak anda untuk mula pilih salah satu daripada topik-topik blog atau niche yang proven boleh buat duit dari senaraian ini.
Klik untuk dapatkan maklumat tambahan: 10 Niche Blog yang TERBUKTI mampu untuk buat duit online
Kadang-kadang saya teringin jugak nak jumpa semula kawan-kawan lama, especially kawan-kawan yang dah lama terpisah yang saya pernah kenal sama ada pada zaman sekolah, zaman belajar kat kolej matriks dan juga kawan semasa zaman belajar di universiti.
Kebanyakkan dari mereka ni memang ada akaun Facebook. Ada juga yang ada akaun Instagram.
Tapi yang saya dapat perhatiakan, tak ramai yang maintain blog personal. Bila saya kata tak ramai, mungkin
it is an understatement. Kalau ada yang ada blog sendiri pun, mungkin seorang dua. Itupun tak begitu kerap dikemaskini dan tak berapa agresif menulis dalam blog.