Khamis, 28 April 2016

Panduan menjalankan Bisnes Air Balang sempena bulan Ramadhan


"Apakah agaknya bisnes yang sesuai dijalankan pada bulan Ramadhan?"


Kalau boleh nak bisnes yang cepat rolling modal, dan sebelum raya, boleh dapat untung at least dalam 5 - 7 ribu ringgit. Jadi hari raya nanti, bolehlah beraya dengan penuh kegembiraan...


Reality check... apa la orang kita ni kan. Sepatutnya bulan puasa, atau bulan Ramadhan ni kita ambik peluang ni untuk banyakkan beramal. Penuhkan masa-masa yang ada untuk beribadah, ini tak... dalam kepala sibuk sangat nak cari duit. Asyik-asyik duit... duit... duit. 



Antara tuntutan adat dan agama

Inilah kisahnya. Kehidupan kita ni banyak berlegar dan dipengaruhi oleh adat dan kebiasaan masyarakat dimana kita tinggal. Masyarakat kita orang Melayu, umumnya memang akan berhabis banyak duit ketika musim perayaan. 


Masa ni la kita nak beli sofa baru, baju raya baru, kelengkapan dan set pinggan makan, karpet, tikar getah, alas kaki, kereta (kalau boleh) semua ini adalah kemahuan yang mendesak, yang perlu ditukar kepada yang baru... DENGAN SEGERA.


Salah ke? Tak salah. Ia jadi salah apabila kita dah jatuh membazir. Kalau memang dah uzur betul, memang dah tak boleh pakai, dan bila tetamu datang, ia boleh membahayakan keselamatan pengguna, maka memang dah jatuh harus untuk tukar. 


Saya tahu orang kita ni memang tak suka membazir. Kalau dah sampai masa nak kena tukar tu, maknanya memang kena tukar la. Tak boleh nak tangguh-tangguh, tak boleh nak nanti-nanti. 


Cuma isunya sekarang ni ialah... mungkin kedudukan ekonomi dan kewangan kita tak berapa nak cantik. Ye la... masalah negara, hutang negara pun rakyat marhaen biasa macam kita yang nak kena bayar. 


GST tu misalnya. Apakah anda menyangka duit kutipan GST tu digunakan untuk pembangunan negara, atau digunakan untuk bayar hutang negara? Kedua-duanya. Tak tau la sampai bila bala ni akan terus ditanggung oleh rakyat biasa macam kita. 


So nampaknya, kita ada pilihan yang jelas sama ada terus menerus kutuk tampuk pemerintahan negara yang terpalit dengan macam-macam skandal tu, ataupun kita memilih untuk buat sesuatu untuk diri kita dan ekonomi keluarga kita.


The truth is, suara kita ni tak ada nilainya pun bhahaha 


Lebih baik kita pilih untuk berniaga dan tambah pendapatan daripada kita sia-siakan tenaga kita untuk fikirkan masalah yang bukan dalam circle of influence kita, untuk kita selesaikan.
 

Sebenarnya saya nak cerita pasal Panduan Bisnes Air Balang ni.



Buat para usahawan dan bakal usahawan, ini satu cara mudah untuk kita pelajari teknik dan strategi perniagaan tanpa perlu bersusah payah. 


Tak payah nak datang seminar, tak perlu nak pergi kelas, training dan sebagainya. (saya bukanlah berkata begini untuk mengatakan yang training, seminar dan kelas itu tak bagus, sebaliknya saya ingin tekankan bahawa tanpa ke tempat-tempat ini, proses untuk mendapatkan ilmu masih tetapi boleh berlaku)


Studi ebook Panduan Bisnes Air Balang ni. 


Nanti anda pasti terkejut bila tahu, yang conversion bisnes air balang ni, terutama sekali sewaktu bulan puasa, boleh mencecah sehingga 500%!


Bayangkanlah... menurut penulis ebook ini, berdasarkan pada pengalaman dia sendiri, dengan modal sekitar RM100 itu sendiri, boleh menghasilkan jualan sehingga RM1,000 ++ 


Saya kata jualan mencecah RM1,000 ++ bukannya untung banyak tu ya. Jangan salah fikir atau salah anggap pulak. 


Now... apa barang lain yang boleh lawan bisnes air sempena bulan Ramadhan nanti? 


Korang rasa kalau jual baju, tudung, kurma, serunding boleh lawan pulangan dari bisnes air ke? 


Oh by the way, penulis ini adalah salah seorang yang bergiat aktif dalam bisnes bazar ramadhan. 


So untuk anda dapat hasil seperti yang beliau dapat ni, anda juga perlu berniaga seperti beliau. 


Kalau anda rasakan, berniaga di bazar ramadhan atau di tapak pasar bukan untuk anda, bukan standard anda, maka panduan ini bukannya untuk anda. 


Kalau saja-saja nak baca boleh klik sini. Tapi kalau nak beli then anda tak ada perancangan pun untuk berniaga... saya khuatir anda menyesal pula nanti. 


Apa pun, saya share sahaja peluang ni untuk anda, kalau anda masih belum tahu. Tindakan seterusnya, saya serahkan pada anda. 


Semoga panduan bisnes air balang ini akan membantu anda.     





 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...