Jumaat, 13 Mei 2016

Patut ke saya beli iPhone REFURBISHED yang murah lagi JIMAT?


"Saya nak beli iPhone tapi harganya sangat mahal. Satu hari saya terjumpa iklan tentang iPhone dan saya dapati harganya sangat murah. Siap ada diskaun lagi. Cumanya ditulis kat situ iPhone Set REFURBISHED. Apa benda ya ni?"

http://ho.lazada.com.my/SHFeJl

Pernah nampak iklan iPhone yang ada tulis set refurbished? Kalau anda perasan, mesti anda dapat lihat yang harganya lebih murah berbanding harga pasaran set iPhone yang tak tulis perkataan refurbished kan. 


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa benda set Apple iPhone Refurbished ni ek? 


Berbaloi ke kalau beli iPhone refurbished ni?


Ok jom kita bincangkan. Saya nak kongsikan serba sedikit hasil daripada pembacaan yang saya buat tentang set Apple iPhone Refurbished ni. 


Pertama sekali, kat mana saya boleh beli set Apple Iphone refurbished ni? 


Kalau nak beli online, saya cadangkan dapatkan kat laman web ini. Sebabnya? 

(1) Kat situ ada macam-macam model 

(2) Boleh compare harga dengan macam-macam seller 

(3) Ada jaminan barang pasti sampai dan kalau tak puas hati boleh tukar 

(4) Sesetengahnya boleh COD. Barang akan dihantar ke rumah, dan bayar bila barang dah sampai. Katakanlah waktu bayar tu, kalau barang tu tak memuaskan hati tak payah la bayar. 

(5) Boleh tengok review pembeli-pembeli lain sebelum anda nak beli. 


Ok... itu kalau nak beli secara online. Kalau anda nak beli secara offline, saya rasa ini agak tricky. Anda perlu tanya di kedai-kedai handphone yang agak besar.


Tanyalah pada jurujual tu, ada tak set Apple iPhone Refurbished set? Kalau nasib baik, kedai tu ada jual. Kalau nasib tak berapa nak baik, 

(1) Set second hand, tapi dia kata refurbished

(2) Set refurbished dia kata sama je dengan second hand 

(3) Susah nak belek-belek, sebab setengah jurujual akan push dan psycho kita untuk beli. Lepas dah banyak tanya, nanti rasa tak best untuk kata tak jadi nak beli ha ha

(4) Sesetengah jurujual akan tanya kita balik, "Apple refurbished tu apa benda?" hahaha


Apa benda sebenarnya set refurbished ni? 

Dalam konteks produk Apple iPhone ini, ia merupakan produk yang mengalami proses pengubahsuaian semula akibat masalah teknikal pada produk yang kemudiannya ia dikembalikan semula kepada pihak pengilang untuk diperbetulkan.


Produk yang melalui proses pengubahsuaian semula

(1) Telah diuji sepenuhnya

(2) Bahagian yang bermasalah telahpun digantikan dengan spare part yang baru

(3) Telah melalui proses pembersihan dan pemeriksaan

(4) Telah dipakejkan semula

(5) Mempunyai operating software yang original

(6) Mempunyai nombor siri pada set yang diubahsuai

(7) Perlu melalui proses pengesahan kualiti sebelum dipek semula sebagai set refurbished


Ini adalah benar jika kita beli set refurbished terus dari pihak Apple. Namun, situasi kita kat Malaysia ni mungkin sedikit berbeza berbanding jika di luar negara. (di US misalnya) 


Kat negara kita, saya masih tak tau sama ada, ada ke cara untuk tahu dengan tepat sama ada set refurbished tu benar-benar refurbished ataupun barang second hand. (jika saya ada update tentang topik ni, nanti saya kongsikan dalam blog ni)


Patut ke saya beli set refurbished ni? 

Soalan ini, jawapannya terletak pada anda. Set refurbished ni ada kelompok dan target marketnya yang tersendiri. Pada saya la kan, bukan semua orang patut beli set refurbished ni. 


(a) Anda mementingkan gaya dan penampilan? 


Orang kata dress to impress. First impression adalah segala-galanya. Untuk sesetengah individu yang bekerja dalam bidang jualan yang selalu perlu bersama dengan klien, anda mungkin perlu ada gadget terkini yang berupaya memberi tanggapan baik pelanggan anda. 


Dalam situasi ini, memiliki set refurbished Apple iPhone ini adalah lebih baik berbanding anda menggunakan phone model lain. 


(b) Anda tak sanggup tunggu untuk kumpul duit beli yang set ori

Ya, kita sedia maklum, set yang original, harganya sangat mahal. Anda mungkin terpaksa tunggu lama untuk pastikan duit anda cukup. Kalau tak sanggup nak tunggu, boleh beli set yang ini.    


Fikir sebelum, semasa dan selepas... 

Sebelum kita beli memang kita sangat excited untuk dapatkan sesuatu barangan tu. Jadi, bila kita ditawarkan untuk beli barang yang kita nak dengan harga yang berkali ganda lagi murah, memang agak sukar untuk kita lepaskan tawaran ni. Betul tak? 


Namun, kena fikirkan. Bagaimana agaknya pengalaman penggunaan anda ketika barang tersebut dah pun sampai di tangan anda. 


Biasa kedengaran kan, pelanggan rasa tertipu kerana tidak membeli set yang original. Bukannya penjual menipu, tetapi pelanggan sahaja yang rasa seolah-olah dirinya tertipu. Itula... suruh baca betul-betul tak nak buat. Tak cari maklumat dan info yang secukupnya. 


Masalah bila iPhone refurbished perlu di servis.... 


Ini biasa berlaku selepas sekian lama kita menggunakan iPhone tersebut. Selepas beberapa bulan, ia akan mula tunjukkan tanda-tanda nak rosak. 


Sebenarnya ini perkara yang normal. 


Beli phone apa pun, selepas satu tempoh masa, bergantung pada cara penggunaan, sampai satu masa dia pasti akan timbul masalah juga. 


Bila iPhone mula bermasalah, waktu tu cabarannya ialah nak dapatkan khidmat after sales service

 
Jika anda beli dari laman web ini, anda perlu perhatikan betul-betul, siapa yang beri waranti jika berlaku sebarang kerosakkan terhadap iPhone anda. Kebanyakkannya waranti adalah jenis "local supplier warranty" dan bukannya "local manufacturer warranty"


Ini bermakna, jika iPhone tersebut bermasalah, anda perlu berhubung dengan penjual, dan hanya penjual sahaja. Bukannya berhubung dengan Apple. Mungkin inilah satu-satunya perkara yang tak berapa best. 


Jimat banyak di awal-awal, namun bila ada masalah di kemudian hari, kita tak boleh claim waranti dengan pihak Apple. 


Itulah dia harga yang perlu dibayar. 


Apa pun, saya tak kata yang set ini tak bagus, sebaliknya set ini memberi kelebihan kepada golongan atau kelompok sasarannya yang tersendiri. 


Kalau anda berminat nak beli secara online sahaja, boleh pilih mana-mana satu model yang anda berkenan kat sini



Rujukan: Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?
 

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...