Rabu, 7 September 2016

Dua kisah Ajaib yang menakutkan yang berlaku di sekeliling kita


Saya pernah tonton sebuah filem, dan dalam filem tersebut ada satu dialog yang bunyinya lebih kurang begini... 


"As long as you have someone to blame, then you may proceed with whatever things that you want to do..."



Maksudnya jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu kita adalah lebih kurang begini. 


"Selagi mana kamu ada seseorang untuk dipersalahkan, maka kamu boleh buat apa sahaja yang kamu suka." 


Sayangnya, saya tak dapat ingat, dialog ni saya ambil dari movie apa. 


Situasi yang lebih kurang sama baru je berlaku kat negara kita ni.

kisah-ajaib



Kisah pertama: Seorang selebriti wanita yang membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung

Dia akui, sepanjang tempoh dia mengenakan hijab atau tudung pada beberapa tahun yang lepas, imannya sentiasa turun dan naik. Keputusan untuk terus bertudung adalah tergesa-gesa kerana pada waktu itu, dia baru sahaja putus cinta. 


Ada masa-masa tertentu, dia sering menerima kritikan dari individu (yang tidak disebutkan namanya) yang mengatakan kata-kata seperti "kalau perangai buruk macam ni, lebih baik tak payah nak bertudung, konon nak tunjuk baik..." 


Of course ayat tersebut adalah rekaan dan imaginasi saya sahaja, kerana ayat sebenar hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. 


Lepas tu, daripada dia terus-terusan menerima kritikan, dia merasakan adalah lebih baik dia jadi dirinya sendiri.


Kemudian, dia pun buat keputusan yang drastik! Tak nak lagi bertudung, dan sebab yang diberikan ialah nak jadi diri sendiri, dulu bertudung sebab terlalu terburu-buru, iman sering turun dan naik, dan tak nak lagi dijadikan bahan tohmahan orang lain yang menuduhnya berlakon baik.  


From what I see, ada unsur-unsur menyalahkan orang lain atas keputusan yang dibuat oleh diri. 


Kisah kedua: Seorang pondan yang insaf dan ingin menjadi lelaki tulen membuat u-turn dan seterusnya kembali menjadi seorang pondan 

Saya tak follow sangat kisah dia. Tahu-tahu pada satu hari tu, viral di media sosial berkenaan dengan kisah seorang pondan yang ingin kembali jadi lelaki tulen. 


Bukan itu sahaja, pondan ini juga, yang pada waktu itu telahpun nekad menjadi seorang lelaki semula juga berhasrat untuk membantu pondan-pondan lain yang ada kat luar sana untuk sama-sama seperti dia untuk kembali ke pangkal jalan. 


Agak susah untuk tak tau tentang cerita ni, sebabnya akhbar online dan media cetak turut buat cover tentang cerita ini. 


Saya baru tau, rupanya salah satu produk milik dia yang berjaya di pasaran adalah produk Perlaking Serbuk Mutiara Asli.


Dari apa yang saya baca, (dari sumber yang pelbagai) kononnya selepas hijrah untuk menjadi seorang lelaki tulen, dia banyak di kritik, di hina, di cemuh dan macam-macam lagi, oleh masyarakat. 


Saya tak dapat nak bayangkan apa penderitaan dan pengalaman yang terpaksa dia lalui. Saya tak tau, namun pengalaman tersebut cukup untuk buatkan dia patah balik untuk jadi seorang pondan.


Kat sini saya lihat, ada unsur-unsur menyalahkan orang lain pada keputusan yang dibuat. 


Dalam kata lain, si pelaku ni nak bagitau, "memang apa yang aku buat ni bukannya 100% betul, tapi aku buat semua ni semua sebab ada si polan dan si polan yang buat aku sampai jadi macam ni." 


Kalau kita teliti balik jawapan yang diberikan oleh dua spesimen ini, iaitu jawapan yang kita sendiri tak tanya, ianya jelas amat menakutkan.


Somehow, at some point, mereka adalah seorang ikon yang menjadi tempat rujukan, dan di ikuti generasi masing-masing. Masing-masing ada follower dan masing-masing ada peminatnya yang tersendiri. 


Saya percaya, satu masa dulu, pasti ada seseorang pernah ucapkan kata-kata ini, 


"Soal kepercayaan, soal ibadat... itu antara saya dengan tuhan, jadi biar saya yang hadapinya sendiri, orang lain tak perlu nak masuk campur..." 


Ayat macam kat atas ni dah jadi ayat standard. Sesetengah golongan dalam kelompok masyarakat kita dah tak boleh di tegur lagi, dan mereka berlindung di sebalik mantra tersebut. 


"... itu antara saya dengan tuhan." 


Alang-alang saya dah sentuh dan kembangkan topik ni sampai ke baris ni, saya nak kongsikan sepotong hadis yang saya baca dari Kitab Riyadhus Solihin


Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a., beliau telah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: 


Maksudnya: "Tolonglah saudaramu, sama ada yang berbuat zalim mahupun yang dizaliminya.' Seseorang berkata: 'Wahai Rasulullah, aku tentu akan menolongnya jika seseorang dizalimi, namun bagaimanakah caranya menolong seseorang yang berbuat zalim?' Baginda bersabda: 'Engkau menghalangi atau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, kerana yang demikian merupakan bentuk pertolongan kepadanya.'" (Hadis Riwayat Al-Bukhari no.6952) 


Maksud hadis tu jelas, kan? 


Jika saudara kita dizalimi, kita bantu dirinya dengan membelanya. Jika saudara kita ingin melakukan kezaliman, kita membantu dirinya dengan menghalangnya daripada meneruskan niat untuk berlaku zalim itu. 


Cuma kadang-kadang tu saya tak faham dengan sesetengah golongan manusia yang suka mengkritik tanpa sebab. Orang panggil sebagai haters. Jelas sekali dia tak ada benda yang baik untuk diperkatakan, namun kenapa dia tidak mengambil pendekatan untuk diam sahaja?   


Bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata? Kata-kata itu boleh merosak dan membinasan sesuatu jika dituturkan tak kena pada tempatnya. 
   

Maka waspadalah sentiasa. 


Menjadi hak Allah SWT untuk menguji kita hambaNya.


Carilah kekuatan, dan sebaik-baiknya kekuatan, adalah pada sisi Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...