Sabtu, 15 Oktober 2016
Bagaimana laman web Trivago boleh bantu anda jana pendapatan sampingan?
Biasa tengok iklan Trivago kat TV tak? Ok... biasa layan video-video kat Youtube tak? Pernah tak anda terlihat iklan dari laman web Trivago?
Saya dapati iklan Trivago sekarang ni ada di mana-mana.
Boleh kata agak mustahil kalau anda tak kenal apa itu laman web Trivago. Tagline Trivago yang bagi saya cukup mudah untuk diingati,
"Ingat hotel, Ingat Trivago..."
Trivago membandingkan hotel dari bla... bla... bla...
Ayatnya lebih kurang begitu la. Apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak Trivago kepada pengguna?
Sebenarnya, Trivago menyediakan perkhidmatan membandingkan bilik hotel beserta dengan tawaran-tawaran tertentu supaya pengguna dapat membuat perbandingan harga dan mendapatkan pakej hotel yang terbaik.
Jika anda biasa buat tempahan bilik hotel, anda akan dapati untuk bilik yang sama, ia ditawarkan harga yang berbeza.
Sekiranya anda masih tak dapat nak faham apa yang saya sampaikan, anda boleh klik ke laman web utama Trivago ini dan lihat sendiri bagaimana perkhidmatan ini berfungsi.
Dalam perkongsian ini, saya sebenarnya nak tunjukkan kepada anda, bagaimana laman web Trivago ini sebenarnya boleh membantu anda untuk jana pendapatan online.
Saya sendiri telah pun mencuba untuk buat duit dengan Trivago dan kini saya sedang mengumpul duit dengan bekerjasama dengan Trivago. Lihat sebahagian dari hasilnya.
Langgan:
Catatan (Atom)