Sabtu, 15 Oktober 2016

Bagaimana laman web Trivago boleh bantu anda jana pendapatan sampingan?


Biasa tengok iklan Trivago kat TV tak? Ok... biasa layan video-video kat Youtube tak? Pernah tak anda terlihat iklan dari laman web Trivago?


Saya dapati iklan Trivago sekarang ni ada di mana-mana. 


Boleh kata agak mustahil kalau anda tak kenal apa itu laman web Trivago. Tagline Trivago yang bagi saya cukup mudah untuk diingati, 

"Ingat hotel, Ingat Trivago..." 


Trivago membandingkan hotel dari bla... bla... bla... 

panduan buat duit trivago

Ayatnya lebih kurang begitu la. Apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak Trivago kepada pengguna? 


Sebenarnya, Trivago menyediakan perkhidmatan membandingkan bilik hotel beserta dengan tawaran-tawaran tertentu supaya pengguna dapat membuat perbandingan harga dan mendapatkan pakej hotel yang terbaik


Jika anda biasa buat tempahan bilik hotel, anda akan dapati untuk bilik yang sama, ia ditawarkan harga yang berbeza. 


Sekiranya anda masih tak dapat nak faham apa yang saya sampaikan, anda boleh klik ke laman web utama Trivago ini dan lihat sendiri bagaimana perkhidmatan ini berfungsi. 


Dalam perkongsian ini, saya sebenarnya nak tunjukkan kepada anda, bagaimana laman web Trivago ini sebenarnya boleh membantu anda untuk jana pendapatan online. 


Saya sendiri telah pun mencuba untuk buat duit dengan Trivago dan kini saya sedang mengumpul duit dengan bekerjasama dengan Trivago. Lihat sebahagian dari hasilnya. 



buat-duit-mudah-trivago 

Jika anda dapat perhatikan, saya dibayar upah lebih kurang RM0.63 dari pihak Trivago. Lihat kolum yang dinamakan sebagai OFFER. Anda dapat lihat bukan disitu tertulis Trivago (MY).


Untuk jana pendapatan bersama dengan Trivago, apa yang perlu anda lakukan adalah tiga langkah sahaja. 


Langkah pertama, promosikan laman web Trivago. Saya memilih untuk mempromosikan laman web Trivago menggunakan blog saya dan saya membawa trafik masuk ke laman web Trivago. 


Langkah kedua, pastikan pelawat yang kita bawa masuk ke laman web Trivago buat carian hotel. Bahagian ini agak mencabar, namun apa yang kita boleh lakukan ialah, kita cuba galakkan pelawat untuk buat carian hotel bagi melihat sendiri dan membiasakan diri dengan fungsi laman web trivago ini. 


Langkah ketiga, pelawat tadi mesti tutup laman web Trivago. Ini tak perlu beritahu rasanya. Biasanya lepas kita browse ke mana-mana laman web, selepas satu tempoh masa memang kita akan tutup website tu kan. 


Dengan tiga langkah ini sahaja, sudah cukup untuk kita dapat bayaran dari program ini. 


Program ini dikendalikan oleh Involve Asia. Anda boleh buat pendaftaran sebagai ejen yang mempromosikan laman web Trivago menerusi program affiliate Involve Asia. Boleh buat pendaftaran secara PERCUMA sahaja disini.


Saya berpendapat, kaedah buat duit dengan cara ini agak mudah. Jadi saya rasa tak ada halangan untuk anda turut mencubanya. 


Jika anda ingin bacaan tambahan tentang program ini, boleh baca artikel saya yang sebelum ini. 

1. Buat duit online MUDAH bersama Trivago 

2. Program Affiliate Trivago: Buat duit dalam niche Pelancongan dan Percutian 


Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan program yang cukup simple ini.  

   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...