Jumaat, 4 November 2016

Susah sangat ke nak LURUS dan RAPATKAN SAF?


Setiap kali sebelum memulakan solat, biasanya imam akan buat sedikit pengumuman. 


"Lurus dan rapatkan saf. Pastikan tumit berada diatas garisan..." 


Walaupun dah ada pengumuman, tetap ada orang yang tak faham bahasa. Saf masih lagi bengkang-bengkok macam ular kena palu. 


Ok fine. 


Kadang-kadang memang ada kat sesetengah tempat tu, imam memang tak ada buat sebarang pengumuman. 


Habis je iqamah, Imam terus takbiratul ihram.


Sebagai makmum, kan memang dah jadi tanggungjawab kita untuk melurus dan merapatkan saf. Supaya tak ada celahan diantara jemaah yang boleh buatkan saf jadi terputus. 


Kadang-kadang bahagian rapatkan saf dah bagus. 


Tapi bahagian luruskan saf masih lemah. 


Apa yang saya rasa pelik ialah, dah ada garisan kat lantai pun masih tak boleh nak buat saf yang lurus?!


Ada sebab kenapa kita kena luruskan saf. 

lurus-dan-rapatkan-saf

Biasanya, kita boleh lihat kat lantai-lantai masjid akan gunakan jubin jenis yang besar. Satu saf untuk kita, akan ada dua jubin. Saya kira itu ruang yang standard dan cukup selesa untuk kita solat tanpa ada gangguan serta halangan.


Tapi bila ada jemaah yang tak luruskan saf dibahagian depan, dia akan masuk ke ruang solat jemaah yang berada di belakang. 


Lepas tu nanti mulalah akan berlaku keadaan tersenggol-senggol antara jemaah yang ada didepan dengan yang dibelakang. 


Saya rasa situasi yang biasa akan berlaku ialah


(i) Bontot jemaah yang dihadapan akan berlaga dengan songkok atau kepala jemaah yang berada di belakang semasa ruku'


(ii) Jemaah yang berada di hadapan akan TERPIJAK kepala jemaah yang berada di belakang ketika sujud. Biasanya berlaku apabila jemaah di hadapan jenis yang lambat nak sujud, dan orang belakang sujud terlebih dahulu. 


Kalau tak terpijak sekalipun, mungkin kaki akan terkena songkok atau kopiah jemaah yang dibelakang. Kebarangkalian untuk songkok atau kopiah tertanggal memang ada. 


(iii) Semasa sujud, telapak kaki jemaah di hadapan betul-betul di kepala jemaah yang berada di belakang. 


(iv) Selepas sujud untuk beralih kepada duduk antara dua sujud, jemaah yang dihadapan akan tak sengaja terduduk di kepala jemaah yang masih sujud dibelakang. 


Semua ini mengundang rasa kurang selesa semasa solat. 


... dan semua ini boleh dielakkan jika masing-masing ikut saranan untuk melurus dan merapatkan saf


Jujur saya kata, saya susah nak khusyuk jika kebetulan orang didepan saya ni memang jenis yang tak reti nak luruskan saf. 


Sebab pernah kena dan pernah ada pengalaman berlaga dengan jemaah yang dihadapan. 


Jadi, buat para pembaca yang membaca apa yang saya ceritakan ni, tolonglah ubah dan jaga betul-betul aspek meluruskan saf ni. 


Kemudian pesan juga dekat ahli keluarga. 


Pesan sekali dekat kawan-kawan lain. Pesan dekat semua orang supaya menjaga saf dan anggap perkara ini sebagai hal yang serius. 


In Shaa Allah, anda boleh beribadah dengan tenang, orang lain juga boleh bersolat dengan tenang juga.  


Hmm... mungkin ada antara kita yang perlukan panduan solat sempurna. Apa kata baca panduan ni. Sama-sama kita perbaiki mutu dan kualiti solat kita. 


  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...