Jumaat, 23 Disember 2016

Bisnes Dobi Patuh Syariah?


Dobi patuh syariah? Ha... Apa dia? Betul ke ada dobi patuh syariah atau benda ni cuma gimik semata-mata?

cara-buka-perniagaan-dobi

Saya rasa gembira sebab sejak akhir-akhir ni saya perasan, makin ramai umat Islam di Malaysia yang mula sensitif dengan hal ehwal agama.


Saya berpendapat ini adalah satu perkara yang baik. Kalau kita sendiri tak jaga agama kita, siapa lagi yang nak jaga, betul tak?


Kemudian saya lihat, ada macam-macam usaha untuk memperkenalkan perniagaan yang "patuh syariah".


Perbankan patuh syariah. Kad kredit Islamic. Sistem MLM dengan penasihat syariah dan macam-macam lagi. Peranan mereka yang ahli dalam bidang agama diperlukan sebagai pengawal selia bagi memastikan sesuatu perniagaan itu dijalankan berlandaskan ajaran agama Islam yang dibawa oleh junjungan kita Rasulullah SAW.


Cuma saya harap sangat, istilah "patuh syariah" ini tidak dijadikan polemik dan modal untuk para opportunist menghentam perniagaan lain yang tidak mempunyai penasihat syariah.


Sekali pandang nampak ada niat jahat.




Ianya seperti melakukan sesuatu yang baik tetapi disebaliknya mempunyai niat tak baik. Jatuhkan bisnes orang lain semata-mata untuk luaskan capaian dan pasaran perniagaan sendiri.


Benda ni saya pernah lihat beberapa kali.


Kadang-kadang yang guna label agama ni, dari segi pengurusan dan perjalanan bisnes tak ada la hebat mana. Servis biasa-biasa je. Tapi bila dia gunakan sentimen agama, kita pulak yang terasa berdosa sebab pilih untuk berbisnes dengan orang lain berbanding diri dia.


Agama jadi awkward bila situasi macam ni berlaku.


Ok berbalik kepada situasi dobi patuh syariah. Saya pernah kongsi beberapa artikel mengenai perniagaan dobi. Antaranya

(1) Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

(2) Contoh kertas kerja perniagaan Dobi untuk rujukan bisnes anda sendiri

(3) Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi
 

Sesetengah orang memang cukup sensitif. Mungkin ada beberapa perkara yang terlintas dalam fikiran, antaranya.

1. Kalau dobi jenis layan diri, kita tak tau siapa agaknya orang yang guna mesin basuh tu sebelum kita.


2. Adakah orang tersebut guna dengan cermat.


3. Adakah pakaian yang dibasuh sebelum ini bercampur dengan kotoran najis, arak, dan najis berat yang lain.


4. Najis berat seperti babi cara penyuciannya bukan hanya dengan sabun dan air semata-mata. Basuhan menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan sekali air yang dicampur dengan tanah.


5. Air mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan. Ia tak bercampur dengan sebarang benda asing yang menjadikan air tersebut bertukar kepada air mustakmal.


6. Bagaimana cara untuk mensucikan kotoran yang berpunca dari darah misalnya? Adakah boleh cuci serentak dengan lain-lain pakaian macam yang biasa dilakukan kalau basuh pakai mesin basuh atau perlu cuci berasingan.


Seingat saya, dalam buku bertajuk Cara mudah untuk membuka kedai dobi ada cerita macam mana nak hilangkan kotoran berpunca dari darah. 


Bila cerita bab KEBERSIHAN, ianya adalah satu bab yang sangat PENTING. Ianya akan memberi kesan kepada ibadah yang kita akan lakukan.


Kita bukan sekadar kena bersih, malah perlu suci.


Contohnya, orang yang berhadas besar. Dia mandi macam biasa. Ya, dia memang dah bersih dan bebas dari kotoran. Namun, kalau mandinya tak diikuti dengan niat untuk mandi wajib, dia masih belum suci dari hadas dan sudah tentu ibadahnya tertolak.


Jadi, memang patut pun kita sentiasa jaga dan ambil berat tentang aspek kebersihan ni. 


Sebab tu sesetengah orang lebih selesa untuk cuci sendiri pakaian di rumah. Ianya lebih selamat dan tanpa was-was. Nak cuci pakaian dengan mudah dan jimat masa? Guna sahaja mesin basuh. Ada pelbagai jenis dan rekaan yang pasti ada yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Boleh semak model dan harga terendah disini.

  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...