Khamis, 22 Disember 2016

Keseronokkan bermain dengan Kinetic Sand seperti bermain Pasir di tepi Pantai


Bila kali terakhir anda bawa anak-anak anda bermain di tepi pantai? Adakah beberapa minggu yang lalu? Atau beberapa bulan yang lalu? ... Ataupun mungkin beberapa tahun yang lalu?


Kebanyakkan kanak-kanak suka bermain dengan pasir pantai. Inilah masa untuk mereka menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam yang ada pada dirinya.


Biasanya mereka akan mula dengan menconteng-conteng atas pasir. Kemudian, mereka akan mula mengeja sesuatu. Selepas itu mereka akan terus melukis corak dan gambar haiwan atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran.


Apabila mereka mula seronok dan leka bermain dengan pasir pantai, mereka akan duduk setempat dan mula menggenggam pasir tersebut dan cuba untuk membina sesuatu!

kanak-kanak-seronok-main-pasir-pantai
Sesekali bila bawa anak-anak ke pantai, cubalah lihat dan perhatikan gelagat mereka. Ya, mereka memang seronok bermain dan adakalanya sampai tak hiraukan anda.


Sudah tentu anda perlu sentiasa beri pemantauan kepada anak-anak anda. Sebaik-baiknya, anda ada bersama dengan mereka dan turut bersama-sama mereka membina sesuatu.


Siapa tahu, daripada aktiviti yang anda lakukan bersama-sama ni, timbul minat dalam diri kanak-kanak tersebut untuk jadi seorang engineer ataupun arkitek bila dah besar nanti.


Titik permulaannya adalah daripada keseronokkan membina sesuatu dari pasir!



  

Atas sebab-sebab keselamatan, sesetengah ibu bapa kurang setuju untuk biarkan anak-anak bermain pasir.


Pertama, mungkin kanak-kanak tu nanti akan terkena jangkitan kuman. Lebih-lebih lagi kalau sistem pertahanan tubuh anak tersebut yang masih belum kuat, amat mudah untuk jatuh sakit.


Kedua, disebalik pasir pantai itu mungkin ada serangga yang mengigit. Kulit kanak-kanak yang sensitif pastinya akan terasa sangat sakit jika digigit serangga semasa bermain pasir.


Ketiga, sebab cuaca yang tak menentu. Kalau cuaca yang terlalu panas seperti kat Malaysia ni, pun tak berapa sesuai nak bagi kanak-kanak kecil main pasir.


Namun, adalah satu kerugian buat para ibu bapa dan anak-anak tersebut kalau dalam hidupnya tak dibenarkan untuk main pasir semata-mata kerana 3 sebab kat atas tu. Aktiviti main pasir memang mampu untuk merangsang minda dan meningkatkan daya kreativiti.


Bagaimana kalau saya katakan, sebenarnya terdapat cara bagaimana anak anda dapat memperoleh segala kebaikkan dan kelebihan bermain pasir tanpa perlu risau terdedah dengan tiga masalah diatas iaitu jangkitan kuman, risiko digigit serangga dan cuaca panas.


Memang ada!


Jika saya berada di tempat anda, saya juga tak sanggup nak biarkan anak-anak kecil terdedah dengan segala risiko yang saya sebutkan itu tadi. Bukan apa, kalau jadi apa-apa nanti, contohnya macam si kecil jatuh sakit ke... kita juga yang susah nanti.


Jadi, instead of kita bawa si kecil ke pantai, apa kata kita bawa pantai kepada si kecil kita tu! Ha? Macam mana nak buat tu?


Jawapannya dan penyelesaiannya ialah DIY Kinetic Space Sand With Colors.


Kalau ada yang belum tahu lagi, apa maksud DIY, ianya bermaksud Do It Yourself. Anda boleh dapatkan satu set DIY Kinetic Space Sand With Colors ini dengan menekan klik pada pautan ini.


Ramai juga ibu bapa yang dah dapatkan set Kinetic Sand ni untuk anak masing-masing... 


Rata-rata yang hadiahkan kinetic sand untuk anak masing-masing ni memang puas hati. Ada beberapa sebab yang saya dapat perhatikan, antaranya...

 

Dari segi bau, kinetic sand ini tidak mengeluarkan bau yang begitu kuat. Sesetengah produk didatangkan dengan bau yang agak kuat sehingga menyebabkan rasa kurang selesa. Bau yang kuat juga biasanya disebabkan penggunaan bahan kimia dalam proses pembuatan.


Walaupun ianya dikategorikan sebagai SELAMAT, namun ia menimbulkan rasa kurang senang. Namun, Kinetic Sand ini tidak mempunyai bau yang kuat.


Kanak-kanak seronok bermain dengan Kinetic Sand.  Itu yang dikatakan oleh salah seorang pembeli yang menggunakan nama id IbuAniqAqilah.

 
Kinetic Sand jenama Nava ini didatangkan dalam bentuk kotak seperti pada gambar kat atas ni. Ia mengandungi pasir kinetic sebanyak 2KG. Kebanyakkan pasir kinetic yang dijual hanya ada 1KG dan harganya agak mahal. Tapi yang ni 2KG. Murah pun murah. Boleh lihat harga kat sini.

Selain itu, Kinetic Sand ini juga didatangkan dengan pelbagai acuan yang menarik. Tak perlu risau kalau tak pandai nak buat bentuk kuda, gajah atau apa-apa bentuk sekalipun. Guna acuan ini dah boleh jadi bentuk-bentuk tu semua.


Nak main masak-masak pun senang. Ini salah satu kaedah untuk memupuk minat dalam kalangan kanak-kanak untuk suka memasak.


Zaman saya kecil dulu, memang saya main masak-masak. Guna tanah, guna pasir, guna daun-daun dan sebagainya. Bagaimana agaknya cara anak-anak zaman moden ni main masak-masak ye? Guna gadget je ke?


Kinetic Space Sand ini diberikan bersama dalam kotak yang menarik 

Jika anda ingin jadikan Kinetic Sand ini sebagai hadiah hari jadi, ia juga nampak menarik dan eksklusif. Pasti tak ada siapa yang menyangka, hadiah yang nampak sangat menarik ni rupa-rupanya hanya menelan belanja tak sampai pun RM30.


Saya ada jumpa satu set yang harganya cuma RM27. Ya, sangat jimat. Ini link jika anda berminat.


Ini adalah Harga Promosi. Kalau minat kena bertindak cepat sementara promosi masih lagi dijalankan. Nanti kalau ia kembali kepada harga asal, waktu tu jangan menyesal.


Baiklah, jika pada waktu anda baca catatan ni harganya dah naik atau jualan dah ditamatkan, anda boleh buat semakan disini untuk buat perbandingan harga. Mungkin anda akan jumpa jenama lain atau keluaran syarikat lain yang mungkin lebih menarik, atau lebih ekonomi. 
 
   
Yup... memang seronok main pasir pantai. Teringat zaman kanak-kanak dulu!

Baca juga: Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...