Selasa, 3 Januari 2017

Apa beza antara blogger baru dengan blogger lama?


Anda blogger baru? ... atau anda merupakan blogger lama? Ada beza ke antara blogger baru dengan blogger lama?


Saya mula menulis di blog ni sejak dari tahun 2009. Masa tu saya masih lagi dalam peringkat percubaan dan eksperimen.


Bila ada orang kata, dengan blog kita boleh buat duit, saya jadi skeptikal. Tak tercapai dek akal, macam mana dengan menulis blog boleh buat duit pulak?


Disebabkan konsep buat duit dengan blog ni nampak begitu mudah, jadi saya ambik pendekatan dan keputusan untuk cuba sendiri. Sepanjang tempoh tu, ada yang saya berjaya dan ada juga yang saya gagal. Jujurnya saya rasa ada banyak pengalaman yang saya gagal berbanding pengalaman saya berjaya.


Of course saya akan cerita pengalaman yang berjaya je. Pengalaman gagal bukannya tak ada. Malahan mungkin terlalu banyak dan terlalu memalukan untuk diceritakan.


Kalau ada pembaca yang nak baca tentang pengalaman kejayaan saya buat duit dengan blog, saya rasa anda patut baca artikel yang saya tulis bertajuk "Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016".


Artikel tersebut menceritakan kisah kejayaan saya buat duit dengan Lazada. Ala... tak ada la banyak sangat. Ada la dalam beberapa ratus setiap bulan.

cara-jadi-blogger-popular


Ok...


Kembali ke topik asal. Anda blogger baru atau blogger lama?


Saya mula hasilkan blog ni pada tahun 2009. Sekarang tahun 2017. 2017 - 2009 adalah bersamaan dengan 8 tahun!


Adakah saya boleh dikira sebagai blogger lama?


Kalau tengok pada angka 8, nampak macam bolehlah kot dikira sebagai blogger lama. Tapi entah kenapa, saya rasa istilah blogger lama atau blogger baru ni macam tak ada apa-apa maksud yang signifikan.


Saya nak cerita sikit tentang pemerhatian yang saya buat tentang bidang penulisan blog ni. Mungkin betul, mungkin tak betul. Ianya subjektif dan ianya juga terhad pada apa yang saya dapat perhatikan sahaja.



1. Ada ramai penulis blog yang mula menulis lebih awal dari saya. Namun tahun 2017 ni, ada banyak juga penulis blog yang dah lenyap bersama-sama dengan blognya. 

Saya pun tak pasti, adakah sebab penulis tersebut telahpun meninggal dunia? ... atau mereka rasa yang industri penulisan blog ni terlalu kecil dan susah nak cari makan. Jadi, daripada buang masa tulis blog, lebih baik fokus pada bidang lain. Mungkinlah...

Pada pendapat saya, nak buat duit dengan menulis blog bukannya satu benda yang mustahil. Ia boleh dilakukan. Namun ia memerlukan usaha keras! Tak ramai yang mampu untuk berikan usaha keras dan komitmen yang tinggi dalam bidang ni. 



2. Saya mungkin lebih "senior" berbanding lain-lain penulis blog yang ada di Malaysia, namun dari segi prestasi, saya lebih terkebelakang. 

Ini realiti.

Senarai Malaysia Top blogger atau blogger popular yang biasa dikongsikan oleh penulis blog lain, selalunya memang tak ada nama saya atau nama-nama blog saya! Ya, memang saya ni agak underground dan tak ramai yang kenal saya ha ha



3. Dah lama tulis blog, atau dah lama jadi blogger, tapi skil dan tahap penulisan masih lagi duk tahap tu jugak...

Ini sebenarnya yang saya paling takut. Apa lah gunanya dah jadi blogger bertahun-tahun, tapi skil dan ilmu masih di takuk lama. Kalau dah jadi blogger 8 tahun, dari dulu sampai sekarang langsung tak ada benda baru dan tak ada improvement langsung pada diri.

Kalau menulis blog ni diibaratkan macam bertani, sepatutnya paling lama adalah 6 - 8 bulan dah boleh nampak hasilnya. Ia bergantung kepada apa jenis tanaman yang anda tanam.

Kalau tanam pokok epal misalnya, ada jenis yang akan mula mengeluarkan buah selepas 2 - 4 tahun, ada yang selepas 3 - 6 tahun dan ada juga yang hanya akan mula mengeluarkan hasil selepas 6 - 10 tahun ditanam.

Sepatutnya la kan, orang yang memang dah lama jadi penulis blog ni tak sepatutnya masih lagi struggle nak buat duit online. Betul tak? Kalau masih struggle juga, maksudnya ada la tu kat mana-mana yang tak berapa betul.

Kena semak dan perbetulkan.

.

..

...

Tahun baru 2017 bersama dengan Lazada. 


betul-ke-boleh-buat-duit-dengan-lazada-malaysia  

Tahun 2017 ni In Shaa Allah saya nak jadikan tahun TERBAIK saya bersama dengan Lazada. Niat di hati nak buat dengan lebih serius dan nak cuba yang terbaik untuk dapatkan lebih banyak sales berbanding bulan-bulan yang sebelum ni.


Ada banyak juga trik-trik sales yang saya pelajari yang saya percaya boleh saya gunakan untuk promosikan produk-produk di Lazada.    

   
Saya rasa, itu adalah sebahagian daripada "trik" yang saya perolehi dan pelajari selepas dah sekian lama menulis di blog. At least ada juga sesuatu yang baik yang saya dah perolehi. 


Hari ni saya sedar satu perkara yang tak kurang pentingnya.


Blogger baru atau blogger lama... dua-dua ada peluang yang sama untuk berjaya. Blogger lama, kalau ilmu tak ke mana, dia cuma boleh harap pada tahap senioriti semata-mata.


Blogger baru, kalau banyak ilmu, In Shaa Allah boleh pintas kejayaan blogger lama tu. 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...