Rabu, 4 Januari 2017

Cara jual barang di mudah.my tanpa bayaran?


Pada asasnya, peniaga yang nak iklankan sebarang perniagaan, produk ataupun servis di laman web mudah.MY memang tidak dikenakan sebarang bayaran.

cara-buat-duit-di-mudah-my
Malahan jika anda buka laman web mudah.my anda akan nampak satu ayat iaitu "POST FREE ADD - Sell Your Stuff"


Boleh juga lihat pada screenshot diatas.


Akan tetapi, memandangkan ada TERLALU RAMAI peniaga yang menggunakan servis ini untuk mengiklankan produk mereka, maka anda perlu siap sedia berhadapan dengan hakikat yang iklan anda akan tenggelam berbanding iklan peniaga-peniaga lain.


Jika produk yang anda jual, SAMA dengan produk yang orang lain jual, maka iklan anda akan bersaing sesama sendiri dengan penjual lain yang ada di mudah.my


Kebiasaannya iklan yang baru akan menggantikan iklan yang lama yang ada di mudah.my


Contohnya pagi ini anda buat iklan di mudah.my. Iklan anda akan berada di kedudukan yang paling atas.



Tiba-tiba dalam pukul 12 tengahari, ada penjual lain yang iklankan produk dia, dan produk yang dia nak jual tu pula sama dengan produk yang anda jual. Memandangkan iklan dia adalah baru, maka iklan dia akan ganti kedudukan iklan anda.


Iklan anda akan berubah kedudukan dan akan berada di kedudukan yang paling bawah. Kalau iklan terlalu banyak, iklan anda mungkin akan masuk ke mukasurat yang baru. Contohnya akan masuk ke mukasurat kedua, ketiga dan seterusnya.


Kedudukan iklan yang terbaik dah semestinya pada kedudukan mukasurat PERTAMA di tempat yang pertama. Kedudukan tersebut biasanya menerima klik yang paling banyak.


Ada cara tak untuk pastikan iklan anda sentiasa berada di kedudukan yang TERBAIK?


Kita nak bila ada pengguna internet buka laman web mudah.my dia akan terus nampak iklan kita. Jawapannya?


YA, MEMANG ADA CARA.


Gunakan servis Premium yang disediakan oleh pihak mudah.my. Lihat pada jadual dibawah. Maklumat ini saya ambil dari laman web mudah.my.

cara-terbaik-buat-iklan-di-mudah

Anda juga boleh semak semula maklumat ni. Manalah tau, pada waktu anda baca post ini, maklumat tersebut telah pun berubah.


Kalau anda nak pastikan iklan anda sentiasa berada di kedudukan paling atas, dan paling mudah dilihat oleh pengguna laman web mudah.my, maka bolehlah dapatkan servis yang dinamakan sebagai Featured Ad seperti pada jadual diatas.


Anda boleh pilih sama ada nak iklan anda diletakkan pada kedudukan Featured Ad selama 7 hari atau 30 hari.


Ini adalah servis berbayar.


Kalau tak nak guna servis ini pun tak apa. Saya berpendapat kalau produk yang anda jual memang kategori produk yang bagus dan ramai orang yang perlukan, kemudian margin untung juga tinggi, maka tak salah ambil servis tu.


Apa yang saya perasan la kan, kebanyakkan yang ambik servis ni ialah penjual kereta, motosikal dan lain-lain barangan yang agak mahal dan agak tinggi juga margin untungnya.


Baiklah, kalau anda berminat nak baca lebih lanjut tentang mudah.my saya syorkan anda muat turun panduan berikut:

1. Panduan Bisnes Mudah.MY – Tidak Perlukan Premis, Tidak Perlukan Modal Besar. Sememangnya Mudah [klik sini untuk info lanjut]


2. Buat Duit Dengan Mudah.MY – Panduan Menjana Pendapatan Dengan Mudah.MY [klik sini untuk info buku]


Semoga bisnes anda di mudah.my bertambah sukses!


Jom baca juga artikel saya bertajuk: Membongkar RAHSIA KEJAYAAN Usahawan Online Mudah.MY  



Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...