Khamis, 12 Januari 2017

Guna nama domain sendiri untuk menulis blog di blogspot


Saya semak baki duit dalam akaun PayPal. Ada beberapa puluh USD dalam tu. Ala... tak banyak pun, tak sebanyak macam yang ada dalam simpanan akaun PayPal anda tu.


Apa nak buat dengan duit dalam akaun PayPal ni ye?


Sebelum ni saya pernah cuba nak guna fund dalam akaun PayPal ni untuk buat pembelian di laman web Lazada Malaysia.

voucher-online-lazada-malaysia

Bila sampai ke peringkat untuk buat pembayaran, saya pun pilih opsyen Pay Pal. Tapi yang saya rasa pelik, bila klik pada Pay Pal fund tersebut tidak menunjukkan sebarang angka. Seolah-olah macam saya tak ada duit langsung dalam akaun Pay Pal tu. 


Jadi, kalau saya nak teruskan juga buat pembayaran melalui akaun Pay Pal, saya perlu pilih opsyen kad kredit ataupun kad debit.



Hmm... tak kanlah saya nak guna kad kredit untuk buat pembelian di Lazada? Waktu tu, saya sendiri tak tau nak tanya pada siapa. Jadi saya cancel je niat untuk beli barang di Lazada guna Pay Pal.


Satu hari, jawapan yang saya perlukan muncul di tempat yang tak disangka-sangka. Semua ini selepas saya bincang dengan staf dari NetKL Network. Menurut dia, kalau fund yang kita ada dalam akaun Pay Pal adalah dalam matawang USD, duit tu tak boleh digunakan untuk bayar transaksi dalam matawang RM atau lain-lain matawang yang berbeza dengan duit asal.


Oh macam tu ke?


Saya pun sebenarnya tak berapa puas hati dengan jawapan tu. Saya cuba google dan dapatkan second opinion.


"How to pay using Pay Pal if different currency..." 


Saya tak ingat apa laman web yang keluar, tapi yang pasti, jawapannya adalah "TAK BOLEH". Kena convert dulu kepada matawang yang kita nak pakai lepas tu baru boleh guna. Kalau dalam situasi saya ni, nampaknya saya kena withdraw dulu duit dalam Pay Pal ke akaun bank tempatan.


Lepas tu duit yang masuk ke akaun bank tu akan dapat dalam matawang RM dan bolehlah guna untuk sebarang transaksi.


Walaubagaimanapun, disebabkan duit dalam Pay Pal tu cuma beberapa USD (dan bukannya 700 juta USD atau lebih kurang RM2.6 bilion) maka kalau saya nak buat macam tu, saya akan dikenakan caj tambahan.


Masa saya cuba buat, cajnya adalah lebih kurang USD5.


Sudah tentu saya tak nak buat. Ini merugikan saya. Dah la kena tolak USD5 lepas tu kena tunggu dalam 3 hari bekerja kalau tak silap. Saya yang rugi nanti, dan bank senang-senang je dapat buat duit.


Akhirnya, disebabkan saya memang nak sangat beli domain sendiri untuk blog ini, saya pun beli dari laman web luar negara dari Los Angeles, California, United States yang memang dah CONFIRM memang terima transaksi dalam matawang USD.


Saya beli dari laman web NameCheap.

guna-domain-sendiri-untuk-blogspot

Ok... satu pengalaman baru yang agak menarik. Saya pernah cerita dalam posting saya sebelum ini yang berjudul "Pengalaman beli domain dari syarikat Luar Negara NameCheap".


Maka bermulalah perjalanan saya sebagai penulis blog di blog ini menggunakan nama domain sendiri. Excited? Tentulah.


Saya rasa lepas ni boleh buat banyak-banyak blog dari blogspot gunakan nama domain sendiri. Dalam kepala setakat ni ada macam-macam projek nak buat.


Ada rasa nak buat blog niche pakaian, niche fesyen, niche travel dan macam-macam lagi. Lagipun, sekarang ni orang dah mula nampak dan sedar kekuatan penulis blog dalam membantu untuk menyumbang kepada peningkatan jualan.


Blog juga boleh digunakan sebagai satu lagi tools untuk tujuan pemasaran dan meningkatkan jualan. Baca disini: Strategi buat JUALAN menerusi blog.


Buat para usahawan online kat luar sana tu, kalau ada yang memerlukan khidmat PREMIUM dari seorang penulis blog (saya la tu) boleh lah hubungi saya untuk dapatkan servis ini.


Saya kongsikan setiap pengalaman dan kepakaran yang saya ada untuk bantu tingkatkan jualan produk dan servis anda. In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik agar pelaburan yang anda buat jadi sangat berbaloi.


Klik sini untuk maklumat servis PREMIUM yang saya maksudkan.    





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...