Rabu, 4 Januari 2017

Kerja yang sesuai untuk Lepasan SPM?


Soalan "apa dia kerja yang sesuai untuk lepasan SPM" muncul bertalu-talu di blog saya. Ini tandanya makin hari makin ramai adik-adik yang baru habis SPM mula resah tentang masa depan masing-masing.


Nak kerja atau sambung belajar?


Kalau memang betul-betul tak mampu dari segi kewangan, dah cuba semua saluran untuk dapatkan dana pendidikan, barulah pilih untuk kerja. Bila dah dapat kerja tu pulak, jangan leka! Asingkan duit untuk tujuan pendidikan.

kerja-apa-lepas-spm 

Anggaplah kerja yang ada tu adalah sebagai usaha untuk kumpul duit bagi sambung pengajian. Jangan berhenti setakat SPM. Jangan berhenti setakat disitu.


Buat masa ni, saya sendiri tak jumpa lagi orang yang betul-betul cerdik hanya berbekalkan sijil SPM sahaja.



Apa yang kita nak tengok bukannya setakat berapa banyak sijil yang kamu ada. Tetapi kita nak tengok setakat mana ilmu yang ada di dada.


Dunia ni merupakan tempat persinggahan yang asing. Ada banyak benda yang kita tak tau. Satu-satunya cara untuk menggengam dunia ini adalah dengan ilmu. Tanpa ilmu, kita akan sentiasa berada di bawah dan dipijak oleh individu lain yang ada ilmu.


Nak ke hidup macam tu?


Fikir-fikirkanlah ya. Apapun, nasihat saya, jangan berhenti menuntut ilmu. Lepas habis SPM usahakan untuk sambung belajar. Belajarlah sampai ke peringkat ada PhD kalau boleh.


Belajar di Universiti tak sama macam belajar disekolah. Kalau kat sekolah kita tak ada pilihan sangat nak belajar subjek apa. Tapi kalau kat Universiti, ia lebih seronok.


Kita boleh belajar apa yang kita nak. Nak belajar jadi pengarah filem? Nak belajar tentang muzik? Belajar tentang seni dan rekaan (Art & Design)? Belajar bisnes? Semua boleh. Anda sendiri tentukan nak belajar apa.


.

..

...

Tapi sekarang ni... "saya buntu dan tak tau nak buat apa lepas SPM? Nak masuk U masih lambat lagi. Bosan la sekarang ni kat rumah tak buat apa-apa..."


1. Sementara tunggu nak sambung belajar, pergilah bekerja.


2. Kerja bukan setakat nak cari duit, sebaliknya niat juga untuk tambah ilmu dan dapatkan pengalaman.


3. Kalau ada ahli keluarga yang berniaga sendiri, tolonglah dia.


4. Upah tak banyak tak apa. Lebih baik tolong saudara sendiri daripada sibuk nak naikkan bisnes orang lain.


5. Bila tolong ahli keluarga atau saudara sendiri, kita boleh belajar selok belok tentang asas pembinaan sesebuah perniagaan.


6. Saya juga pernah kerja di kedai runcit milik abang ipar saya masa lepas habis SPM.


7. Upah memang tak seberapa. Tapi saya dapat belajar macam-macam perkara tentang bisnes yang tak akan diajar kalau kerja dengan orang lain.


8. Kalau ada peluang untuk kerja di kawasan bandar, ambil peluang tu. Budak kampung jangan asyik nak terperap je duduk kampung. Ambik pengalaman berada di bandar dan rasa sendiri susah senang hidup di bandar.


9. Biasanya kat bandar ni kita akan jumpa macam-macam jenis manusia. Ada orang tempatan, dan ada juga orang luar negara. Pengalaman saya kerja di kedai baju di KL banyak mengajar saya tentang cara berkomunikasi dengan pelanggan dari pelbagai negara.


10. Saya berpendapat, apa-apa kerja itu bagus. Namun pastikan

A. Anda tak ada masalah nak SOLAT

B. Hari Jumaat tak ada masalah untuk keluar solat jumaat

C. Tak ada terlibat dengan arak, judi dan sebagainya. Kalau kerja kat pasaraya tu kalau boleh elakkanlah. Lebih-lebih lagi pasaraya yang jual arak tu.

D. Yang perempuan, pastikan masih boleh tutup aurat. Setengah tempat kerja bos tak bagi pakai tudung.

E. Upah berpatutan. Lepasan SPM gaji memang tak tinggi, tapi biasanya tak juga terlalu rendah.

F. Jangan biasakan diri kerja tanpa gaji atas alasan bos minta tolong. Kalau dah nama kerja, kena ada gaji. Sesekali tolong tak ada masalah, tapi kalau asyik berulang je, ni ada benda tak kena.

G. Bila dah kerja, kena SERIUS. Ini bukan macam kat sekolah boleh ponteng suka-suka hati.

11. Sebenarnya alam pekerjaan bukannya best sangat. Ada masa kita rasa sangat malas nak pergi kerja, ada masa kita seronok bila datang kerja. Biasanya hari dapat gajilah yang best sangat tu.


12. Lepasan SPM, kalau minat boleh mula belajar buat duit online dari sekarang. Join program affiliate dan mula belajar macam mana nak buat duit sebagai ejen affiliate.

buat-duit-dengan-lazada 

13. Program affiliate ni kalau kat luar sama lah macam jadi promoter. Bezanya ialah kita buat secara online je. Tak macam promoter, kita kena jumpa orang dan cerita pasal produk yang kita nak jual tu.


14. Salah satu program affiliate yang best untuk dicuba ialah program affiliate Lazada Malaysia. Boleh baca perkongsian saya tentang "Pengalaman Buat Duit Dengan Lazada Malaysia Sepanjang Tahun 2016."


15. Perjalanan hidup masih panjang. Terutama sekali untuk yang baru lepas habis SPM. Fokus untuk tambah ilmu. Fokus untuk sambung belajar.



16. Tak minat belajar? Tipulah. Apa yang anda tak minat mungkin matapelajaran Sains, Bahasa Inggeris, atau Sejarah. Benda lain mesti ada yang anda minat. Sambung belajar dalam bidang yang anda minat tu.


17. Dulu saya fikir saya suka matapelajaran sains dan cita-cita nak jadi doktor ataupun engineer. Tapi bila dah belajar subjek fizik, kimia dan biolaogi secara mendalam, saya sedar yang saya bukannya betul-betul minat kedua-dua bidang kerjaya ni.


18. Rupa-rupanya saya lebih cenderung kearah bidang seni atau Art. Bidang perniagaan, itu satu cabang seni lah. Sebab tu masa zaman sekolah, bidang pengurusan bisnes diajar kepada pelajar aliran sastera dan bukannya aliran sains. 

  
19. Kerja memang susah nak dapat sekarang ni. Kerja pasaraya pun sekarang ni banyak yang dikuasai oleh warga asing. Bangla, Myanmar, semua ni bila dah masuk negara kita, dia "curi" kerja-kerja kita.


20. Itu salah satu sebabnya, kenapa saya lebih syorkan anda tolong ahli keluarga yang ada bisnes sendiri, daripada kerja dengan orang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...