Ahad, 30 Julai 2017

Promosikan bisnes Homestay anda menggunakan laman web PERCUMA yang profesional


Perkongsian ini saya catatkan khusus untuk mereka yang menjalankan perniagaan homestay. 


Jadi, sebelum saya nak tulis dengan lebih panjang, saya nak tanya anda satu soalan. Adakah anda menjalankan bisnes homestay


Jika jawapan anda adalah ya, maka sila teruskan pembacaan. 


Dalam artikel saya yang berjudul "Cara mempromosikan Bisnes Homestay", saya ada berikan lebih kurang 10 idea tentang apa yang anda boleh lakukan bagi memperkenalkan homestay anda kepada seluruh dunia. 


Kebanyakkan cara yang saya kongsikan dalam posting tersebut adalah mengenai pemasaran secara online. 


Bagaimana dan apa yang anda boleh lakukan bagi mempromosikan bisnes homestay anda.


Saya nak cerita dengan panjang lebar pada artikel tersebut. Namun disebabkan artikel tu pun dah cukup panjang, maka saya cuma cerita secara ringkas sahaja. 


Jadi, dalam kesempatan ini, saya nak olah artikel tersebut dengan memberikan anda lebih banyak idea. 


Manalah tau, anda masih rasa blur dan seolah-olah tak pasti nak buat apa dulu, walaupun setelah membaca artikel tersebut. 


Sebenarnya, tak kisah pun anda nak mulakan dengan langkah atau idea yang mana satu dulu. 


Apa yang penting, anda lakukan tindakan. 


Asalkan ada tindakan di pihak anda, In Shaa Allah, anda akan dapat pelanggan. 


Khamis, 27 Julai 2017

Bagus ke beli ebook atau lebih baik beli buku?


Ada banyak produk informasi dan juga software yang dijual di internet, yang kononnya boleh membantu kita (pengguna) untuk buat duit tambahan. 


Saya adalah salah seorang yang memang suka beli produk informasi. Sama ada dalam bentuk ebook, video mahupun rakaman audio. 


Pada saya, sebelum kita nak capai sesuatu perkara, kita mesti ada ilmu dulu. Ilmu-ilmu ni pula, sebahagiannya di pakejkan dalam bentuk digital, sama ada dalam bentuk ebook, video mahupun rakaman audio. 


Beli ebook mahupun beli buku fizikal, pada saya tak banyak beza. 


Download Pakej ebook Rahsia Taobao disini

Cuma ada ketikanya, saya lebih suka beli ebook. Pertama, sebab penyampaian dalam ebook ni selalunya lebih santai dan straight to the point


Penulis ebook pun biasanya tak akan buang masa dengan memuatkan lampiran-lampiran seperti hasil kajian, laporan eksperimen, fakta sains, dalil dan sebagainya. 


Seperti yang saya nyatakan, ianya straight to the point


Rabu, 26 Julai 2017

Laman web Autodownline untuk bantu kembangkan bisnes MLM anda!


Saya tahu, ramai sebenarnya yang tak berapa minat dengan bisnes jenis MLM. Ada macam-macam sebab dan alasan kenapa orang begitu anti dengan bisnes jenis ini. 


Ada yang beranggapan bisnes jenis MLM ni menipu je. Bukan real business kononnya. Kalau real business, mesti kena ada kedai, kena ada premis perniagaan dan kena jual barang. 


Sebaliknya, dengan konsep bisnes MLM ni, kelihatan seperti tak jual barang pun tak apa. Cuma perlu cari orang saja, yang mempunyai minat yang sama dalam peluang perniagaan yang ditawarkan. 


Bisnes Tone Excel ni kita boleh kira ia sebagai bisnes MLM ke tidak? Sesetengah orang, dia tak berapa setuju kalau kita katakan yang Tone Excel ni MLM. 


Sebabnya, jika kita rujuk kepada laman web rasmi Tone Excel tu sendiri, mereka tidaklah menggunakan istilah "multi level marketing" business, sebaliknya mereka menggunakan istilah referral atau program rujukan. 


Maksudnya dalam situasi ini, bisnes simkad Tone Excel ini adalah bisnes yang mana kita merujuk (atau membawa masuk) pelanggan baru untuk jadi salah seorang pengguna simkad Tone Excel.  


Contohnya adalah seperti rajah dibawah ini. 


Khamis, 6 Julai 2017

Anda nak tahu cara dapatkan 100 orang pelanggan dalam masa 7 hari?


Cuba bayangkan anda berjaya dapat 100 orang pelanggan.


Dah bayangkan? Sekarang ni, dari 100 orang pelanggan tu, berapa banyak keuntungan yang bakal anda perolehi?


Kalau dalam situasi saya sendiri. Saya ada mempromosikan beberapa produk di internet.


http://www.sabreehussin.com/jobdirumah


Produk pertama adalah ekursus Jobdirumah. Pada waktu catatan ini saya buat, produk ini dijual dengan harga RM80 dan setiap jualan yang berjaya saya hasilkan, saya akan dibayar komisen sebanyak 50% atau bersamaan dengan RM40.


Jika saya berjaya dapatkan 100 orang pelanggan, maka saya akan memperolehi pendapatan sebanyak

RM40 per jualan X 100 orang pelanggan = RM4,000


Memandangkan di internet ini, saya boleh jual macam-macam produk dalam satu-satu masa, maka saya tidak hanya fokus untuk jual produk tersebut semata.


Saya juga ada mempromosikan produk-produk lain.


Misalnya, barangan dari jenama GINTELL iaitu Recumbent Bike FT8601-R


Ini dia gambar produk tersebut.

Produk ni mahal juga harganya.


Kalau rujuk di laman web ini, yang menjual produk tersebut, ianya berharga RM1,788.


Sekiranya saya berjaya jual produk ini, komisen yang akan saya terima adalah sebanyak 9% dari harga produk atau bersamaan dengan RM161


Seandainya saya boleh jual 100 unit produk ini, maka pendapatan yang bakal saya hasilkan adalah sebanyak -

RM161 komisen per jualan X 100 Pelanggan = RM16,100


Wow, banyak juga tu kan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...