Rabu, 26 Julai 2017

Laman web Autodownline untuk bantu kembangkan bisnes MLM anda!


Saya tahu, ramai sebenarnya yang tak berapa minat dengan bisnes jenis MLM. Ada macam-macam sebab dan alasan kenapa orang begitu anti dengan bisnes jenis ini. 


Ada yang beranggapan bisnes jenis MLM ni menipu je. Bukan real business kononnya. Kalau real business, mesti kena ada kedai, kena ada premis perniagaan dan kena jual barang. 


Sebaliknya, dengan konsep bisnes MLM ni, kelihatan seperti tak jual barang pun tak apa. Cuma perlu cari orang saja, yang mempunyai minat yang sama dalam peluang perniagaan yang ditawarkan. 


Bisnes Tone Excel ni kita boleh kira ia sebagai bisnes MLM ke tidak? Sesetengah orang, dia tak berapa setuju kalau kita katakan yang Tone Excel ni MLM. 


Sebabnya, jika kita rujuk kepada laman web rasmi Tone Excel tu sendiri, mereka tidaklah menggunakan istilah "multi level marketing" business, sebaliknya mereka menggunakan istilah referral atau program rujukan. 


Maksudnya dalam situasi ini, bisnes simkad Tone Excel ini adalah bisnes yang mana kita merujuk (atau membawa masuk) pelanggan baru untuk jadi salah seorang pengguna simkad Tone Excel.  


Contohnya adalah seperti rajah dibawah ini. 


 


Apabila kita memperkenalkan pelanggan baru, kita akan menerima komisen. Apabila pelanggan tersebut melakukan tambah nilai, kita juga akan menerima komisen. 


Komisen rujukan akan kita terima sekali sahaja, manakala komisen daripada aktiviti tambah nilai akan kita perolehi sampai bila-bila selagi mana pengguna tersebut masih lagi aktif menjadi pengguna sim Tone Excel. 


Dengan syarat, kita juga masih aktif menggunakan sim Tone Excel. 


Ok dah. Cukup la tu penerangan serba sedikit tentang Tone Excel. 


Apa yang saya nak cerita dalam ini, adalah tentang satu senjata promosi yang memang cukup power untuk dapatkan prospek bagi menyertai kita dalam mana-mana perniagaan yang menawarkan komisen berbilang tingkat. 



Adakah perniagaan yang anda sertai sekarang ni menawarkan insentif atau komisen mengikut level? 


Jika jawapan anda adalah ya, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan senjata pemasaran yang saya nak cerita dalam ni. 


Senjata yang saya maksudkan adalah laman web Autodownline. Sila klik sini untuk lihat ciri-ciri laman web Autodownline yang saya maksudkan. 


Laman web autodownline, sebagaimana namanya, akan membantu anda mendapatkan prospek secara automatik. 


Bukan itu sahaja, malahan ia juga akan membantu anda menyusun prospek yang diperolehi secara automatik mengikut susunan yang anda telah tetapkan. 


Susunan ini kita panggil sebagai matrix. 


Adakah 3x3?

Adakah 5x5? 

Atau mungkin adakah 10x10? 


Susunan ini penting, dan ia akan membantu anda membina rangkaian perniagaan dengan pantas. 


Sebagai contoh, jika anda menggunakan matrix 5x5. Dalam susunan ini, setiap orang hanya akan dibenarkan untuk memiliki 5 orang downline sebagai direct downline


Jika dia memperoleh downline yang ke enam, secara automatik, downline yang keenam ini akan disusun di level 2. 


Direct downline kita yang pertama, dialah yang akan menerima limpahan downline atau downline keenam yang kita perolehi tadi menggunakan fungsi sistem autodownline. 


Apa kebaikkan sistem autodownline seperti ini

Pertama, ia akan membantu anda membina rangkaian perniagaan dengan lebih cepat dan kemas. Anda sediakan web replika. Kalau tak pandai bina web replika yang lengkap dengan fungsi autodownline, anda boleh dapatkan menerusi pautan ini.


Seterusnya mereka yang berada dalam rangkaian anda akan gunakan web replika yang sama yang anda sediakan bagi tujuan mencari prospek. 


Justeru, mereka yang tak berapa pandai dalam bab-bab pembinaan laman web ini juga dapat jalankan bisnes ini secara online walaupun tak pandai nak bina web sendiri. 


Kadang-kadang, masalah sesetengah orang ni bukan sekadar tak tau nak bina laman web, malahan mereka juga ada yang tak pandai nak tulis apa pada laman web promosi. 


Jadi dengan adanya web replika, ini telah memudahkan rangkaian anda. Sebab tu, jika anda ingin jadi seorang leader yang bertanggungjawab dan disayangi oleh downline anda, sebaik-baiknya anda siap sedia dengan web replika


Nak buat web replika sendiri ni pun bukannya senang. Melainkan anda adalah seorang programmer dan tau nak guna skrip apa dalam menghasilkan sebuah laman web yang dilengkapi dengan sistem autodownline. 


Cara paling cepat, adalah upah sahaja programmer untuk buatkan laman web autodownline untuk bisnes anda. 


Benda ni kena cepat. 


Kalau anda lambat bertindak, orang lain yang akan buat duit dan akan sapu bersih ramai prospek yang berkualiti. 


Kelebihan kedua, dengan mempunyai laman web autodownline sendiri, ataupun web replika sendiri yang dilengkapi dengan skrip autodownline, adalah adanya fungsi spillover


Spillover ini bergantung juga pada apa konsep ataupun matrix yang digunakan oleh admin. (anda la admin tu) 


Jika 5x5, maka setiap orang cuma boleh ada 5 orang downline pada satu level sahaja. 


Jika dapat downline keenam, terpaksa bagi ke orang bawah. 


Benda ni boleh jadi baik, dan boleh jadi tak baik. 


Ada dua situasi. 


Katakanlah ada diantara downline anda ni memang lemah dan langsung tak pandai nak dapatkan prospek untuk join bisnes ni. Memang lemah selemah-lemahnya. 


Kita dah ajar macam-macam pun, dia masih tetap tak boleh nak buat. Ada je benda yang tak kena, dan ada je alasan yang dia bagi. 


Dengan adanya fungsi spillover ini, setidak-tidaknya orang macam dia ni, dapat juga merasa serba sedikit pendapatan dari perniagaan yang dijalankan. 


Tetapi, dipihak yang satu lagi, katakanlah anda ada downline yang sangat hebat. Dalam masa sehari atau tak sampai satu hari, dia dah berjaya dapat lima orang downline. 


Dia ni memang jenis yang sangat laju kalau buat kerja. 


Tapi, disebabkan matrix yang digunakan ialah 5x5 sahaja, maka downline yang keenam sampailah ke infiniti dia terpaksa bagi kat orang lain macam tu je. Dia yang susah payah buat marketing, alih-alih orang lain yang dapat. 


Orang yang dapat tu seronok la, sebab tak payah buat apa-apa dah boleh dapat income, sebaliknya orang yang susah payah buat marketing ni, terpaksa tengok je hasil usahanya dinikmati oleh orang lain. 


Jadi kat situ, kena ada kebijaksanaan dipihak anda sebagai admin untuk menetapkan, apakah matrix yang paling sesuai untuk digunakan.


Sebelum ni, saya memang berhajat nak gunakan sistem web replika saya sendiri untuk kembangkan bisnes yang saya jalankan. 


Sayangnya, waktu tu memang susah pulak nak jumpa programmer yang betul-betul mampu memberikan hasil kerja yang saya mahukan. 


Sekarang ni, saya dah temui salah satu programmer yang diyakini mampu untuk bina web replika yang profesional. 


Anda boleh rujuk khimat yang disediakan oleh pihak Virtual Niaga ini. Silakanlah klik sini untuk ke laman web mereka ya.  
       

Selamat mencuba dan semoga bisnes anda berkembang dengan baik!  


Tak semestinya untuk MLM yang anda sertai. Saya berpendapat, kalau anda nak buat bisnes MLM anda sendiri, pun boleh guna web replika ini. 




 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...