Ahad, 30 Julai 2017

Promosikan bisnes Homestay anda menggunakan laman web PERCUMA yang profesional


Perkongsian ini saya catatkan khusus untuk mereka yang menjalankan perniagaan homestay. 


Jadi, sebelum saya nak tulis dengan lebih panjang, saya nak tanya anda satu soalan. Adakah anda menjalankan bisnes homestay


Jika jawapan anda adalah ya, maka sila teruskan pembacaan. 


Dalam artikel saya yang berjudul "Cara mempromosikan Bisnes Homestay", saya ada berikan lebih kurang 10 idea tentang apa yang anda boleh lakukan bagi memperkenalkan homestay anda kepada seluruh dunia. 


Kebanyakkan cara yang saya kongsikan dalam posting tersebut adalah mengenai pemasaran secara online. 


Bagaimana dan apa yang anda boleh lakukan bagi mempromosikan bisnes homestay anda.


Saya nak cerita dengan panjang lebar pada artikel tersebut. Namun disebabkan artikel tu pun dah cukup panjang, maka saya cuma cerita secara ringkas sahaja. 


Jadi, dalam kesempatan ini, saya nak olah artikel tersebut dengan memberikan anda lebih banyak idea. 


Manalah tau, anda masih rasa blur dan seolah-olah tak pasti nak buat apa dulu, walaupun setelah membaca artikel tersebut. 


Sebenarnya, tak kisah pun anda nak mulakan dengan langkah atau idea yang mana satu dulu. 


Apa yang penting, anda lakukan tindakan. 


Asalkan ada tindakan di pihak anda, In Shaa Allah, anda akan dapat pelanggan. 



Formula untuk menjalankan pemasaran untuk perniagaan homestay anda tu sebenarnya tak jauh beza pun dengan cara nak jual sebarang produk secara online.  


Apa yang berbeza hanyalah apa produknya. Selebihnya semua lebih kurang sama. 


Sebagai contoh, anda mestilah perkenalkan homestay anda kepada orang ramai. 


Apakah cara terbaik untuk memperkenalkan homestay anda?


Pada peringkat ini, saya berpendapat tiada cara yang terbaik


Mungkin, pada keadaan-keadaan tertentu, cara A lebih baik dari cara B. Walaubagaimanapun, ada juga ketikanya cara B sebenarnya lebih bagus dan praktikal berbanding cara A. 


Faham? 


Saya nak bandingkan dua cara. 


Cara pertama, kita menggunakan FB Fanpage untuk mempromosikan bisnes homestay


Manakala cara kedua, kita menggunakan laman web yang dibina khas untuk mempromosikan bisnes homestay


Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan target pasaran pelanggan yang tersendiri. 


Jelasnya, mereka (pelanggan anda) yang banyak meluangkan masa di media sosial FB lebih mudah untuk temui laman Fanpage homestay anda berbanding mereka yang tidak begitu aktif di media sosial. 


Manakala mereka yang tak begitu aktif di media sosial, selalunya akan menggunakan servis google untuk mencari homestay pilihan mereka. 


Saya nak berikan contoh. 


Sebelum ini, saya pernah hasilkan advertorial untuk sebuah homestay di Melaka yang diberi nama Homestay Melaka Casa Indah.  


Ini gambar homestay yang saya maksudkan. 





Pengurusan homestay ini telah pun membina laman fanpage bagi memperkenalkan dan memberitahu kewujudan homestay milik mereka ini. 


Itu adalah suatu tindakan yang bagus. 


Bermakna, bagi segmen bakal pelanggan yang banyak meluangkan masa di FB, mereka boleh terus berurusan dengan admin fanpage homestay ini. 


Bagaimana pula dengan mereka yang biasanya menggunakan khidmat carian seperti Google atau Yahoo Search untuk mendapatkan maklumat? 


Disinilah servis advertorial atau servis pengiklanan yang saya tawarkan akan main peranan.  


Kebiasaannya, pengguna internet pasti akan menemui laman web saya, sebabnya saya telah menggunakan satu teknik pengiklanan yang dinamakan sebagai teknik Search Engine Optimization


Jika prospek ini menggunakan google untuk mencari maklumat, kebarangkalian untuk mereka ni menemui laman web saya adalah sangat tinggi, kerana kebanyakkan laman web saya berjaya masuk ke muka surat pertama google bagi kata kunci yang saya sasarkan. 


Baiklah, penjelasan mengenai teknik Search Engine Optimization ini mungkin agak teknikal untuk sesetengah orang. Jadi saya tak akan ulas dengan panjang lebar memandangkan ini bukan fokus sebenar artikel yang saya ingin hasilkan ini. 


Sebenarnya, saya ingin mengajak para pengendali atau pemilik bisnes homestay supaya menghasilkan laman web homestay anda sendiri.  


Jika kos yang menjadi faktor kerunsingan anda, apa kata anda bina sahaja laman web homestay anda menggunakan servis percuma, contohnya dengan menggunakan platform wordpress.com ataupun blogspot.com 


Bercakap tentang blogspot.com, tahukah anda, yang sebenarnya kita boleh bina sebuah laman web yang kelihatan sangat profesional hanya dengan menggunakan laman web percuma blogspot sahaja


Bawah ini adalah contoh laman web yang dibina menggunakan blogspot. 


Layari atau klik sahaja http://bs2ms.com

 

Laman web kat atas yang saya kongsikan itu, juga dibina menggunakan platform percuma blogspot sahaja. 


Sudahkah anda lihat laman web tersebut? Apa pendapat anda? Nampak profesional bukan?


Sebenarnya saya kerap juga diminta untuk mempromosikan homestay milik usahawan-usahawan homestay yang mengenali diri saya. 


Sama ada mereka memang kenal saya, ataupun sebab mereka terjumpa laman web saya semasa mereka cari maklumat bagaimana nak promosikan bisnes homestay milik mereka. 


Banyak juga yang saya jumpa, mereka ni tidak mempunyai laman web sendiri. 


Saya pun tak tahu, kenapa di era klik dan era internet ini, masih ada lagi usahawan yang tak beri perhatian yang serius untuk menghasilkan laman web sendiri bagi tujuan perniagaan. 


Sedangkan, dengan mempunyai laman web, anda meningkatkan lagi kebarangkalian untuk mendapat pelanggan dari seluruh negara. 


Malahan, jika bernasib baik, anda mungkin akan dapat pelanggan dari luar negara. 


Eh! Boleh ke mat saleh baca laman web bahasa Melayu? 


Mestilah boleh. Kalau mereka ni guna browser Google Chrome, kan ada fungsi untuk terjemah atau translate isi kandungan laman web tu. Jadi tak ada masalah pun sebenarnya. 


Bagi pemilik bisnes homestay yang dah ada laman web sendiri pula, maaf saya katakan, dari segi design ada yang sangat mengecewakan. 


Sekali tengok kita dah nampak betapa cincainya laman web yang dibina! 


Kenapa anda buat begitu? Kenapa anda seolah-olah tak serius dalam membina laman web untuk perniagaan anda? 


Adakah perniagaan anda tidak menguntungkan? Adakah anda sebenarnya bukannya nak serius dalam bisnes yang dijalankan?


Anda tahu bukan, first impression yang baik adalah segala-galanya dalam bisnes.


Kalau tengok laman web pun dah nampak buruk semacam, anda rasa mereka minat ke nak menginap di homestay anda? 


Itu belum lagi cerita bab gambar-gambar dalam dan sekitar homestay anda yang langsung tak menarik. 


Saya kira, gambar yang tak menarik ni adalah seperti berikut 

- Gambar terlalu kecil 

- Gambar diambil menggunakan kamera yang tak berkualiti

- Posisi gambar yang tak menarik 

- Tiada gambar kawasan persekitaran 


Saya rasa dalam bab gambar ni sahaja, boleh buat satu lagi blogpost yang agak panjang. 


Saya rasa, saya patut berhenti dulu. 


Sebab poin yang saya nak ketengahkan adalah tentang pembinaan laman web untuk bisnes homestay anda. 


Jika nak jimat, guna sahaja blogspot. 


Tetapi, tolonglah jangan buat cincai. Anda boleh hasilkan laman web yang menarik menggunakan perisian blogspot to minisite ini


Perisian ini boleh digunakan berulang-ulang kali. 


Anda hanya perlu dapatkan perisian ini sekali sahaja, dan seterusnya ia boleh digunakan banyak kali. 


Untuk bina laman web bagi projek yang berbeza pun boleh. Tak ada masalah! 


Ya, saya tahu. Bisnes homestay ni mungkin bukan satu-satunya bisnes yang anda ada. 


Mungkin pada masa yang sama, anda juga ada jalankan bisnes kosmetik, barangan kesihatan dan sebagainya. 


Perisian yang sama, anda boleh gunakan untuk bina website yang berbeza bagi perniagaan berbeza yang anda jalankan. 

 
 
Sebagai salah seorang pengguna perisian ini, saya memang amat berpuas hati dengan kemampuan perisian ini. Ia juga amat mudah untuk digunakan. 


Lagipun, ianya mobile friendly


Paparan laman web yang bakal anda bina nanti masih lagi akan kelihatan cantik dan profesional walaupun ia di paparkan di skrin yang berbeza. Sama ada menggunakan tablet, smartphone ataupun skrin komputer.


Tanpa menggunakan perisian ini, hasilnya adalah seperti paparan yang tertulis original diatas. Kan laman web anda jadi lebih cantik bila guna perisian ini. 


Jadi, investlah untuk dapatkan perisian ini.    


Memandangkan perisian ini mungkin akan ditarik balik atau dihentikan jualan pada bila-bila masa, saya syorkan anda bertindak cepat dan dapatkan akses bagi perisian ini, sementara laman web ini masih lagi boleh dilayari.  


 



  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...